Tuesday, July 12, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 12 JULAI 2011


IPU Masih Di Tahap Sederhana

JKeadaan berjerebu dicatatkan di sekitar Petaling Jaya sejak awal pagi Isnin. Bagaimanapun, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar keadan tersebut masih diiktiraf sebagai IPU sederhana. - Foto mSTAR Oleh IZRA RAHMAN.
PETALING JAYA: Walaupun keadaan berjerebu di kawasan sekitar Selangor, Indeks Pencemaran Undara (IPU) masih berada pada tahap sederhana dan lebih baik berbanding petang Ahad.
Keadaan berjerebu disebabkan kebakaran di Sumatera dan Borneo menyebabkan jaarak penglihatan merosot.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya memaklumkan bahawa sehingga pukul 5 petang Isnin, 83 peratus atau 43 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana manakala sembilan kawasan lagi mencatat indeks udara baik.
Imej satelit menunjukkan 217 titik panas di Sumatera dan lebih 300 titik panas di Borneo sementara di Semenanjung ialah 13 sehingga pukul 6 pagi Isnin.
Pada Ahad, catatan IPU menunjukkan 33 kawasan (67 peratus) mencatatkan IPU sederhana manakala 16 kawasan (32 peratus) mencatatkan IPU baik. - mStar Online
KJEE: TAK BERANI KELUAR TAKUT SEMPUT

Siti Nurhaliza Mahu Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi
Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika konsert SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
SHAH ALAM: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mempunyai satu hobi baru iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.
Menurut Siti, hobi tersebut mula diminatinya selepas dia dan suami pulang daripada percutian di Capetown awal Mei lalu.
"Memang ini merupakan hobi baru kami. Lagipun sejak kecil lagi saya suka menunggang motosikal di kampung.
"Cuma saya dah tak menunggang motorsikal sejak bergelar penyanyi dan aktiviti ini mengimbas kembali zaman saya kecil-kecil dulu," katanya.
Tambah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, aktiviti tersebut memberikan dia dan suami idea untuk membuat pembukaan Konsert Malam Gala SimplySiti dengan menaiki motosikal Harley Davidson yang ditunggang suami ke depan pentas di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, Sabtu. - mStar
KJEE: MACAM MACAM

PADAH KASIH LAKI  ORANG

KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.

Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras.
“Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya,” katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.

“Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.

“Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru,” katanya.
Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil. - mStar

KJEE: PADAN MUKA




3 comments:

  1. Salam...note kjee tu best la..hehehehe

    ReplyDelete
  2. kak jee post tu ...panjang kan la sikit.

    ReplyDelete
  3. luahan hati: nanti marah pulak orang surat khabar. kena beli paper dia orang. kalau semua keluar online...tak laku dek. hehehe

    ReplyDelete