choc chips |
Masa inilah bila kita rasa kuih Raya, betul2 terasa sedapnya. Maklumlah bila dah sampai Hari Raya, apabila mata rambang melihat pelbagai jenis biskut raya, tetiba selera nak makan pun hilang.
biskut mazola |
Sebaik sahaja menjamah biskut2 air tangan dua wanita, yang masing2 ada career, tapi masih rajin ke dapur untuk mencari rezeki tambahan membuat kuih, Kjee dapat merasakan keikhlasan mereka. Walaupun rupa dan bentuk kuih mungkin sama dengan yang dibuat oleh pengusaha lain, kelebihan biskut Sal dan Ina adalah pada rasanya.
almond london |
Almond London cookies mereka pula mewah denga rasa cokelat. Kjee memang peminat Almond London Cookies. Tapi pada Kjee cokelat yang digunakan oleh Sal dan Ina ini adalah dari kualiti atau gred yang elok. Jadi, rasanya lebih 'rich'. Kacang almond pulak diletak sebiji. Ada peniaga yang bubuh separuh jer.
Kjee pernah juga makan Almond London Cookies tanpa kacang
almond! Serius ni!!
Biskut Mazola yang paling kami minati. Apabila makan biskut Mazlo Ina dan Sal, Kjee rasa macam makan biskut yang dibuat masa Kjee muda2 dulu. Rapuh dalam mulut dan rasanya penuh dengan kacang. Sedap sangat. I Like!!!
bangkit kelapa |
Begitu juga dengan Biskut Chocolate Chips. Aroma chocolate atau koko menusuk ke hidung. Tak adalah rasa tepung semata2. Maklumlah kekadang orang meniaga, dibubuhnya pewarna berlebihan tetapi rasanya kosong.
biskut tarts |
Kjee berpendapat mereka berdua ini masih mengekalkan resipi yang diturunkan kepada ibu atau sauadara mereka sebelum ini. Bukan senang hendak mendapat rasa keenakan biskut tanpa dicemari oleh keinginan peniaga hendak mengaut lebih untung.
Biskut Mazola dan Biskut Chocolate Chips adalah paling laris atau 'Best Seller' mereka selama ini.
Untuk tempahan, hubungi:
Salbiah 0162135247
Zarina 012 2920075
dah contact zarina dari sal's recipe.katanya penghantaran boleh diuruskan,senanglah macam ni. malam ni nak bincang2 dgn hubby and anak2 nak order jenis apa dan qtty. thanks kak jee.
ReplyDeleteDulu oder almond london dpt peanut london... Sekarang buat sendiri j kak gee
ReplyDelete