Friday, July 29, 2011

DOAKU DI HARI LAHIRKU


Kalau tiba hari jadi, pastu ada pulak kek yang ada lilin, sebelum tiup, ramai akan jerit...make a wish...make a wish!!! Kemudian sebelum tiup lilin, dia pun make a wish...kemudian tiup. Bukan budaya kita. Itu budaya Mat Saleh.

Tapi di hari lahir Kjee yang kesekian  kali ini, Kjee ingin bertafakur seketika sedekahkan AlFatihah buat arwah Bonda...Bonda yang melahirkan dan membesarkan Kjee dengan penuh kasih sayang. Kemudian bila dah besar, banyak sangat cekadak sampai banyak kali buat Bonda berlinangan airmata.

I miss the fun times I had with you...main badminton, rounders, main guli, main getah, main sorok2, main congkak...the list is endless. Anaknda ingat lagi saat ketika Bonda merayu agar Anaknda dan cucunda Nadia jangan meninggalkan Bonda untuk pindah ke rumah lain...Anaknda ingat lagi saat2 manis ketika bawak Bonda pergi jalan2 berhari Raya ke rumah terbuka (your last Raya)...tak dapat lupakan keriangan di wajah Bonda walaupun jalan terpaksa berpapah...dan bersama Bonda dalam your last journery dalam ambulans ke Hospital Tawakkal...dan banyak lagi kenangan manis bersama Bonda.

Kalaulah Bonda tidak memilih untuk menzahirkan anaknda di dunia ini, pasti Anaknda tidak akan dapat melalui segala kenangan manis bersama Bonda...

Kalaulah Bonda masih hidup, tentu anaknda hadiahkan Bonda dengan hadiah2 yang Bonda paling suka...apa saja Bonda nak, selagi anaknda mampu, anaknda cuba dapatkan. Tiada hadiah, sebenarnya, untuk balas budi Bonda kerana telah menjaga anaknda dengan baik dari dalam kandungan hingga Bonda menghembuskan nafas yang akhir.

My only wish is...alangkah indahnya kalau di hari lahir anakannda ini, anaknda dapat mencium tangan dan memeluk Bonda dan mengucapkan...terima kasih kerana melahirkan anaknda.

Dan di hari lahir anaknda hari ini, anaknda doakan Bonda tenang di sana dan menunggu anaknda menyusul entah bila, hanya Allah swt sahaja yang tahu...Insya Allah. Al Fatihah Hajah Bakyah Abdul Majid.

Pusara bonda di Tanah perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur




(TERKILAN TAK DAPAT BUBUH GAMBAR BONDA BUAT TATAPAN SEMUA SEBAB SCANNER DI RUMAH ROSAK)

17 comments:

  1. Salak balas kunjungan kak jee, sori ya dah seminggu lebih tak update n jengah blog hihihi.. ni baru nak marathon BW :D mekaseh sudi singgah blog kita yg tak seberapa tu ya, tak tahu nak bg komn kat mana, kat sini lah eak? :D Nak tanyer, kak jee ni pelakon eak? kita ni jakun sikit maklomlah tv mesida dah bertahun tak tgk kikikiki... waaaaaa rasa seronok pulak kan tetiba tumpang glamer kat sini :D

    btw, selamat menyambut hari kelahiran buat kak jee dan alfatihah juga buat arwah bonda kak jee..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir Kak Jee. Semoga Kak Jee akan sentiasa di dalam rahmat Allah dan diselubungi dengan kebahagiaan

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir kak...moga bahgia slalu...:)

    ReplyDelete
  4. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Hajah Bakyah Abdul Majid..menghapuskan segala dosa-doasanya di atas jasa-jasanya membesarkan anak-anaknya sewaktu kecil.. dan menghimpunkan dia di kalangan orang-orang yang di kasihinya.. Ameen3x ya Allah..

    ReplyDelete
  5. Sedih plak baca posting Kak Jee..begitulah besarnya jasa ibu kita kan..sanggup menyabung nyawa melahirkan kita ke dunia ni...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Hepi besday kak jee.. semoga hepi selalu di samping family dan juga beroleh kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  7. al fatihah...kjeeeee...suka tau buat kita nangis.
    happy birthday sis.smga hdup d berkati slalu

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Lahir Kjee... semoga sentiase dikurniakan kesihatan yang baik bahagia dunia & akhirat...

    ReplyDelete
  9. Alfatihah untuk arwah mak kak jee. sya masih ingat lagi ada pic mak kak jee keluar dalam majalah URTV. Waktu tu ada interview dgn isteri abg kak jee yg dari Brunei tu. Dia kata dia panggil mak kak jee Cik Pun sebb arwah mak kak jee macam org Jepun.

    ReplyDelete
  10. Selamat Ulang Tahun kak jee...semoga dirimu sentiasa diRahmati Allah. Amin...dan Alfatihah juga utk arwah bonda K'jee.

    ReplyDelete
  11. Slmt Ulang tahun buat K.Jee.Moga dikurniakan sejahteraan dan murah rezki selalu.
    Al-fatihah buat bonda k.Jee...

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Lahir K'Jee.
    Semoga dipanjangkan usia, mewah rezeki, kekal bahagia dan diberkati.
    Semoga dicucuri rahmat Allahyarhamah bonda K'Jee, al-Fatihah.

    ReplyDelete
  13. sedih baca wall kak g ari ni...mmg betul kita selalu lupa siapa yg lahirkan kita....terima kasih kak g....sesungguhnya ibu adalah segala2nya....

    ReplyDelete
  14. sebak baca luahan hati kjee kali nih... terasa nak jer terbang jumpa mak dan peluk mak.. :( miss her so much !

    ReplyDelete
  15. Selamat ulangtahun buat Kajee semuga di rahmati Allah dan selamat menyambut ramadhan. Sedih baca catatan kakjee hari ini.

    ReplyDelete