Wednesday, June 29, 2011

UDANG PUTIH HALUS GORENG PEDAS


Udang halus yang warna putih tu selalunya korang buat apa? Pasti ramai tak suka beli sebab  leceh nak siang dan isinya tak seberapa. harganya jugak bukannya murah. Hari tu Kjee tengok kat Sri Ternak, RM10 sekilo.

Masa Kjee kecik2 dulu, arwah mak beli untuk jadi rencah goreng sayur. Dia tak buang kulitnya. cuma cuci bersih2 dan tumislah sebelum dimasukkan sayur.Untuk rencah mi goreng pun okay.

Tapi ada seorang kawan Kjee ni dulu, dia buat sambal kering. Heran jugak Kjee tengok sebab selama ini kjee tak taulah rupanya ada cara nak masak udang putih. Oleh kerana ia terlalu halus maka kawan Kjee tu cuci bersih2 tanpa buang kulit.

Apabila sudah siap kawan Kjee tu buat sambal, Kjee pun makanlah. Eh sedaplah. Dia goreng udang tu garing2 sampaikan jadi ranggup. So bolehlah kunyah sekali dengan kulit2nya.

Jom kita tengok resipinya.
 BAHAN2NYA:

500 gms udang putih halus
segenggam cili api (kalau tak nak pedas sgt kurangkan)
2 labu bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
asam jawa
minyak

CARA MEMBUATNYA:
Cuci udang bersih2 dan toskan. Kalau janggutnya panjang sangat kauplah dalam segenggam dan gunting. Buang. Buat sampai tak de janggut tinggal misai jer. Hehehe. Tumbuk cili api hingga halus. Kemudian tumbuk bawang berserta bawang putih. panaskan kuali. bubuh kira dua atau tiga sudu minyak dan tumis bahan tumbuk sampai setengah garing. Masukkan sedikit air asam jawa dan udang, garam dan sedikit serbuk perasa. Goreng sampai udang betul2 garing dan ranggup. Kalau guna cili api warna hijau maka lauk tu warna hijau lebam gitu, kalau guna cipi api merah, cantiklah merahnya. Kalau tak suka pedas, boleh gak guna cili merah atau cili hidup. Sedap sangat makan panas2 dengan nasi tau.




7 comments:

  1. look so delicious...menst rangup kn? mmm...best

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kjee. mala pun tak pernah beli.. bercinta kalau nak kupas kulit. anak2 pun tak reti nak makan kalau tak buang kulit. boleh la cuba resepi ni. ringkas saja.

    ReplyDelete
  3. Assalam Kjee,
    thanks sudi singgah keblog kita tu ya!!!..Tak sangka Kjee sudi juga tinggalkan jejak & follow..kita pun dan follow..

    Kjee, bila tengok udang ni memnag pun kalau jumpa malas nak beli sebab lece nak siang..tapi ni kjee dah kasi tips & recipe..lain kali mesti nak beli..sebab kita kecur betul tengok udang yang digoreng rangup ni lagi2 kalau pedas..minta izin ambik recipenya ya kjee!!!

    ReplyDelete
  4. Oops terlupa nak cakap..kita minta izin linkkan blog kjee keblog kita tu ya..Thanks.

    ReplyDelete
  5. Kjee pun dah link blog Ayu. tak mintak izin. terlupa. thnx

    ReplyDelete
  6. Kak jee..Famili sy mmg suka udang specially yg besar kecuali hubby sy. So, bila pegi pasar & tjumpa udang ni mesti sy beli dan buat sambal kering pedas cam resepi kjee ni. Cuma sy x guna asamjawa. Sy letak sikit cilisos. Lauk ni mmg membuka selera kjee...

    ReplyDelete
  7. Sedapnyee..teringat kecik2 dulu selalu makan udang ni dengan nasi putih panas2..perghh..rangup. thanks kak jee for the resepi ni. ;)

    Kedai Online

    ReplyDelete