Saturday, July 30, 2011

HUJAN OH HUJAN DI BULAN RAMADHAN

Senario seperti ini akan mula menghiasi setiap ruang letak kereta menjelang Ramadhan - ehsan google
Korang perasan tak sejak dua hari lepas hujan dah mula turun dari awal pagi. Cuaca juga redup. Itu mungkin berita baik buat kita semua yang akan menjalani ibadah puasa mulai Isnin depan, Insya Allah.

Kalau hujan, pasti semua seronok sebab taklah letih sangat berpuasa dalam keadaan cuaca dan suhu yang nyaman. Apapun, korang tau tak ada sekelompok orang yang begitu gusar kalau hujan turun di bulan puasa? Pasti korang tahu siapa. Mereka adalah golongan peniaga pasar Juadah atau dulu orang panggil Pasar Ramadhan.

Kelompok peniaga ini Kjee pasti tentu semakin kecut melihatkan hujan mula turun setelah cuaca panas sejak beberapa minggu sebelum ini. Tak payahlah nak tanya dia orang. Kjee kan ada pengalaman tiga kali berniaga di pasar juadah!

Kalau ramai camni susah jugak nak gerak -ehsan google
Hari itu, anak sedara Kjee, Aimran dan Amirah tanya, aunty meniaga ke tahun ini di pasar juadah? Bagi mereka, kalau aunty mereka meniaga, mereka juga akan dapat peluang datang melepak sama walaupun tinggal jauh di Petaling Jaya. Kjee dulu meniaga di pasar juadah Taman Melawati. Bagi Aimran dan adik2nya, pasar juadah bagaikan satu pesta yang dinanti2kan. Apatah lagi kalau ada ibu saudara meniaga.

Kjee mengimbau kembali kenangan indah ketika meniaga di pasar juadah dulu. Kala hujan pun susah, tak ada hujan pusan susah. Kalau cuaca panas, kami ibarat duduk atas bara api. Bayangkan pukul 2 tengah hari dah nak kena sampai di tapak pasar juadah. Sinar mentari yang terik dah panaskan jalan2 tar yang menjadi tapak meniaga kami sejak jam 11 pagi lagi.

Kjee yang tak tahan panas ni, mulalah mengelupur kepanasan, Unclepali akan beli kipas sate warna cokelat yang jenis keras tu. Kjee tak pasti dibuat dari daun apa tapi memang keras dan nyaman kalau menggunakannya. Nak guna kipas angin tak ada saluran elektrik di pasar juadah.

Meniaga memang agak bagus di hari tiada hujan. Tetapi kalau hari hujan, mulalah peniaga macam ayam berak kapur. Udahlah makanan terpaksa dijaga supaya tidak dimasukki air, apabila pengunjung guna payung. Tubuh kita pulak basah sebab faham2 jelah lot tapak meniaga bukannya besar. Situlah nak letak payung, meja dan segala jenis barang yang nak dijual.

Kalau hujan, banyaklah makanan yang tidak habis dijual. Sebab itulah ada kawan2 Kjee kata kalau nak ke pasar juadah, pergi ke hari2 permulaan saja sebab makanan gerenti fresh. Selepas itu banyak makanan  recycle!

Murtabak antara kegemaran di bulan puasa - ehsan google
Ya ke? Ntahlah. Alhamdullilah Kjee meniaga dulu tak buat camtu. Tak habis, hantar kat surau untuk Morey. Kalau meniaga ketika musim hujan, janganlah tamak. Buatlah ala kadar jer. Biar untung secupak, jangan rugi segantang.

Sebab itulah kalau orang dah biasa beli makanan kat satu2 gerai, tahun depannya dia orang akan ulang ke gerai sama. Especially kalau makan yang dijual sedap dan tak pernah  terbeli makanan basi!

Tapi yang seronok meniaga di pasar juadah ialah apabila time dah dekat nak berbuka. Air minuman tak payah beli sebab ada sahaja peniaga air yang duduk meniaga bersebelahan menghulurkan sedekah. Adakalanya bukan air tetapi macam2 makanan yang kami saling tukar menukar. Dan kami makan dalam kegelapan dengan hanya disinari sinaran sang rembulan.

Seronok betul mengimbau kenangan itu semua. Tapi dengan syarat tak ada hujan sepanjang petang hingga ke senja. Kalau berlarutan, modal banyak dah keluar, masuknya tak ada, muka pun jadi ketat, camner nak seronok. Hehehe

Selamat menjalani ibadah puasa. Berbelanjalah secara berhemah.

3 comments:

  1. teringat plk masa rina berniaga pasar ramadan dulu... lebih kurang sama jer ngan pengalaman k jee...

    ReplyDelete
  2. asmkum jee,
    salam ramadhan slamat berpuasa, ya allah seronok
    jumpa website awak ni hah. pe kabo nyah...
    gambar murtabak awk ni dah sampai London, US and sweden..kawan2 aku rindu nak makan di bulan puasa ni..mana nak cekau..hantar gambar je buat diorang terlior..
    take care selamat hari raya,nyah.
    Munir/GAB

    ReplyDelete
  3. salam Munir. Ko kat mana Nyah? rindunyer. hari tu aku jumpa abang kau..skrg dia ahlil masjid. alhamdullilah. add lah aku kat FB Fauziah Abd Samad

    ReplyDelete