Kjee cepat2 skip entry Deena tu dan buka blog lain. Maklumlah malam tadi malam Jumaat dan Kjee ni species yang bukanlah berani sangat. Habis semua blog Kjee terjah, hati Kjee berkata2. Apa agaknya yang ditulis oleh Deena ni.
Ah beranikan jer lah diri baca, kata hati Kjee. Kurang sambal punya Deena, siap ada gambar keranda. Kjee baca laju2, sambil beremang bulu roma, tutup komputer dan cepat2 suruh Unclepali pasang aircon bilik. Kjee dah mengantuk, kata Kjee kepada Unclepali. Masa tu dah pukul 1.30 pagi kot.
Masuk ke bilik, selepas cuci muka, Kjee peluk Snowy (kucing kesayangan Kjee), dan terus niat dalam hati mintak2 tak de gangguan. Alhamdullilah tidur sampai pagi.
Tadi masa tengah makan bersama Unclepali dan Nadia kat Nasi Lemak Ujang Kjee pun bukaklah cerita pasal apa yang Kjee baca di Blog Deena. Unclepali dan Nadia diam. Makan pun slow jer. Rupa2nya dua2 beremang bulu roma dengar Kjee story. Bukan dia orang jer, Kjee pun sama, beremang bulu roma.
Dalam kereta Kjee suruh Unclepali dan Nadia balik dan baca sendiri apabila dua2 ini masih nak soal jawab pasal cerita yang Kjee baca tu. Kjee suruh dia orang baca sendiri tapi Nadia kata, baca sendiri tak best because mama is a damn good story teller. Hah? Baru kau tahu? Kan mama ni penulis skrip, kahkahkah.
Anyway, korang bacalah sendiri kat sini .
Masa kami buat routine ronda2 kat KL tadi, Kjee call Deena yang tinggal kat Langkawi. Nak tanya dia lebih lanjut pasal entry dia tu. Kata Deena bukan story dia. Dia link ngan blog ntah sapa tadi. Dia tanya Kjee tak perasan ker yang story tu dia link?
Mana nak perasan. Dek kerana terlalu takut, habis jer, terus Kjee tutup komputer. Especially bila tengok siap ada gambar keranda. Hehehe
salam kjee, ikutkan deena pun ada cite sendiri.. citer cik han dan pengalaman terkena sihir.. nnt la bila sampai waktunyer deena akan citer... gud nite kjee... muahhhss !
ReplyDeleteBr je lps bc... Huhuhu.. Sy pun pernah kena tumpang naik moto.. =_="
ReplyDeletehahaha MSO
ReplyDeletekak jee patut lepak kat blog mazidul tu ... hehehe
ReplyDeleteaskum..sekadar berkongsi cerita.saya br je mgalami gangguan semasa berpantang baru2 nie..kesnya adik lelaki saya terus masuk ke bilik saya dan baby selepas membakar saramg tebuan di kebun kelapa sawit ayah baru2 nie..elok lepas adik saya keluar bilik, x semena2 anjing bersahut2an,pelik sbb sblm nie x oenah berlaku,then x smpai 3 minit pas anjing menyalak, terasa di kedua2 telinga saya benda dan bunyi seolah2 angin yg menderu kencang (subhanallah...x dpt nak citer), dan ms itulah seluruh anggota badan saya dikunci, seluruh badan jadi kejang, mata saya terkatup, ttp saya bukak dan lawan supaya bukak, last sekali keluarlah suara yg mahukan isi perut saya, dan akhir bunyi tangisan baby yg sgt2 nyaring....pd ms tu saya cuba buka mata dan pastikan bby saya dlm keadaan selamat,yg ketika itu tdur berhadapan saya...pd ms itulah saya membaca ayat qursi dan 3 qul berulang-ulang kali..sehinggalah satu tenaga keluar dr jari kaki saya...subhanallah, saya bingkas bgun dan lihat keadaan anak...esok pg brlah saya ceritakan pd mak abah ( siap nangis2 lg!..hehehe)..teruk gak la adik jantan saya kene bebel... hmm bila dah kene kat diri sendiri barulah nak amik berat pantang-larang org2 tua...alhamdulillah, baby saya x mgalami gangguan.saya sendiri bermohon agar biarlah saya yg mghadapinya, jgn anak2 yg mgalaminya...syukur
ReplyDelete