Biscut Tart, Hazel Ball, Chocolate Strawberry & Orange Snow Almonds |
Kalau nak tengok lebih lanjut mengenai kepakaran Nurul buat biskut Raya klik momwithtshirt.blogspot.com.
Masa Kjee kecik2 dulu, Kjee selalu kata pada arwah mak, kenapa ada orang jual kuih dia mahal dan ada yang buat kuih sama tetapi murah harganya. Arwah Mak jawab begini :"Ada rupa Ada harga!" Mula2 Kjee tak faham maksud arwah tetapi sekarang Kjee faham.
Samalah dengan perumpamaan Inggeris yang suka sangat Kjee gunakan iaitu 'U Pay Peanuts, U Get Monkeys!'. Kjee akui agak terkejut melihat harga biskut raya dewasa ini. Tetapi, apakah penjual2 biskut ada pilihan lain? Bahan2 mentah naik berkali2 ganda.
Kjee ingat dulu Kjee jual biskut tarts dengan harga RM25 untuk 100 biji. Guna butter Golden Churn lagi. Masa tu 1 tin butter yang orang panggil cap tong tu tak sampai RM5. Sekarang? Well, dah lama Kjee tak intai senarai harganya.
Berbalik kepada biskut2 yang dihasilkan Mrs Nurul ni, Kjee setuju sangat dengan perumpamaan "ADA RUPA ADA HARGA!' Lihat pada rupanya sahaja kita sudah dapat menilai kesedapannya.
Tetapi, Kjee yang mendapat peluang merasanya hari ini, nak kata apa selain...I LIKE!!! Semua sedap2 dan cantik2 hasilnya. Lagipun ini promo iklan berbayar. Nanti orang kata, "berani ke Kjee nak kata tak sedap?!". Well terserahlah. Kalau korang ingat macam itu, maka korang belum kenal Kjee lagi. Dan korang belum khatam baca blog Kjee...hehehe
Nak rasa dan tempah biskut Mrs Nurul, klik pada iklan dia di sebelah kanan blog Kjee atau ke blog beliau.
QN Chocolate, Mix Fruit Oat, Toasted Coconut & Suji |
biskut2 raya Johor lain pesen dari biasa nampaknya. bolehlah jee tolong tempahkan untuk kakpidah ya. Jee dah rasa tentu Jee tahu yg mana sedap n tersedap
ReplyDeleteinsya allah kak pidah. semua sedap. hehehe
ReplyDeleteAs Salam Kak Jee yg disayang,
ReplyDeleteDulu2 pun saya pnah sibuk jual kuih raya smpi malam raya pun ada org dtg minta kuih raya.akhirnya utk rumah sendiri cuma tinggal kerepek2 yang dibeli aja..
Harga sekarang terlalu mahal..Butter dulu Rm1.25 aja ..sekarang..
agreed. saya dah makan kuih ni dah 4 tahun dah..x pernah cari yg lain..qualitinya mmg best..wlpun harga mahal tapi saiz besar...berbaloi dn sedap
ReplyDelete