Tuesday, July 19, 2011

JJCM KARIPAP BESAR KPG DATUK KERAMAT


Abang Rosli
 Hari ni Kjee dapat jumpa pengusaha Karipap Besar Kampung Datuk Keramat. Selalunya, kalau Kjee lalu depan gerai 'pacak payung' tepi jalan di Jalan Datuk Keramat ni, cuma dua pembantu Indon jer yang sedang meniaga. Ingatkan perniagaan ini milik orang Indon.

Dua minggu lepas, Kjee dapat rasa buat pertama kalinya karipap besar yang femes jugak bukan sahaja di Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru dan juga belakang Istana Budaya. Pengusahanya sama iaitu Abang Rosli.

Kalau makan 2 biji untuk lunch mau kenyang sampai petang!
Menurut Abang Rosli dia sudah membuka perniagaan ini hampir 3 tahun yang lalu. Sambutan cukup memuaskan. Betul tu. Kalau makan dua biji jer ganti nasi di tengah hari , cukup kenyang sampai ke petang. Kalau Kjee sebiji je dah cukup!

Karipap ni selain inti, kulitnya juga penting. Karipap yang dibuat oleh keluarga Abang Rosli ni, menepati kriteria karipap sedap. Inti sedap dan kulit pun sedap. Kulitnya lembut gitu sementara keraknya garing. Cuma satu jer yang kureng iaitu kureng cantik sikit. Ala tak kisahlah. Janji sedap kan!

Karipapnya menggunakan inti kentang sardin, kentang ayam dan jugak kentang daging. Kjee minat pada karipap kentang daging sementara Unclepali favoritenya Karipap Kentang Sardin.

Abang Rosli telah membuka cawangan di Kampung Baru dan juga belakang Istana Budaya dengan sambutan yang cukup mengalakkan. Apabila ditanya berapa biji boleh dijual setiap hari, dia hanya senyum dan kata, alhamdullilah..boleh lah.

Abang Rosli membuka gerainya dari jam 6.30 pagi hingga habis. Selalunya, kalau Kjee lalu pukul 3 petang, dah tutup. Dibuka setiap hari kecuali Ahad. Karipap besar dijual dengan harga RM1 sebiji.


Related Posts:

  • JJCM - CENDOL PAK SU DI SUNGAI BULOH Apa yang menyebabkan semangkuk cendol tu sedap? Santannya? Cendolnya? Gulanya? atau bahan2 tambahan seperti pulut, kacang ataupun jagung? Kjee kata semuanya sekali plus gulanya mesti ada satu macam punya bau. Bau gula Mela… Read More
  • LAWA KAN GAMBAR NI TETAPI ...... Omputih kata..LOOKS CAN BE VERY DECEIVING Dah lama sangat tak buat Spaghetti Bolognaise. So seandainya singgah di restoran yang jual makanan favorite Kjee tu, tak tergamak rasanya tak order. Itulah yang terjadi for d… Read More
  • 274. Jalan2 Cari makan - Western Food @ Arima Classic mixed grill braised lamb shank Tadi Kjee beri pilihan kepada Unclepali nak makan apa for dinner. Maklumlah birthday boy kan? Kjee suruh dia pilih antara Chinese Muslim Food di De Templar along MRR2 Highway, makana… Read More
  • NASI KERABU AYAM PERCIK SEDAP DI HAYAKI D'SARA UTAMA Kul lima petang baru lunch. Breakfast kul 9 makan dua keping roti canai. Boleh tahan jugak kelaparan masa Unclepali stop depan restoran Hayaki di Damansara Utama selepas hantar product ke Damansara Uptown. innity_pub = "… Read More
  • SANTAI DALAM GARDEN...AWESOME Kami sampai di Curve, Mutiara Damansara. Terpinga2 cari Garden Cafe.  "Abang konar kiri, jalan sampai hujung, pastu nampak kedai yang ada pokok2 dan bunga yang cantik, itulah Garden," kata pak guard itu kepada Uncle… Read More

3 comments:

  1. kak gee, tempat ni kat area mana? tq

    ReplyDelete
  2. Masuk kpg datuk keramat, nampak esso, terus pusing kiri sampai hamapir ke penghujung jalan.

    ReplyDelete
  3. nape bentuk karipapnye cmtu??tepi kulit karipap tu msti keras coz tebal sgt kelepeknye

    ReplyDelete