Thursday, July 21, 2011

Kasanova Arab 'serang' London dengan kereta mewah putih...


keretamawahSekumpulan kasanova kaya dari Asia Barat tiba di pusat bandar di sini dengan menaiki puluhan kereta sport yang semuanya berwarna putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan jutawan berganda berkenaan singgah untuk menginap di sebuah hotel mewah, Hotel Dorchester, semasa mereka dalam perjalanan untuk menjelajah ke beberapa destinasi menarik di Eropah sempena percutian musim panas.
Antara kereta mewah yang dipandu mereka termasuk kereta sport Koenigsegg Agera R yang berharga £1 juta (RM4.8 juta), Bugatti Veyron berharga £1.2 juta (RM5.8 juta), Maybach Xenatec berharga £600 ribu (RM2.9 juta) dan tidak terkecuali, sebuah Ferarri 599 yang memiliki harga jualan £200 ribu (RM967,586) di Britain.
"Nampaknya putih menjadi warna trend pada tahun ini," kata seorang graduan kejuruteraan berusia 22 tahun yang berada di lokasi itu.
Ramai warga Arab kaya-raya memilih untuk melancong ke Eropah pada bulan ini untuk mengelakkan suhu ekstrem di negara-negara Asia Barat yang mengalami musim panas. - Agensi
Dipetik dari Agendadaily.com

Related Posts:

  • JANGAN BETULKAN COMPUTER ANDA, BLOG KJEE DAH TUKAR WARNAJangan jugak tukar cermin mata, contact lens. lampu2 dalam rumah atau apa2 yang sewaktu dengannya. Kaler ini belum muktamad lagi. Esok lusa kalau tukar lagi, janganlah terkejut. Sekian, harap maklum.… Read More
  • BLOG KJEE WARNA KUNING SEJAK WUJUD JANUARI LALUDah ramai suruh Kjee tukar warna blog Kjee memandangkan warna kuning sekarang sudah jadi warna 'blacklist'. Unclepali sedang nak tukar. Tunggulah sehari dua lagi. Cuma Kjee belum lagi dapat membayangkan apa warna yang sesuai… Read More
  • ZZZZZZZZZZZZZ gambar ehsan google Baru jer telan ubat anti-histamine...ngantukkkk tahap gaban. Nasib baik Unclepali gi beli nasi dagang tadi for bekfas. So now perut dah kenyang and Unclepali pun sama. So adalah excuse tak payah masak u… Read More
  • NAK DAPAT PAHALA TAMBAHAN? makaseh google bagi pinjam gambo Macam2 cara kita boleh dapat pahala. Kjee seronok sangat baca cara terbaru ni. Ini hasil kerja Deena Yasmin yang rajin sangat cari bahan untuk muat dalam blog dia. Terima kasih Deena. Wah be… Read More
  • SEDIH DAN INSAF. KORANG CAMNER? Part One innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "WOMEN,MALAY,FOOD_DINING"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; … Read More

1 comment:

  1. bukan kata kat sana je kak gee. dekat pv12 ni pun dah makin ramai org arab. bila sy tanya. katanya dtang bercuti.

    ReplyDelete