PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, yang mendakwa tidak mengetahui karnival mesra rakyat di Desa Mentari di sini pada 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya mendapat undangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Wakil rakyat PKR itu berkata, Wardina telah mengetahui majlis berkenaan berdasarkan jemputan peribadi yang dilakukannya bagi menghadiri acara kemasyarakatan anjuran DUN kawasan itu.
Nik Nazmi berkata, dia mengundang Wardina bagi menyampaikan motivasi keibubapaan selain atas kapasiti selebriti itu sebagai sahabatnya.
“Saya secara peribadi menjemputnya (Wardina) untuk hadir menyampaikan motivasi ibu bapa. Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon Muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi blognya, niknazmi.com, Rabu.
Pada 29 Jun lalu pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu membuat sidang media bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). - mStar Online
BERITA MENYAYAT HATI
TOLONGLAH CARI KEPALA ARWAH
JOHOR BAHRU: “Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.
“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.
“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
LAWAK TAK KENA TEMPAT
gambar ehsan google |
SELAMA 30 tahun membabitkan diri sebagai insan seni, Salih Yaccob bukanlah satu nama asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Apatah lagi, kini boleh dikatakan karier seninya berada di puncak walaupun Salih sudah agak berusia.
Siapa sangka pada usianya mencecah 48 tahun, Salih yang beristeri empat serta memiliki 11 anak berjaya mengumpul kelompok peminatnya tersendiri. Bahkan, tak keterlaluan jika mengatakan Salih diterima kerana bakat dan bukan isu peribadi.
Ini kerana, tiada apa yang pernah disembunyikan Salih termasuk perihal dia mengamalkan hidup berpoligami. Bersua dengannya ketika majlis pelancaran program TV terbarunya, Salih Yaacob Show, I Follow baru-baru ini, Salih cukup berterus terang.
Malah Salih mengakui tidak selesa apabila kisah perkahwinan keempatnya dijadikan bahan jenaka ketika Maharaja Lawak Akhir yang berlangsung pada 24 Jun lalu.
Tindakan teman gandingannya, Nik Sayyidah atau Mek dianggap agak keterlaluan apabila membangkitkan isu itu menyebabkan Salih kecewa. Masa sedikit diberikan produksi hanya berlawak mengenai perkahwinan tanpa objektif asal untuk mempromosi Salih Yaccob Show, I Follow.
“Saya berasa kurang manis apabila kisah perkahwinan dijadikan jenaka kerana ia bukan tujuan sebenar saya naik pentas. Saya tidak mencari publisiti murahan untuk itu sebaliknya hadir kerana mahu menguar-uarkan program TV saya.
“Sebenarnya saya tidak kisah jika orang gurau berdepan tetapi rancangan itu disiarkan secara langsung. Justeru, saya terkilan kerana lawak itu tak kena masa dan tempat. Saya harap isu mengenai perkahwinan itu tidak berpanjangan lagi,” katanya.
Apa yang lebih dikesalkan Salih kerana sebelum kemunculannya untuk persembahan itu, dia hadir menjalani sesi latihan tetapi lain pula yang berlaku ketika siaran langsung dan alasannya kekurangan masa. Jadi, siapa yang tidak terkilan atau berasa kecewa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
memacam berita
ReplyDelete