Moist Choc Cake with Cheese Topping & Strawberries air tangan Nadia |
Ramai nak tahu berapa usia Kjee. Kalau Kjee cakap nanti ada yang terkejut. Sama tua dengan Nenek Kebayan. Rahsia Kjee awet muda? Hah mai dekat sini Kjee bisik..jangan bagitau orang lain yer. Kena kahwin dengan orang muda...amik seri muka dia!!
Isyhh Kjee ni merepek jer kan! Mana ada? Kata orang, mulut mau manis, hati mau baik. Itu rahsia awet muda! Ntahlah. Mulut Kjee ni bukan manis sepanjang masa. Kekadang pahit, kekadang pedas.
Orang perempuan mesti selalu cari peluang amalkan petua awet muda. Kalau tidak nanti Encik Suami cari AWEK MUDA!
Rahsia awet muda sebenarnya adalah nawaitu kita. Apa2 pun kalau kita buat, kalau kita rasa bersih, maka akan terpancarlah cahaya yang bersih di wajah. Kalau niat kita asyik nak berdendam dan benci kat orang lain, akan terpencarlah juga kesuraman di wajah.
Tapi manalah korang tahu muka Kjee nampak muda dari usia. Kalau korang scan betul2, dah retak seribu. Tapi Kjee guna mekap tebal2 tutup segala kedut2. Eh taklah tak baik tipu. Kjee hanya guna bedak baby biasa jer. Yang korang tepek kat punggung baby tu. Serius ni. Pasal Uban tak nampak kat kepala? Mana korang tahu? Kjee kan bertudung.
Anyway baliklah kepada citer yang serius sikit. Kjee ni rasa dah tua sangat nak teruskan kerja blogging ni. Rasa macam dah tak layak lagi. Belum setahun pun dok blogging, mata dah mula rosak. Dah kena bubuh airmata pelsu...air mata tau bukan bulu mata pelsu macam pelakon kita yang sorang tu. Eh bukan sorang lah...ada dua tiga orang!
Bukan Kjee yang pandai2 nak kurangkan aktiviti depan PC ni tetapi doktor pakar mata kat Spital Ampang. Cute sangat doktor tu. I like. Korang jangan pandang semacam jer...kita tak mainlah budak2 muda macam pelakon yang suka pakai awning setengah depa tu. Pakar mata cantik manis tadi tu, pompuan lah.
Tapi doktor cantik manis tu tak tahu kerja Kjee sepanjang masa depan computer. Ketuk siang malam sampai nak terkeluar biji mata. Bukan ketuk melayan korang kat FB dan blog, tapi buat skrip. Kjee akan terus menulis selagi mata ni masih nampak huruf2 kat keyboard komputer. Kalau dah tak nampak, maknanya dah rabun atau dah duduk 'rumah lain'. Hehehe
So untuk makluman korang, Kjee ni berbintang Leo. Leo tu Singa, Raja Rimba. Perwatakan orang Leo ini selalu happy, selalu ceria. Susah orang nak tahu bila dia tak happy. Tapi faham2 jer lah. Raja Rimba kalau terluka atau kakinya termasuk perangkap, haiwan lain lari tak cukup tanah!
Kjee mengaku dulu masa muda, Kjee bukan boleh terkena sikit. Cepat mengaum. Tapi dah tua2 ni dah banyak berubah.
Nadia pernah bagitau Kjee, dia cukup bangga apabila arwah Aunty dia (adik bongsu Kjee), kata, Mama ni seorang manusia yang buat kerja apa pun tak pernah menyusahkan orang. Dia rela dirinya susah daripada menyusahkan orang lain!
Hah itulah Kjee. Serba ringkas mengenai Kjee di hari Kjee menyambut ulang kelahiran yang ke...kalau campur, tolak, darab.. hmmm.. AGE IS ONLY A FIGURE. Hehehe
Terkini |
happy birthday :)
ReplyDeleteHappy Birthday aunty!!!!
ReplyDelete-Satthiya
Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu... Moga pjg umur k.jee...amin. =)
ReplyDeleteHappy Birthday akak.. Moga d pjgkan umur.. sihat tubuh badan.. d murahkan rezeki.. bahagia d samping keluarga tercinta serta d rahmati Allah S.W.T.. Amin..
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY KJEE DEAREST! *big hug*
ReplyDeleteSemoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, ditetapkan iman, dipermudahkan segala urusan dan diberkati kehidupan. Amin.
kjee berkongsi bintang gdn anum so watak kite lebih kurang je....selamat ulang thn kjee....bangge gan kjee....
ReplyDeleteamin amin amin...
ReplyDeletemoga panjang umur kak jee..
ReplyDeleteHappy birthday kak Jee...
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa merahmati diri Kak Jee dan keluarga...
Take care!
sengil chooka hamnida kakjee..moga akak akan dirahmati oleh Allah..panjang umuyr, murah rezeki dan hidup bahagia disamping keluarga tersayang...:)
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteHB Untie Jee.. saya doakan semoga ceria dan sihat selalu..dirahmati Allah dunia dan akhirat..kekal bahagia bersama Uncle hingga akhir hayat.. Jaga diri tau, takmo buat kerja teruk2.. =)
wassalam..
Happy birthday Jee moga panjang umur murah rezeki nerhagia sihat sejahtera. sekali lagi ucapan dan doanya ya jee. doa yang baik itu elok diulang-ulang selalu. agar keberkatannya cepat berserta...
ReplyDeleteAs'salam Kak Jee
ReplyDeleteHappy birthday khas untuk kak Jee cayangggg..doa dari CT semoga kak Jee sentiasa sihat sentiasa, dipanjangkan usia dan bahagia selalu bersama insan2 yang tersayang..aminnn
Betul kata kak Jee tu, jika jiwa kita bersih akan mendatangkan kebersihan diri luar dan dalam.
Sama lah birthday anak dara CT hari ni juga Kak Jee
Selamat hari lahir kak jeee...Kakkkk, tak sangka besday akak sama dengan besday blog DTS....moga kak jee diberi kesihatan, kemakmuran dan kebahagian didunia dan akhirat...terima kasih kerana sudi menerima kami blogger2 masakan sebagai sahabat maya akak....tersedeyy nihh...waaaaaaaaaaaaaa.....haha...
ReplyDeleteKjee... Hidup itu sebenarnya adalah himpunan masa.. Semakin hari, semakin kurang tempoh kehidupan kerana masa yang kita gunakan.
ReplyDeleteTetapi, penuhilah hidup dengan penuh warna.. Kerana hidup yang hambar, akan membuatkan masa berharga kita terlepas sia-sia....
Enjoy your Birthday... =)
happy birthday kakjee...semoga allah panjang kan usia ,dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa diberikan ilham yg baik untuk menulis...amin
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Kjee...
ReplyDeleteSemuga...sihat sejahtera...ceria dan bahagia disamping keluarga tercinta....:)
epi besday kjee..may god bless u..aminnn..~
ReplyDeleteSELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK OLEH ALLAH SWT........AMIN.
ReplyDeleteSelamat Ulang Tahun Kelahiran Kak Jee
ReplyDeleteSemoga sentiasa dikurniakan dgn kesihatan yg baik & berbahagia di samping keluarga tercinta, amin
happy birthday kakjee! selamat menyambut ramadhan
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY 2 U K.JEE SMOGA PNJG UMUR MURAH REZEKI DAN DISELATKKN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT.AAAMIN.
ReplyDeleteHappy birthday buat Kakjee,
ReplyDeletesemuga akan lebih ceria selalu,bahagia bersama keluarga dan semuga dalam kasih sayang ALLAH swt.
Happy birthday kakjee.
ReplyDeleteSemoga Kakjee sekeluarga di murahkan rezeki,di berikan keberkatan,kebahagiaan,kekuatan untuk sentiasa menulis dan kerahmatan oleh Allah s.w.t.Amin.
happy birthday kak jee & selamat menyambut ramadhan!!!
ReplyDeleteHappy birthday Kak Jee..semoga panjang umur, murah rezeki dan dan diberikan kesihatan yang baik2 sahaja...amin...amin..ya rabbal alamin. -Sheila-
ReplyDeletesemoga panjang umur,murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik supaya kjee dapat terus berblogging. happy b'day kjee.lizabassam
ReplyDeleteselamat hari lahir kjee.semoga dikurniakan kesihatan yg baik....dan murah rezeki selalu!
ReplyDeleteunt kakgee.
ReplyDeletesemoga diberkatkan umur, dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman dan dlm peliharaan Allah SWT selalu. Sebaik manusia ialah yg panjang umurnya dan banyak amal ibadatnya... mudah2an kakgee diberi kesihatan unt terus beribadat. aminnn..
Happy Birthday Kjee!!
ReplyDeleteyes age is only a number..
semuga dipanjangkan usia dikurniakan kesihatan dan berbahagia disamping keluarga tercinta..
Salam Ramadan & selamat berpuasa juga ya kjee..
happy birthday, moga murah rezeki.
ReplyDeleteapy besday kak jee..
ReplyDeletesemoga kehidupan kak jee bersama nadia,uncle pali sentiasa diberkati ALLAH....dan sentiasa dibuka pintu rezki.
p.s.
kak jee,
today ann demam,sakit kepala,hinggus the works.
happy birthday kjee....
ReplyDeletesama bintang kita yer...sebijik sebutir sama karektor apa yg akak ckp tu...huhuhu pantang jer..mengaum
Selamat Menyambut Hari Lahir Kak Jee. Semoga ALLAH memelihara kesihatan Kak Jee dengan baik, dimurahkan rezeki dan dirahmati kehidupan di dunia dan di akhirat, ameen.
ReplyDeletemakasih bos infonya dan salam sukses
ReplyDelete