
Kak Mah Tomyam ni terletak depan bangunan Universiti Kuala Lumpur. Sebelah bangunan UniKl ni bangunan Dewan Bandaraya. Hah Kak Mah seberang jalan jer. Parking memang susah. Kalau jalan kaki atau naik motor taklah susah kan? Restoren kak Mah ni sebenarnya rumah dua tingkat yang diubah jadi restoren.

Apapun, Kjee dan keluarga hanya gemar makan bubur nasi bersama lauk pauk yang dimasak panas2 apabila berkunjung ke Kak Mah. Banyak betul pilihannya. Sebenarnya, rasanya tak ubahlah macam kedai2 siam lain yang jual bubur nasi. Cuma, pada rasa Kjee, pilihan lauk pauknya lebih sikit je di sini.

Kalau nak dibandingkan makanannya dengan Ali Tomyam, rasanya selera Kjee lebih kepada Ali Tomyam. cuma Ali tidak ada jual Bubur Nasi. Kalau tidak, Kjee dah tak kemana lagi kalau nak makan ala Thai ataupun bubur nasi.
Kak Mah Tomyam dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 3 petang. Pastu tutup dan bukak semula jam 6 petang hingga 1 pagi hari biasa dan Sabtu Ahad hingga 2 pagi.
kalau kena dgn selera, mahal mcmne pun berbaloi kak jee..kan?
ReplyDeleteKJee, Ni macam best je. Next time kalau saya gi KL mesti singgah. Kampong Bahru ni kat mana?
ReplyDeletesalam kak jee,
ReplyDeleteterima kasih sebab promo kedai makcik sy.
mmg mahal sikit tapi bubur nasi dia mmg sedap :)
cuba lak makan kat Restoran Hah Tomyam di Kampung Datuk Keramat...
ReplyDeleteaneka makanan Siam...
bubur pun ada...
tempat letak kereta ada banyak & tak perlu bayar...
nak cuci kereta pun ada...
lokasinya bersebelahan dengan balai polis Datuk Keramat & di belakang Masjid Al-Akram...
As salam semua.
ReplyDeletePeminat bubur nasi boleh cuba pula signature kami di 'The Midtowners' di midtown jalan semarak KL(berdepan bangunan jupem). Bermula pkl 8 mlm - 2pg, setiap hari kecuali Isnin.
Cari kami di instagram. #midtownsbuburnasi #themidtowners
Insyaallah, tidak akan mengecewakan.:)