Tuesday, July 19, 2011

JOM KJEE STORY SIKIT PASAL DURIAN BELANDA

Gambar2 ehsan Google

Beberapa hari lalu, dalam sembang2 Kjee bersama seorang sahabat yang mengidap kanser, dia menyuruh Kjee pergi cari buah durian Belanda. Menurutnya, buah itu dapat membantu mencegah merebak atau merawat kanser.  Terkejut jugak Kjee mendengarnya. Belum pernah selama ini ada orang bercerita mengenai khasiat durian Belanda.

Kjee bukanlah penggemar buah ini sebab buahnya masam. Selain itu susah jugak nak cari buah itu di bandar seperti Kuala Lumpur. Dulu masa Kjee rajin ke pasaraya NSK, kat Selayang, kekadang terserempak jugak dengan buan durian belanda.

Dan masa meniaga dulu, Unclepali ada buat Ice Blended Durian Belanda yang juga antara menu minuman disukai ramai di gerai kami ketika itu. Tapi Unclepali hanya guna jus atau paste Durian Belanda yang dalam botol.

Tetapi selain itu, Kjee tak tahu pun khasiat peubatan yang terkandung dalam buah itu. Tadi semasa mengelamun tak tahu nak buat apa, Kjee pun surf internet. Tetiba teringat pasal durian Belanda. Dan Kjee temui info dibawah ini. Ingin Kjee kongsi ilmu dan pengetahuan yang baru Kjee perolehi ini bersama korang seperti dibawah.





Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.



Ingin tahu lebih lanjut, sila ke blog HALAQAH

17 comments:

  1. Wohaa... info menarik ni Kjee.. Isteri member gua ada yang kena kanser.. Nanti gua suggestkan supaya dorang makan buah ni.. Thanks =)

    ReplyDelete
  2. nor memang suka sangat buah ni.....dulu masa zaman sekolah ade abah tanam pokok ni tapi dah lama pupus dah sesekali terjumpa buah ni d pasartani.....tapi daun dia pun ade khasiat....nor

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak jee for the info...sangat bermanafaat... i like soursop

    ReplyDelete
  4. nampaknya kena cari anak benih pokok ni n tanam kat rumah. dulu ada dah berbuah tapi umurnya tak panjang ditebang orang. terimakasih banyak atas info tentang durian belanda ni. mesti belajar menyukai rasanya yang masam2 manis untuk mendapat khasiat kejadianNya yang diselindungkan mereka yang mementingkan keuntungan duniawi

    ReplyDelete
  5. kak jee.. saya pun ada terbaca pasal ni dulu...
    kalau kak jee nak tau.. durian belanda ada 2 jenis tau kak.. ada sejenis buahnya memang masam... & sejenis lagi manis & masam sikit2 je.. dulu kat rumah ada beberapa pokok durian belanda jenis manis masam tu.. mmg best mkn gitu jer.. kengkadang saya buat aiskrim malaysia letak isinya.. itu zaman sy sekolah2 dulu la.. skrg ni pokoknya dah kena tebang sebab arwah ayah nak besarkan bahagian dapur rumah.. sayang betul sebab tak simpan baka..

    ReplyDelete
  6. Hi kak june.. buah ni memang bagus utk cancer patient.. My hubby ade tumor, so memang cari buah ni sbb saya byk baca kat internet.. tp buah mcm susah skit nak cari la...

    ReplyDelete
  7. ida pun tak tahu khasiat durian belanda ni...thanks 4the info ye k'jee

    ReplyDelete
  8. jom kita semua jadikan amalan walaupun kita tidak punyai penyakit seperti itu. apapun, elok mencegah dari merawat. insya allah.

    ReplyDelete
  9. berbaloi sungguh melayari blog kakjee ni , mcm2 info dapat. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. thanx for the info kak jee..

    tapi.. ada orang kata.. kalau ada orang ambik daun nya buat ubat.. nanti pokok tu taknak berbuah.. ntah laa ye.. taktau sejauh mana kebenarannya.. tp yg kat rumah mak tu.. macam tu laa.. baru nak pandai berbuah... lepas ada orang ambik daun untuk berubat.. terus takde buah..

    ~ nana ~

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas infonya, tapi hati ni tersentuh setiap kali ada yang beritahu itu, ini yg elok utk pesakit kanser kerana teringat kak arwah along sememangnya akan terkeluarlah perkataan 'kalaulah' itu, 'kalaulah' ini tapi walau macam mana p0n hati ini redha atas permegiannya. Betul kata Kak Jee mencegah lebih baik dari merawat, saya nak bagi anak perempuan arwah along belajar minum atau makan durian belanda ni walaup0n anak arwah baru berusia 4 thn.

    ReplyDelete
  12. Betul tu. Kjee pun nak advise anak sedara Kjee suruh makan sebab mak dia baru jer meninggal kerana kanser.

    ReplyDelete
  13. kak jee, ne nak dptkn buah ni. tgh cari tuk org rumah ngidam. puas cari dh kat tp x de rezeki g. sy kat shah alam.

    ReplyDelete
  14. salam. Kjee rasa kat Chow Kit ada. atau cuba cari kat pasar tani.

    ReplyDelete
  15. Salam semua, nak berkongsi sikit pasal sorang kawan nie, dia kena kanser..pegi check dah tahap tiga..reading blood dia pun dah cecah 1800 ( i pun tak tau apa maksudnya, tapi katanya mcm tu lah kalau dah kena kanser, normal reading dlm 180-200)doc yg ambik kes dia pun mcm tak bagi apa2 harapan lah, tapi dia nie jenis semangat kuat, terbaca satu artikel pasal khasiat durian belanda nie..dia cuba amalkan setiap hari makan/minum jus durian belanda(tak campur gula)pastikan yg original, bukan yg mcm selalu jumpa kat restoran, bentuk seulas-seulas tuh pasal ygtuh dah campur ngan gula..dia kata payah jugak nak dapatkan supply durian belanda nie secara konsisten, alhamdulillah dia terjumpa satu copany supply puri durian belanda 100% asli kat restoran JM bariani, sri gombak..cerita masalah kat tokey jm bariani tuh..tokey tuh pun bg lah supplier puri durian belanda tuh, keluaran PURIASLI.COM katanya..rasa asli, tak campur gula...dia amalkan selama 4 bulan. Alhamdulillah cancer dia hilang..bila jumpa balik doc tu...doc tu terkejut dia kata..dia ceritalah kat doc 2 org tuh yg dia amalkan minum air durian belanda..doc 2 tak percaya...dia kata memang doc doc tuh dari awal lagi tak galakkan guna produk natural nie..diaorg sibuk nak suruh buat kemo ja...so dia pesan sapa2 ja yg kena kanser jgn patah semangat, amalkan durian belanda setiap hari pagi dan petang, insyallah

    ReplyDelete
  16. Kak terimakaseh pasal info Buah Durian Belanda,sebab saya memang pesakit cancer.

    ReplyDelete