Monday, July 25, 2011

JJCM WADI HADRAMAWT JALAN AMPANG

Lamb Maghout - 1kilo kambing cukup untuk 3 orang

Salad Buah Zaiton

 Hari ini Nadia pilih untuk berbuka puasa dengan makanan Arab. Puas Kjee kata jalan ke Wadi Hadramawt di Jalan Ampang tu tengah sesak. Masa tu dah hampir pukul 7 malam. Dan kami masih sangkut dalam jam depan stesyen lrt Dang Wangi.

Morrocan Hairara
Unclepali suggest pergi berbuka di  mana2 sahaja di Kampung Baru. Tapi Nadia tetap kata nak makan di Wadi Hadramawt. Nak buat camner, layan jugaklah orang puasa. Kjee puasa taklah cerewet.

Pukul 7.30mlm azan dah berkumandang dari Radio dalam kereta. Kami masih sangkut tak sampai beberapa meter je dari Wadi Hadramawt. Nasib baik ada sebotol air mineral dalam kereta. Kongsilah seteguk sorang.

Lega Kjee apabila Nadia kata nak makan nasi. Selalu kalau ke WH, dia suka makan mix grill dengan roti Mulawah. Tadi Kjee order Lamb Maghout Rice ala2 nasi tomato Arab. Kami order satu pinggan besar dengan 1kilo kambing panggang yang kata pelayan itu cukup untuk 3 orang. Ada baki lagi tadi.
Lamb Maghout
Kemudian Kjee order salad buah zaiton dan sup Moroccan Hairara. Kalau order Nasi maghout ataupun Lamb Mandy, kena order sup. Heran ya orang Arab makan nasi tanpa iringan seperti dalca atau kari. So kami order sup yang menyerupai dalca. Boleh tahan jugak sedap.

Salad buah zaiton pulak, tidak menambat selera Kjee. Tapi telan sajalah tak nak membazir. Dia orang turut bagi satu piring sorang sambal tomato. Untuk makan dengan apa, kami tak tahu tapi telan jer lah.
Cicah Tomato
Kjee dan Unclepali order Ice Lemon Tea tadi sementara Nadia order Carrot Juice tapi yang sampai Grape Juice atau Jus anggur. Punyalah pekat jus anggur tu. Harga dia pun dasyat. Segelas RM11! Selain itu, Nadia ambil pencuci mulut iaitu satu mangkuk kecil kastad kacang pecan, dan dua potong kuih yang manis giler. Bil tadi RM101.

Gambar2 roti mulawah dan mix seafood grill dan salad, adalah gambar2 dari kunjungan sebelum ini. Layan je lah. Tapi kami lebih enjoy kalau makan roti Mulawah dan Mix Grill daripada Nasi.

Bulan Ramadhan akan datang ini, Kjee pasti WH akan sesak dengan pengunjung baik orang tempatan mahupun warga Arab. Tahun lepas selalu jugak kami berbuka di WH. Kalau tak silap, buffetnya berharga RM48 seorang dan makanlah sampai pengsan!






5 comments:

  1. Agk2 klau utk 2org mkn kt restoran ni, brapa RM ye, mahal tk ye....tringin sgt nk cuba......terliur. Tapi tgk restoran ni mcm mewah sgt, x brani nk masuk, takot x cukup duit time bayar.....krg2 rm80 utk 2 org mkn ni.....

    ReplyDelete
  2. tadi kami makan bertiga kena RM101. kalau dua orang dalam RM70 kot. tengoklah apa yang dipesan. Lamb Maghout kalau sepinggan dalam RM16. pastu teh O ais limau RM5. Katalah makan itu jer. Kalau berdua tak sampai RM50.

    ReplyDelete
  3. wadi hadramawt jln ampang dgn hadramawt jln raja chulan x same yea?? tp kan kak...kalo akak buat reservation kt facebook hadramawt jalan raja chulan,akak leh dpt less 20%...cume sy x tau best ke x...

    ReplyDelete
  4. minggu ni singgah kat sini. not bad. rasa nya sama dengan hadramawt bukit bintang tp kat sana lagi mahal mandi lamb rice rm33. senang2 kak jee singgah blog saya ok thanks

    ReplyDelete
  5. Kurang sedap,kalau 5star kome bg 2je.lagi satu order roti tu lbh kurang 45 mnt baru sampai tu pun puas 2/3 org pelayan kitorang dok tanya roti ni bila nak smp adoi

    ReplyDelete