Wednesday, July 27, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 27 JULAI 2011



Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini




Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan Puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah, lapor Kosmo.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - kKOSMO ONLINE

KJEE; SYUKUR ALHAMDULILLAH. RAMADHAN AL MUBARAK DATANG KEMBALI


Minta RM1.5j dakwa kena culikOleh Siti Sofia Md Nasir

2011/07/27


SHAH ALAM: Helah seorang wanita tempatan kononnya dia bersama teman lelakinya warga Nigeria diculik, untuk memperoleh wang RM1.5 juta daripada bapanya, tidak menjadi apabila mereka ditahan polis di lobi sebuah hotel di Pulau Pinang, 23 Julai lalu.

Wanita berumur 23 tahun dan teman lelakinya berumur dalam lingkungan 20-an itu ditahan di hotel berkenaan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, pada jam 8 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata polis menerima laporan bapa wanita itu yang mengatakan anaknya diculik pada 21 Julai lalu.
Katanya, bapa suspek wanita yang bekerja sebagai akauntan di Kuching, Sarawak menerima panggilan telefon seorang lelaki mengatakan anaknya diculik bersama teman lelakinya dan meminta wang tebusan RM1.5 juta.

“Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua mangsa tidak diculik, tetapi mereka membuat cerita untuk memperoleh wang segera,” katanya pada sidang media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Adnan berkata, kedua-dua suspek adalah pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kajang, dekat sini dan sedang menunggu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka memerlukan wang berkenaan bagi menampung perbelanjaan harian dan kos pembelajaran.
Lelaki Nigeria itu kini direman sehingga 30 Julai, manakala teman wanitanya direman sehingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961.

Sementara itu, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai merompak sebuah stesen minyak di Seksyen 15, di sini, awal pagi semalam, tidak sampai sejam selepas melakukan jenayah itu, pada jam 3.50 pagi.

Mohd Adnan berkata, dalam kejadian itu, tiga suspek memecahkan cermin dan merompak dua pekerja di stesen minyak berkenaan sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

“Polis mengejar kereta suspek hingga mereka terbabas ke Jalan Persiaran di sini dan menahan seorang suspek berumur 19 tahun bersama parang dan tukul besi dipercayai digunakan untuk merompak, selain menemui semula wang tunai RM5,000 hasil rompakan itu.

“Hasil siasatan mendapati suspek ada enam rekod kesalahan lampau dan kenderaan digunakan mereka dilaporkan hilang di Shah Alam, pada 16 Jun lalu. Kami masih memburu dua lagi suspek yang terbabit dalam kes rompakan itu,” katanya. - BERITA HARIAN ONLINE

KJEE: DAH BANYAK KES CAM NI ORANG BUAT. DALAM DRAMA TV PUN ADA. . 




Buruh Ladang Simbah Cuka Getah Ke Atas Dua Beradik Dipenjara Lapan Tahun, Empat Sebatan


TEMERLOH: Seorang buruh ladang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas dua pertuduhan menyimbah cuka getah terhadap dua adik-beradik pada 19 Julai lepas.

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah kepada Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13 dan Syaffiy Aiman, 10, dengan menyimbah cecair disyaki cuka getah di bahagian muka dan badan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di atas jalan raya berhampiran rumah bernombor 149, Felda Jengka 9, Maran antara pukul 7.30 malam dan 8.30 malam pada 19 Julai lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama (menyimbah cuka kepada Syafiq Haikal) tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun dan dua sebatan manakala bagi pertuduhan kedua (menyimbah cuka kepada Syaffiy Aiman) dia juga dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun dan dua sebatan.

Dazuki bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.

Terdahulu, Mohamad Hafiz yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana dia perlu menanggung ibunya yang menghidap penyakit jantung.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidi Abd Rahim bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan mangsa bukan sahaja cedera tetapi turut mengalami trauma akibat kejadian itu.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, kedua-dua beradik berkenaan sedang dalam perjalanan ke rumah rakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran dengan menaiki motosikal sebelum disimbah cecair berkenaan oleh tertuduh. - BERNAMA



KJEE; 8 TAHUN JER? EMPAT TAHUN UNTUK SEORANG BUDAK!!!!

0 comments:

Post a Comment