Normala - Pengacara Nona paling Diminati (ehsan google) |
Kjee terlepas pandang entry Oda ini dalam Agendaily hari tu. Baru sekejap ni Kjee baca. Kjee rasa elok korang tahu apa pandangan Oda mengenai rancangan Nona sekarang. layannnn.
Saya tidak lagi merasakan ia sebagai rancangan yang mempunyai cirri berinformasi, segar dan menghiburkan. Sebaliknya ia amat menjemukan dan sudah tidak segar. Kenapa? Atau, apakah saya ini yang sudah tidak sesuai untuk menonton Nona?
Apakah sebuah rancangan untuk wanita kosmopolitan itu semestinya ada segmen mengenai apa yang lelaki suka dan wajib ada segmen perkahwinan mewah-mewahan. Ini yang ditonjolkan dalam Nona. Sehinggakan setiap minggu ia sudah jadi sangat predictable. Ia jadi sangat mengikut format, hanya diisikan dengan orang yang berbeza. Kadang kala sudut dan cerita serta skripnya hampir sama.
Dan, perkahwinan yang ditonjolkan sehingga kini hanyalah perkahwinan orang berada di hotel-hotel besar. Yang paling tak sedap, kadang kala footage yg diguna macam sudah disiar dalam rancangan lain, terutama jika ia perkahwinan artis. Gasaklah, nak recycle berpuluh kali. Sebab itu saya katakana ia tidak fresh, sebaliknya membosankan kerana penonton sudah boleh agak apa yang akan disajikan.
Apakah semestinya Nona itu menonjolkan perkahwinan hotel-hotel mewah saja? Bayangkan jika rancangan ini berjalan sehingga 2 atau 3 tahun lagi, itukah corak yang akan dipersembahkan? Apakah perkahwinan gaya lain, tidak cukup menarik untuk Nona – misalnya perkahwinan di kampung yang mencerminkan budaya gotong royong, rewang dan sebagainya yang lebih riuh dan lebih warna warni, selain kaya dengan adapt dan tradisi kita.
Kita fahamlah rancangan ini ada format, tapi biarlah dibuat dengan sedikit kreativiti dan guna daya imaginasi yang lebih mencabar bagi mengisi citarasa penonton hari ini. Ini penting sebab penonton hari ini bukan penonton 10 atau 20 tahun dulu, penonton hari ini melihat juga banyak rancangan asing terutama yang berbentuk majalah dan lifestyle kerana saluran Tv kita berpuluh, bukan lagi 1, 2 dan 3.
Semua ini soal pengisian. Kalau rancangan bagus,saya rasa, tak payah guna artis sebagai pengacara pun, sebuah rancangan itu boleh berjalan dengan sendiri. Sebab, kalau tak silap, Nona ini dulu jadi hebat sekalipun pengacaranya Normala Samsuddin, waktu itu bukanlah artis, dia hanya menang PJN (Pengacara Jemputan Nona). Sebab itu orang ingat Normala sampai sekarang.
Jadi, tak usahlah fikir kalau mahu rancangan berjaya, kena letak artis. Ini pemikiran lapuk dan malas. Percayanya, kalau Nona mahu ulang kejayaan zaman Normala itu, kenalah dibuat ‘overhaul” yang lebih besar – pengisian dan hosnya, jangan marah, biarlah muka baru.Sama seperti yang TV3 buat pada Jalan Jalan Cari Makan yang sekarang ini lebih menarik bila diberi hos yang lebih muda dan fresh seperti Qushairi Razali setelah bertahun-tahun baton tak lepas di tangan Maria Tunku Sabri.
Nona juga kena buat survey yang jujur, betulkah ramai penonton Nona terdiri dari VVIP dan bukannya makcik-makcik Felda.
Tapi apapun, kalau TV3 serius mahu Nona kembali hidup dan segar macam dulu, tolonglah, you seriously need to do some changes….dan berfikirlah di luar kotak ye…
setuju sangat2..rancangan nona skrg amat membosankan. konsep pengacaraannya pun terlalu formal.
ReplyDeletemajlis kahwin mewah2 tu langsung tak blh bagi idea pada makcik2 kt kg yg nak buat majlis kahwin anak2 mereka. sian kt makcik2 penat je tgk..
setuju sangat dengan komen Odah ni. Yang menonton bukan VVIP atau VIP tapi ' rakyat marhaen' !!! So .. pengisiannya biarlah seimbang kalau tak boleh nak 100% berasaskan kisah masyarakat marhaen. Tentang pengacara .. artis ke orang biasa ke ... biarlah yang betul-betul pandai ' membawa diri ' sebagai teraju utama .. tidak terlalu vogue .. over acting ... mahu pun kaku.
ReplyDeletenormala's season mmg best!
ReplyDeleteNona sekarang x relevan. banyak lagi isu yang boleh dikupas, bukan setakat perkahwinan 'mewah-mewahan' sahaja. isu2 masyarakat, cerita -cerita kejayaan wanita yang boleh jadi inspirasi terutamanya wanita yang melakukan sesuatu di luar kotak..
ReplyDeletekali terakhir tengok Nona semasa Normala jadi hos. lepas tu tak ingat siapa lagi hosnye...:-)
teramat setuju sangat2...saya adalah salah sorang makcik2 tu...
ReplyDeletesaya pun setuju dgn pendapatk kak odah.. dulu2 mmg kena reminder ahad lps kul 2 jgn ke mana2..tp skrg, nk tgk iklan nona pun malas..
ReplyDeletelaa....saya ingat saya je ber perasaan begitu..memang membosankan.kalau ada citer best2 je yang saya tunggu sekejap,pastu dah,tutup.
ReplyDeletesekarang ni makcik2 kat felda pun tak minat tengok nona yang tah apa2 isinya...kebanyakannya adalah promosi pengiklanan
ReplyDeletebetul sesangat....minggu lepas pun tengok sebab tengah minghilangkan penat setelah bergelumang dengan biskut raya. Memang tak ada feel langsung, bahasa pun seketul2 macam tak real langsung
ReplyDeletecercuba panggil chef wan jadi pengacara nona .. klau bole kendalikan program masakan tentunya bole juga utk pengacara nona ..tentu gamat ..hehehehe ..
ReplyDeletesaya pun setuju sesagt...asik tunjuk org kawen yg glam abis...hiasan rumah yg kayo2....betul ganti dgn org yg bukan artis abg pengacara..
ReplyDeletesetujuuu..saya dah lama tak tengok nona!!
ReplyDeletedah lama tak tengok nona.. bosan.. setakat menampilkan pengacara yg membosankan.. bukan setakat nona je.. majalah 3 pun boleh jadi macam tu juga...
ReplyDeletetak best kann tengok hasil klip video je.. pengacara setakat pakai baju lawa2.. dok kat tempat best2 je.. skrip yang sama tiap2 minggu.. tapi.. kupasan setiap topik tu orang lain yang cover..
salam kak Jee..sy dh lama tak tgok NONA tu...pengisian yg tak menarik perhatian sy..
ReplyDeletesokong kak odah...nor
ReplyDeletesokong jgk dgn ape yang kak odah tulis tue.... bosan sgt tgk nona sekarang.... walaupun pengacara dia Vanidah imran(saya minat dia)tp ttp tak boleh lawan nona zaman2 normala shamsudin....
ReplyDeleteyang pastinya Vanidah tu tak sesuai jadi pengacara. dia kaku... berlakon dia memang boleh..itu sebabnya seorang pelakon tak semestinya boleh jadi pengacara...penerbit nona TV3 kenala tengok perkara2 macam ni..
ReplyDeletedulu saya n mak msti tggu nk tgk nona but now dah x heran pun...asyik tunjuk yg mewah n glamor je...kesian plk pd yg sederhana....kdg2 ada rasa myampah jgk
ReplyDeletesuka sgt tgk nona..skrg pon tgh tgk..:-)
ReplyDelete