Kjee rasa kalau orang sebut Mail Mi Rebus kat Bazaar Taman Melawati, semua pasti kenal. Mi Rebus Mail popular sejak mereka jual di tepi jalan besar berhampiran Giant berbelas tahun lalu. Kemudian mereka berpindah ke Bazaar Taman Melawati.
Ada lagi satu cawangan di Medan Selera Taman Setiawangsa. Apapun, taukeh originalnya, Mail, yang asal dari Pulau Pinang sudah lama meninggal dunia. Kjee menjadi pelanggan setia arwah Mail sejak lama dulu. Masa tu Nadia kecik lagi.
Sejak mereka berpindah ke Taman Melawati, Kjee seringkali suruh Unclepali bungkus mi rebus atau mi goreng. Kalau nak ke foodcourt Bazaar Melawati tu, kena panjat tangga. Dulu2 mana Kjee sakit, mana boleh panjat tangga.
Tadi Kjee pergi Mi Rebus Mail ni buat kali kedua dalam masa dua minggu. Kjee nak puji gerai Mail Mi Rebus ini bukan kerana jual makanan sahaja yang sedap tetapi mereka sangat bersih. Sambil makan tadi Kjee dok perhatikan tempat penyediaan makanan dan juga tempat mereka meletakkan lauk pauk Nasi Kandar. Tersangatlah bersih dan teratur!!
Okay, oleh kerana minggu lalu Kjee makan Mi Rebus dan Unclepali makan Mi Goreng, tadi Kjee makan Mi Goreng pulak sementara Unclepali makan Nasi Kandar.
Nasi Kandar adalah menu terbaru di Mail Mi Rebus ni. Dulu mereka hanya juga Mi Rebus, Mi Goreng, Rojak dan pasembor.
Oleh kerana kalau Kjee ke gerai ini, Kjee suka sangat Mi Rebus atau Mi Goreng mereka, maka Kjee tak lah nak cuba Nasi kandar mereka. Tadi tanya Unclepali samada sedap tak nasi kandar Mail. Unclepali kata sedap...rasa macam Nasi Kandarlah.
Hmmm Unclepali ni, kalau sedap dia angguk, kalau tak sedap dia kata bolehlah ataupun okay. Tak boleh jadi pengkritik makanan langsung!
Apapun, Mi Rebus dan Mi Goreng Mail ni memang sedap. kalau tak sedap, takkanlah Kjee nak ulang dari Nadia kecik2 lagi. Raza mi rebusnya dari dulu hingga sekrang tidak berubah. Baguslah dia orang jaga quality macam ni kan?
Cuma, hari ni tak makan Mi Rebus maka tak adalah gambar. Tapi rasa2nya hari tu masa makan mi rebus, Kjee ada snap gambar. Tapi bila cari balik, haram ntah kemana. Korang kalau nak cuba mi rebus sedap, cubalah di gerai Mail. Kalau kJee rekemen, boleh percaya tau. Hehehe.
kakjee
ReplyDeleteTetiba terasa laparrrrrr bila tgk pic mee goreng tu.....dan2 tu gak teringat mee goreng mamak dgn sambal sotong kat padang kota, penang....waduuuhhh!!!
OOOO kat melawati pun ada ya ... Mail ni dulu niaa kat padang bola tmn setiawangsa. mmg selalu la beli bila teringat nak makan penang punya!
ReplyDeletekat mana kjee..kat tempat bayar saman tu ke..kot betul situ nak pegi la..meleleh air liur dah ni
ReplyDeleteSalam Kjee..
ReplyDeleteMemang sedap2 menu kat sini..saya ngan wife selalu pekena rojak n mee goreng kedai ni..mantap..masa kjee datang makan baru2 ni saya ngan wide ada gak kat kedai mail ni..cuma segan nak tegur..apapun semoga kjee sentiasa sihat dan ceria..
Faizal & Azlina,
Taman Permata.
Faizal/Azlina: Ala lain kali tegurlah. Apa nak malu. Kita berjiran setaman kan? hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah kjee..mana tau leh jumpa lagi kat Kedai Mail tu..
ReplyDeletetetiba rindu kat melawati n roti jala kjee...
ReplyDeleteYa...ini lah kedai makan yg mmg sedapppp...paling famous Mee Rebus. Kalu sy mmg minat Pesemboq dia mmg sedap.
ReplyDeleteLagi satu lauk pauk utk nasi campur pun sedapp2 belaka.
Dan kedai nie juga kedai kawan sy...dlu time keje kt melawati slalu g makan dan jmpa owner skali iaitu arwah pakcik Mail....
So ape lg tunggu mai la Kedai Nasi Kandaq Mail!!! (wah promote lg tuhh) hehehhe.....
Salam. Setuju makanan sana menyelerakan. Mee goreng, kuey teow goreng pon sedap.
ReplyDelete