Azab didera
JOHOR BAHRU – Seorang wanita menghela nafas lega apabila diselamatkan daripada terus dikurung dan didera teman lelakinya di Amman, Jordan sejak enam bulan lalu.
Ngooi Sew Lan, 41, diselamatkan selepas dia dapat menghubungi kakaknya, Bong Yeng Phong, 42, pada pukul 12.35 tengah hari 12 Jun lalu yang ketika itu berada di sini untuk menceritakan mengenai azab yang ditanggungnya.
Yeng Phong yang terkejut kemudian membuat laporan di Balai Polis Central di sini sebelum menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang, Mok Chek Hou untuk meminta bantuan Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan.
Mengimbau semula kejadian itu, Sew Lan mendakwa dia berkenalan dengan lelaki Jordan dikenali sebagai Hamada, 25, melalui satu laman sosial ketika dia menetap di London.
Pengurus restoran itu mendakwa, dia terpikat kerana ahli perniagaan di China itu bermulut manis selain fasih berbahasa Inggeris dan Mandarin.
“Saya kemudian mengikutnya pulang ke Jordan pada Januari lalu untuk melancong selepas dia berjanji akan membayar semula wang 10,000 pound sterling (RM48,000) yang dipinjam.
“Namun segalanya menjadi mimpi ngeri apabila Hamada berubah menjadi kurang siuman sehingga dia sanggup menikam belakang badan saya dengan pisau,” dakwanya pada sidang akhbar semalam. - KOSMO
KJEE: PADAH CINTA FACEBOOK
KUALA TERENGGANU: "Pada mulanya saya keberatan menyertai program ini, tetapi selepas mengikuti modul disediakan, saya dapati ia sangat menarik kerana membangkitkan kesedaran erti kehidupan suami isteri yang perlu dipenuhi kasih sayang dan sikap tolak ansur," kata Mohd Alwi Mat Aziz, 30, antara peserta Program Bulan Madu Kedua anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Beliau berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ketika program tiga hari dua malam di Tasik Kenyir apabila dia dan isteri dikehendaki saling menyuap makanan pada majlis makan malam ditemani nyalaan lilin.
Katanya, bermula dari situ, hubungan kasih sayang berputik kembali hingga menyelamatkan rumah tangga, malah kini beliau dan isterinya, Suzyani Abdullah, 31, telah memperoleh seorang cahaya mata berusia 10 bulan.
Mohd Alwi dan isteri antara 120 pasangan yang dapat diselamatkan daripada keretakan rumah tangga selepas mengikuti program kerajaan negeri.
Peserta program yang dijalankan secara berperingkat sejak Julai tahun lalu, dibawa bercuti secara percuma ke pelbagai lokasi bagi menyuburkan kembali perasaan intim pasangan berkenaan dengan sebahagian besarnya baru berkahwin kurang lima tahun.
Pasangan Zuhaimi Maliki, 35, dan isterinya, Rosliza Md Razali, 26, yang baru dua tahun berkahwin, turut mengakui kasih sayang mereka kembali kuat selepas mengikuti program itu.
“Antara perkara menarik dalam kursus itu apabila penceramah menyentuh sikap pasangan suami isteri yang malu berpegangan tangan sedangkan tindakan itu menjadi bukti kasih sayang pasangan,” katanya. - BERITA HARIAN
Mohd Alwi dan isteri antara 120 pasangan yang dapat diselamatkan daripada keretakan rumah tangga selepas mengikuti program kerajaan negeri.
Peserta program yang dijalankan secara berperingkat sejak Julai tahun lalu, dibawa bercuti secara percuma ke pelbagai lokasi bagi menyuburkan kembali perasaan intim pasangan berkenaan dengan sebahagian besarnya baru berkahwin kurang lima tahun.
Pasangan Zuhaimi Maliki, 35, dan isterinya, Rosliza Md Razali, 26, yang baru dua tahun berkahwin, turut mengakui kasih sayang mereka kembali kuat selepas mengikuti program itu.
“Antara perkara menarik dalam kursus itu apabila penceramah menyentuh sikap pasangan suami isteri yang malu berpegangan tangan sedangkan tindakan itu menjadi bukti kasih sayang pasangan,” katanya. - BERITA HARIAN
KJEE: TERINGIN JUGAK NAK SECOND HONEYMOON
3 jam diculik lapan lelaki
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Dania Syazwana Azahar Ahmad, turut cedera di siku dan kaki selepas terjatuh dari dukungan seorang penculik ketika dia dilarikan ke tempat persembunyian.
Bagaimanapun, dia dapat diselamatkan selepas seorang lelaki warga emas yang kebetulan melihat sekumpulan lelaki sedang mengurung seorang kanak-kanak di belakang sebuah kedai kira-kira satu kilometer dari rumah kanak-kanak itu sebelum bertindak berani memukul kumpulan lelaki terbabit dengan kayu.
Tindakan itu, menyebabkan semua lelaki terbabit yang terkejut cuba melawan, tetapi gagal sebelum mereka bertindak melarikan diri. Menceritakan kejadian itu, Dania berkata, sebaik mahu menutup pintu rumahnya di tingkat enam Flat Sentul Murni, di sini, selepas pulang dari sekolah, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba menariknya dari arah belakang dan menutup mulutnya hingga dia tidak boleh menjerit meminta tolong sebelum mengheretnya turun ke tingkat bawah.
“Sebaik tiba di tingkat bawah, lelaki terbabit mendukung dan membawa saya ke taman permainan berdekatan sebelum memberi isyarat kepada rakan lain.
“Malangnya ketika itu, saya terjatuh dari dukungan lelaki berkenaan menyebabkan kecederaan di kaki kanan dan siku kiri saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, lelaki itu mendukungnya semula dan meneruskan perjalanan ke belakang deretan sebuah kedai di Kampung Pauh Seberang kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
“Di belakang kedai itu, mereka mengikat saya di satu kerusi sebelum menutup mulut saya dengan pita pelekat menyebabkan tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya berdoa supaya selamat. - METRO
KJEE: TAK TERBAYANG TRAUMA DANIA
rajin Kak Jee combine berita sikit2 dlm satu entry..
ReplyDeleteringkas tp senang nak sy nak baca.