Masa tu Nadia sikit lebih kurang usia cam ni! |
Nak citer pasal Cik Han takut pulak. Malam ni malam Jumaat kan? Ntah kenapalah, bila tiba je malam Jumaat tetiba teringat pasal Cik Han. Risau bebenor!
Kjee siap warning kat Unclepali. Malam Jumaat tak boleh kemana2. Takut tinggal dua beranak jer. Hehehe.
Tadi dah cilok satu story pasal ular kat apartment Deena. Kemudian Kjee tanya Deena, tak de ke story hantu? Kan minggu lepas dia ada buat story hantu. Ingatkan story dia..rupa2nya dia juga Ratu Cilok cam Kjee. Kalau korang tak baca lagi cerita tu, sila klik sini.
Rupa2nya Cik Deena kita tinggal sorang2 kat rumah malam ni. Cik abang dia keluar. Patutlah tak ada entry Cik Han kat blog dia malam ni. Hehehe
Sebelum mula sekolah Nadia mesti ikut Kjee shooting. |
Apapun tadi masa tengah citer2 pasal ular kat wall FB Kjee, tetiba teringat satu peristiwa yang menakutkan pasal ular ni. Korang tahu, Nadia pernah tidur dalam van dengan satu karung ular hidup yang cukup bisa!! Dan Kjee sikit pun tak tahu anak kecik Kjee tu (masa tu umur dia sekitar 5 tahun) tengah sedap tidur dalam van tu!
Citer dia begini. Kjee dapat tawaran berlakon kat Perlis. Citer apa Kjee tak ingat. Siapa arah pun Kjee tak ingat. Kjee cuma diberitahu Pengurus Produksi suruh pergi opis amik tiket bas dan pergi ke Perlis. Kjee ingat yang berlakon dalam drama tu ialah Rozie Othman (yang berlakon Menantu VS Mertua).
Kjee hanya ada satu scene jer kat Perlis tapi Kjee kena pergi juga sebab adegan itu membabitkan ular berbisa. Dan pihak produksi hanya boleh dapat orang yang boleh handle ular berbisa di kampung tu. Malam itu Kjee bertolak ke Perlis dengan Nadia. Kami tidur dalam bas. Sampai sana pagi2 dalam pukul 5.
Sampai jer, kami dibawa berehat di Hotel dan malam tu ada shooting. Kjee tak ingatlah apa jadi masa shooting. Tapi kalau tak silap Kjee, Rozie berlakon sebagai perempuan yang kena patuk ular. Kjee tak ingat Kjee bawak watak apa. Ah tapi itu tak penting.
Masa Kjee tengah shooting (malam), Nadia kata dia mengantuk. So Kjee suruh dia pergi ke van dan tido. Masa tu adegan dengan ular dah habis. Selesai sahaja shooting, kira2 dua jam kemudian, pengarah kata Kjee dah habis dan boleh balik KL kalau mahu.
Jadi Kjee pun pergilah ke van. Tengok Nadia tengah tidur nyenyak atas seat belakang. Masa drebar van masuk ke dalam van untuk hantar Kjee ke Hotel pastu ke stesyen bas untuk balik KL, tetiba Kjee dengar macam ada bunyi yang lain macam kat belakang. Berdesingggg jer.
Kjee tanya drebar bunyi apa? Dia kata tak dengar pun. Pastu Kjee tanya dia, ular tadi bubuh mana? Dia kata tuan punya ular dah amik balik. Kjee pun diam. Tapi hati Kjee tak sedap. Sebelum dia start enjin, Kjee toleh kat belakang. Nampak Nadia nyenyak tidur.
Lepas tu..jeng jeng jeng... Kjee nampak ada karung guni kat tempat kaki dekat Nadia. Ada benda gerak2. Kjee terus jerit!!! ""Itu karung ular!!! Matilah anak aku!!!"
Kjee terus bukak pintu dan keluar cepat2. Drebar tu pun ketakutan. Terus turun dan berlari ke pintu van sebelah Nadia tidur. Orang kat situ dengar Kjee jerit. Semua berhimpun keliling van termasuk tuan punya ular!!!
Tuan punya ular tu kata dia nak tumpang van tu balik sebab itu dia bubuh ular kat situ!!! Kjee dah histeria. Mereka kejutkan Nadia pelan2 dan dukung Nadia keluar dari van. Kaki Kjee dah lembik!! Tuan punya ular itu keluarkan karung ular dia.
Pengurus produksi suruh drebar hantar Kjee dan Nadia balik ke Hotel. Tapi Kjee tak sanggup nak naik van. Mujurlah Pengurus Produksi tolong hantarkan Kjee balik ke Hotel, ambil beg Kjee dan terus ke stesyen bas, naik kereta dia.
Nadia yang masih kecik, terpinga2 tengok semua orang kelamkabut dan Kjee menangis. Sepanjang jalan pulang ke KL dalam bas, Kjee peluk Nadia. Budak kecik memang Malaikat jaga...itulah yang Kjee pujuk diri Kjee sepanjang jalan pulang!
Eeee bila nak ingatkan balik, memang serik betul!!!! Buatnya tali karung tu terputus atau terbuka...!!! Selisih malaikat 44!!!!
nor rase kalu nor dok tempat kjee sure nor dah pengsan....
ReplyDeleteKjee dah rasa nak mati masa tu Nor.
ReplyDeleteeeee....mengigil bulu roma eima bc cite Kjee ni..
ReplyDeleteeima pling xsuka ular...sbb dari anak dara sampai la ni mst mimpi ular kejar eima...seram Kjee...
aduh. alhamdulillah takde apa2. instinct ibu, kan? :)
ReplyDeletecerita Jee ni bikin dada berdegup kencang turut merasakan apa yang Jee alami...tak sedar menitis air mata...takut dan terharu dgn naluri keibuan Jee yang maha tinggi
ReplyDeleteluruh jantung rasa nye kjee kan...
ReplyDeletetak sanggup nak bygkan la..k.jee..kuasa allah kan..nadia dilindungi.
ReplyDeleteseram pun ada bila baca..walaupun bukan citer cik han..
aduhai..seriau!!! tetiba menyirap kat tuan ular..huhhu
ReplyDeleteSalam Kakjee,
ReplyDeleteX dapat nak bayangkan camne la kalo ular tu terlepas kan.....ish..seb baek Nadia selamat.