Wednesday, July 27, 2011

KISAH YANG TAK MUNGKIN KULUPA!

Rumah inilah Kjee dilahirkan. Rumah datuk di kampung Baru.


Mesjid Jamek Kampung Baru di Jalan Raja Alang 

KJee tak ingat tahun bila ia berlaku. Tapi rasa2nya setahun sebelum arwah mak meninggal iaitu 1996. Kjee ingat lagi yang Kjee ada citer kat arwah mak masa tu. Mak meninggal 1997.

Masa tu, Kjee baru pindah ke sebuah apartmen di Keramat. Apartmen baru. Satu hari Kjee turun ke kereta dan nampak ada orang tengah setkan bahagian bawah apartment tu untuk jadi surau. Dalam hati Kjee, kalau dah bukak nanti, Kjee nak sedekahlah Quran ker, buku Yassin atau sejadah. Kjee tanya ada abang kat situ dia kata sejadah dah ada. Quran dan bukuYassin belum ada.

Tak lama selepas itu, Kjee pun pergilah ke Mesjid India nak beli Quran dan buku Yassin (orang panggil buku ke kitab hah?). Kebetulan hari itu hari Jumaat dan hari jadi Kjee. Kjee suka sangat sebab Kjee memang lahir pada hari Jumaat. Mak kata Kjee lahir ketika orang tengah solat Jumaat kat Mesjid Kampung Baru. Kjee lahir kat rumah datuk. (lihat gambar).

Lepas pergi ke Mesjid India dan beli barang2 yang Kjee nak sedekah, Kjee dan Nadia serta seorang rakan pun singgahlah kat satu gerai Minang kat Kampung Baru untuk lunch. Masa tu orang tengah solat Jumaat. Kjee memang suka ke gerai minang kat Pasar Minggu, Kampung Baru.

Setelah ambil lauk pauk dan nasi sepinggan, Kjee pun duduklah di salah satu meja dengan Nadia dan kawan Kjee.Pelayan hantar sirap ais untuk kami bertiga. Kemudian Nadia dan kawan Kjee makan macam biasa. Kjee masih terhegeh2.

Kemudian apabila Kjee angkat saja gelas sirap untuk sedut guna straw, tiba2 gelas tu meletup dan berderai atas pinggan nasi Kjee. Spontan Kjee pandang kat siling sebab Kjee ingat ada orang tembak dari siling! Kaki tangan Kjee mengeletar! Gelas yang mengandungi air sejuk camner boleh meletup?

Nadia dan kawan Kjee bergegas bangun ketakutan. Kjee terpaku pada kerusi. Toke kedai dan pelayan datang berlari. Pelayan angkat pinggan dan lapkan meja. Toke kedai suruh Kjee alih ke meja lain. Budaknya disuruh bawak minuman lain.

Toke kedai tu ketakutan, "Maaf Ibu...ini bukan kerja kami!" Eh apa pulak nak mintak maaf kan? Kjee kenal toke tu. Memang kami dah lama kenal sebab Kjee sering ke situ.

Apabila dah berpindah ke meja lain, toke kedai yang tengok muka Kjee pusat lesu kata itu macam tanda ada orang nak santaukan Kjee!! Astaghafirullahalazim!!! Airmata Kjee bercucuran!! Kawan Kjee terus keluarkan duit untuk bayar dan ajak Kjee dan Nadia balik. Tapi toke kedai tak nak terima. Pujuk kami suruh ambil makanan lain tapi Kjee tak sanggup lagi.

Sejak itu Kjee tak pergi lagi ke kedai itu!!!

Kjee pun call mak. Bagitau dia. Mak kata, Allah swt sayangkan Kjee sebab Kjee baru sahaja balik daripada membeli barang2 buat sedekah surau. Malah Quran dan buku Yassin masih lagi dalam kereta! Maknanya, kalau tidak kerana nawaitu Kjee nak bersedekah, Kjee mungkin dah kena 'permainan manusia yang kejam!" Wallhualam!!

Kemudian mula mak soalsiasat macam2. Dia tanya pukul berapa kena, kat mana? Kemudian mak bagitahu, kalau betul ada 'orang yang hendak menzalimi Kjee', dia sudah tahu hari lahir Kjee, tarikh serta tempat dimana Kjee dilahirkan.

Dan Jumaat ini, Kjee akan menyambut hari lahir Kjee. Pernah juga hari lahir Kjee jatuh pada hari Jumaat beberapa tahun selepas insiden itu. Nadia punyalah berjaga2. Dia kunci Kjee dalam rumah pada waktu orang tengah solat Jumaat dan duduk sepanjang masa di sisi Kjee. Dia takut akan jadi apa2.

Apabila Kjee menyedari hari jadi Kjee tahun ini jatuh jugak pada Hari Jumaat (jumaat ini), Kjee mula risau dan seram. Pastinya, Kjee tidak akan ke Kampung Baru sepanjang hari!!!!

30 comments:

  1. Salam Untie..

    Sorry, Kalau silap. Typo ke '1976' tu? nak relate kan dgn.. "setahun sebelum arwah mak meninggal.." dengan .."mak meninggal 1997"..

    yassin - selalunya org panggil kitab.. =)

    ReplyDelete
  2. salam buat k.jie.. saya tak paham kenapa org mesti aniaya sesama manusia mcm ni... apap2 pon sy doakan k.jie sentiasa dibawah lindungan & rahmat ALLAH SWT... :-).

    ReplyDelete
  3. Allah swt lebih mengetahui kak...semoga kjee di bawah lindunganNYA amiiiin.
    saya juga lahir hari Jumaat.

    ReplyDelete
  4. T/kasih Humaira'. silap type. hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Akak seram dengar cerita ni..banyak2 berdoa agar dilindungi. baca bismillahillagi..selepas setiap solat dan sebelum keluar rumah.

    Berhati2lah..rambut sama hitam, hati kita tak tahu.macam mana pun kita berserah pada nya ...amin

    ReplyDelete
  6. amalkan asmaul husna "YA MUMIT" yg bermaksud YANG MEMATIKAN. Orang yg byk membaca YA MUMIT INSYA'ALLAH akan dapat menggagalkan niat jahat musuhnya.Semoga kjee sentiasa dilindungi ALLAH.
    amin. lizabassam

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas doa kalian. amin

    ReplyDelete
  8. Salam kjee. Pesan orang "pandai" dlm bidang ni> Amalkan baca "Alif Allah, Alif Muhammad, Alif segala hikmat" sambil tangan pusingkan perlahan lahan cawan/gelas/pinggan/mangkuk sebanyak 3kali. Sekiranya ada "santau", di dalam bekas makanan @ minuman itu ada bendasing. Berhenti dari minum atau makan. Dengan izin Allah swt juga. Kita ikhtiar supaya tak kena sahaja. Byk yg test power lepas menuntut ilmu hitam ni. Ada jgk yg kena "lepaskan" bila cukup term. Wallahualam

    ReplyDelete
  9. semoga kak jee dilindungi Allah S.W.T senantiasa...

    kak jee.. saya pun dilahirkan pd hari jumaat jugak.. pun ma kata betul2 masa org tengah solat jumaat... kita serupalah kak!

    ReplyDelete
  10. Kak Jee..

    Take care tau...Banyakkan berdoa dan minta perlindungan dari Allah S.W.T..InsyaAllah Allah akan melindungi Kak Jee..

    IBUNDA DELIGHTS

    ReplyDelete
  11. Salam Kjee.Insyaalah tak ada apa-apa kan kjee.Allah selalu bersama umatnya yang mengingatinya.Semuga Kjee boleh sambut harijadi dgn gembira jumaat nanti.Amin

    ReplyDelete
  12. Kata org kalo nak tau org nak kenakan kite, ble kite minum air panas, rasa bontot cawan/gelas tu kalo sejuk jgn minum; camtu gak sblknya, air sejuk tapi bontot tu rasa panas....stop minum

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  13. eh..rumah datuk Kjee ni rumah yg depan kedai chicken chop tu ke? skang xtau la ada gi ke x sbb da lame xlalu...satu jalan ngn masjid kg baru kan...kalo betul rumah tu eima pernah pegi...

    Kjee,

    hal2 yg blaku ni ketentuan tuhan kan..kita doa moga2 tuhan sentiasa melindungi Kjee....amin...

    ReplyDelete
  14. eima-caa; ada ker kedai chicken chop? Kjee tak eprasan. depan rumaha datuk rumah kumpulan arqam dulu. tak tahulah kalau dia orang jual chicken chop kat sana. tapi memang betullah satu deret dengana mesjid nak jalan menuju ke pasar minggu.

    ReplyDelete
  15. eima xpasti Kjee ada rumah kumpulan arqam..hehehehe...tapi kalo sederet ngn masjid betul la tu..tapi (eh byk plak tapi kan..) org yg eima kenal tu dulu ada kedai makan kat food court ambank..(ala-ala cam jejak kasih plak kan)...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. laaa eima. orang yang eima kenal tu, mak sedara Kjee. nama dia Yatie. Adik bongsu mak. camner Eima kenal dia? small world!!!

    ReplyDelete
  18. ekekekekeke...

    eima xingat nama makcik tu KJee..da lama xjumpa dia..tapi dulu masa zaman bercinta eima pernah pegi rumah dia mintak nasihat sbb dia kenal balak yg eima nak kawan tu..hik..(xtau la dia ingat eima lg ke x)...

    tapi bila eima dah putus ngn balak tu xpernah jumpa dia lagi..dia sihat KJee? lama da xjumpa..kimsalam syg ekk..hik...

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Jee...

    saya ingat rumah datok Kak Jee dan kalau tak silap saya ..saya ada pergi beberapa kali..masa tu saya kecil lagi la...sekarang dah tua...

    Aruah bapa saya berkawan dgn 2 org bapa saudara kak Jee yg saya panggil as Uncle Rahman dan Uncle Aziz...dulu2 saya ingat lagi aruah opah kak Jee ada restoren makan somewhere near flat pekeliling n saya sangat2 suka makan masakan ayam percik n serunding kelantan buatan aruah opah kak Jee...dan semasa saya d ITM..Satay Aneka di Sungei Wang Plaza boleh dikatakan tiap hujung minggu saya kesana...:)

    Saya doakan untuk kak Jee dan semoga kak jee di bawah lindunganNYA ameenn.

    ReplyDelete
  20. eima: dia sihat. tapi dah tua. masih meniaga kat situ lagi. dia masih tinggal kat rumah tu hingga sekarang. kalau dtg KL, gi lah jumpa dia.

    ReplyDelete
  21. salama..Anon: betul dua pakcik Kjee bernama Aziz (Zain Azzman) dan rahman,. Dua2 dah arwah. Restoren kat Flat pekeliling tu Majid satay House dan kat BBPlaza, Satey Anika. Dua2 dah tutup.
    terima kasih doakan Kjee.

    ReplyDelete
  22. Kak Jee...nama saya Surya (Anon tadi tu,,hee)...kalau tak silap saya kak Jee ada sorang lagikan pakcik(maaf saya tak ingat nama beliau)..i think he's the tallest...kalu tak silap isteri beliau orang Ipoh...

    AlFatihah buat uncle Aziz n Uncle Rahman..ingat lagi semasa saya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke US...uncle Rahman la yg susah payah bawa saya ke US Embassy untuk buatkan visa..di Jalan Ampang...masa tu peristiwa Japanese Red Army tak silap baru berlaku di US Embassy tu...

    ReplyDelete
  23. Jumaat adalah penghulu hari... semoga Kak Jee sentiasa di bawah LindungannYa berkat kelahiran kak jee pada hari jumaat

    ReplyDelete
  24. insya allah KJee,

    tetibe rasa sebak..eima tinggal bukan la jauh mana..keje pun kat kl gak, dr office da nmpk kg baru..tapi xpenah nak singgah jenguk ibu (eima baru teringat pgil dia "ibu")...

    ReplyDelete
  25. Salam Surya. Nama dia Uncle Harris. wife dia Kak Harisun. Orang Ipoh but now stay in KL. Dia pun dah arwah. Uncle rahman died in Australia.

    ReplyDelete
  26. Selamat menyambut kedatangan Ramadan dan Hari Lahir Kak jee..semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia selalu...Amin!!

    ReplyDelete
  27. salam kak jee...peristiwa yang jadi pada kak jee sama berlaku ngan abah saya...tap abah kena masa p kenduri kawin rumah org...sebelum pergi tu abah ada berubat kat tempat sorang ustaz ni..ni semua pasal abah kena buatan org...yerlah abah saya tu org meniaga....ada sajer yg dengki tengok kesenangan org lain...sebelum balik dari rumah ustaz tu, ustaz tu ada pesan, katanya jangan terperanjat klu tetiba ada pinggan @ cawan pecah depan kami klu pergi makan kat luar @ tempat org kenduri...jadi perkara tu jugak terjaid kat kami..yang lain tengok semua terperanjat...kami x jadi makan lepas tu...terus pergi salam keruk tuan rumah then terus balik...dalam hati mmg x sedap...terus pergi jumpa ustaz tu balik...dia cakap mmg ada org nak santau abah...sejak tu sampai skrg ni kami amalkan doa pendinding dan penggerak (Bismillah Hillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wa laa fis sama wa huwa sami ul Alim)...doa tu bleh hindar kita dari kena santau..amalkan sebelum nak makan @ minum terutama klu kita makan kat majlis org kawin, kat gerai, @ umah org lain....org ni rambut je sama hitam tap hati lain²...

    ReplyDelete
  28. sayangnya Allah pada kak Jee....
    bukan semua orang boleh terjadi kejadian pecah gelas macam tu..
    tu tanda kasihNya yang tak pernah putus.
    mungkin juga atas keikhlasan hati budi kak Jee

    ReplyDelete
  29. Salam, Kak Jee. Hari ini ada masa pnjg jelajah entri2 lama2 Kak Jee. Terkejut sekejap baca entri yg ni. Hari ni, hr Jumaat.. hrpnya hr jadi kak jee yg dimksudkan tadi, baik2 sahaja ya.. semoga Allah swt melindungi Kak Jee sekeluarga.. Aaminnn....

    ReplyDelete
  30. salam.. kjee tak takot ke publish citer camnih... nnt ade yang taw.. hihihi tapi kite doa semoga kite sumeee takde kena benda buruk... aminnn! =)

    ReplyDelete