Tuesday, July 19, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 19 JULAI 2011


Tempah maut
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2011/07/19

pix_gal0
Bawa penumpang berlebihan boleh jejas komponen kenderaan

KUALA LUMPUR: Orang ramai, terutama pemilik kereta bersaiz sederhana perlu menyedari bahawa kenderaan yang dinaiki lebih lima individu berisiko tinggi terbabit dalam kemalangan jalan raya kerana ia boleh menyebabkan komponen tertentu gagal berfungsi dengan berkesan.
Berdasarkan kajian, kenderaan yang membawa penumpang berlebihan tidak mampu beroperasi secara optimum kerana ia menyebabkan bahagian tertentu seperti tayar dan brek gagal berfungsi seperti sepatutnya.
NAK DAPAT BERITA LEBIH LANJUT KENA BELI AKHBAR BERITA HARIAN HARI INI
KJEE: MASA GUNA KERETA KANCIL DULU, RAMAI PERLI KATA 'GAJAH' NAIK 'KANCIL' HEHEHE



Dipukul tegur suami tidur bilik adik

KAJANG: Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.

Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.

Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.

“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.



“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.

Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.


Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. “Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - METRO

KJEE: SETAKAT INI BELUM PERNAH KENA JENTIK SUAMI LAGI. ALHAMDULILAH

School removes toilet doors to punish vandals


A SECONDARY school in Bahau, Negri Sembilan, decided to remove all the doors in its male toilets to punish vandals, Sin Chew Daily reported.
This was discovered by a committee member of the school's board of directors who had to use the toilet during school assembly recently.
The committee member was shocked to find that all the toilets had no doors but he was forced to use it anyway as he had an upset stomach.
“This is most embarrassing,” he said.
When he checked with the school, he was told that it was aimed at punishing the students who had destroyed the doors.
The school said it hoped the move would result in other students condemning the action of those who destroyed the doors as all of them had to suffer because of their behaviour.
The committee member said the school has about 600 male students and only 30 of them were involved in destroying the doors.
“This action is unfair to the majority of the students,” he said, adding that he would discuss reinstalling the doors with the school.
He urged students to take good care of school property.
“The students can always come to us if they have any problems,” he said. - the star online
KJEE: KESIAN ANAK2 SEKOLAH YANG TAK TERBABIT

0 comments:

Post a Comment