Sunday, July 17, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 17 JULAI 2011


isteri, anak dilarikan ke Makkah
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my

  MOHD ZAWAWI   bersama dua anaknya   menunjukkan gambar ahli keluarganya dan salinan  laporan polis  di Sri Pentas, semalam.
MOHD ZAWAWI bersama dua anaknya menunjukkan gambar ahli keluarganya dan salinan laporan polis di Sri Pentas, semalam.
Bekas pengikut Al-Arqam dakwa Global Ikhwan takut kegiatan didedah 

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengikut Al-Arqam mendakwa isteri dan tiga anaknya dibawa ke Makkah tanpa kebenarannya oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, organisasi berasaskan perniagaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan pergerakan yang diharamkan kerajaan pada 1994.

Mohd Zawawi Aman, 44, yang pernah bersama dengan pergerakan itu selama lebih 10 tahun, berkata isterinya, Shamsiah Yusof dan tiga anak mereka, Nur Samahah, 15; Mariam Al Adzra, 13, dan Muhammad Abdul Bar, 2, terbang ke Makkah menggunakan visa umrah tanpa pengetahuannya.

“Saya hanya sedar kehilangan isteri selepas dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), kira-kira jam 4 petang 8 Julai lalu memberitahu berada di luar Malaysia. Saya terkejut kerana pagi sebelum kejadian, saya ada menelefonnya. Ketika itu dia menangis tetapi enggan memberitahu apa terjadi. 

“Saya syak ia ada kaitan dengan Global Ikhwan kerana isteri masih bertugas di syarikat berkenaan,” katanya yang ditemui di Sri Pentas, di sini semalam sambil menambah beliau dalam proses memujuk Shamsiah keluar dari organisasi berkenaan selepas menyedari ia masih berpegang kepada ajaran Al-Arqam yang diharamkan. 

Jelasnya, tindakan Global Ikhwan itu mungkin disebabkan takut Shamsiah berpihak kepadanya dan keluar daripada organisasi yang akan menyebabkan kehilangan anggota seterusnya akan mendedahkan segala kegiatan bertentangan ajaran Islam yang dibawa organisasi itu. 

Beliau juga yakin tindakan membawa lari isteri dan anaknya itu didalangi Hatijah Aam, isteri kedua bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Asaari Muhammad dan wanita itu didakwanya berada di Haramain, Makkah serta menyusun organisasi Global Ikhwan di beberapa negara lain di Asia Barat. 
Mohd Zawawi yang kini Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran An Najihah di Nilai, berkata, Global Ikhwan pernah mengadakan beberapa perjumpaan dengannya selepas beliau keluar organisasi itu pada 2009 dan berusaha memujuknya kembali ke pangkuan mereka. 

“Mereka turut menjelaskan pemisahan isteri dan anak-anak dengan saya yang dilakukan mereka disebabkan perbezaan aliran pemikiran. Jika saya kembali kepada mereka (Global Ikhwan), ia pasti tidak berlaku,” katanya yang membuat dua laporan polis pada 8 dan 11 Julai lalu serta aduan di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.

KJEE: GLOBAL IKHWAN? BUKAN DIA ORANG YANG BUAT KURSUS SEKS ALA PELACUR KELAS SATU DULU?

Ada Pihak Hasut Rakyat Tidak Yakin Pada Polis - Khalid
SEREMBAN: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata ada pihak tertentu yang kini sengaja memfitnah dan memburukkan polis agar orang ramai hilang keyakinan terhadap pasukan itu.
Beliau berkata tindakan berbentuk hasutan itu harus dihentikan segera atau berdepan dengan tindakan kerana perbuatan mereka turut menjejaskan nama negara.
"Jika mereka masih meneruskannya, kita akan fikirkan tindakan yang akan kita ambil terhadap mereka. Mana yang melampau itu kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.
Khalid berkata antara cerita yang tersebar ialah polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara haram di ibu negara pada 9 Julai lepas.
"Apa yang sebenar dibuat oleh polis pada perhimpunan Bersih 9 Julai lepas ialah melaksanakan tanggungjawab kita dalam menguatkuasakan undang-undang...itu saja. Kita tidak buat lebih daripada menguatkuasakan undang-undang yang ada di negara kita.
"Jadi, saya seru pada masyarakat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah dan fitnah mereka ini yang sengaja ingin rakyat percaya bahawa polis bertindak zalim, ganas dan sebagainya," katanya.
Mengenai desas-desus perhimpunan serupa akan diadakan sekali lagi, Khalid berkata tidak salah untuk pihak berkenaan berhimpun asalkan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Hantar permohonan dulu dan kita akan proses permohonan mereka. Jika perhimpunan ini dibuat mengikut landasan undang-undang yang betul, insyaAllah, kita akan beri kebenaran dan kita akan sokong lagi...kita akan beri bantuan lagi," katanya.
Bagaimanapun kata beliau, jika diketahui penganjur sengaja hendak berhimpun di jalanan dengan niat mencetuskan kekacauan maka polis tidak akan membenarkannya. BERNAMA
KJEE: PERCAYA PENUH KEPADA PDRM!

Semangat United bantu Safee meledak

KUALA LUMPUR - 'Harimau Berantai' Harimau Malaya, Safee Sali yang menyumbat dua gol ketika menentang Liverpool, semalam, tidak menyangka dapat menewaskan gawang lawan yang dikawal Martin Hansen pada babak kedua.
Pemain kelahiran Kajang, Selangor ini juga mengakui kemampuan luar biasanya mungkin ada kena-mengena dengan pendiriannya sebagai penyokong setia musuh ketat The Reds dalam Liga Perdana England, Manchester United.
"Saya tidak sangka dapat dua gol, mungkin juga kerana sebagai penyokong setia MU, ia semacam perangsang tambahan dalam perlawanan tadi. Gol ini bagaimanapun tetap datangnya daripada kerja sepasukan," katanya yang mengakhiri kemarau gol antarabangsa dengan Malaysia sejak Piala Suzuki AFF, tahun lalu.
Safee yang kini mewakili Pelita Jaya Indonesia, menyambar percubaan awal sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal untuk menewaskan Hansen yang hanya sempat menguis bola sedikit dalam kotak penalti.
Gol keduanya pula terhasil daripada umpanan tepat jarak jauh pemain Kelantan, Rizal Fahmi Rosid yang menggamatkan sorakan 80,000 penonton di Stadium Nasional. - Mingguan Malaysia

KJEE: TAHNIAH SAFEE. BALIK LAH KE LUBUK SENDIRI...

3 comments:

  1. Safi Sali mungkin sedang mengumpul segenap ilmu sepak menyepak bola kat tanah seberang untuk memantapkan lagi skil sedia ada masakan akan terlupa tempat jatuhnya. Apapun tahniah untuknya kerana menunjukan keupayaan dirinya dan kawan2nya bahawa negara kita ramai pemain2 yg berpotensi dalam arena ini. walau kalah tetap bangga dengan kebolehan anak2 bangsa.

    ReplyDelete
  2. salam KAKjee....

    terima kasih sebab follow blog saya yang baru nak bertapak ni....rasa bangga ni hehehehe...

    papepun..saya memang suka pun baca blog kakjee...macam2 info bole dapat...berita semasa,pasal artis, masakan kakjee dan tempat2 makan yang best pun bole tau dari sini....

    memang besttttt....berbaloi saya terjumpa blog kakjee and terus melekat nak baca ape yang kakjee tulis hari2 hikhikhik....

    ReplyDelete