Friday, July 22, 2011

PULUT LEMAK + SERAWA DURIAN


 Semalam sewaktu balik dari dinner, Kjee suruh Unclepali singgah Chow Kit sebab tetiba teringin nak makan durian. maklumlah, Kolumpo sekarang tengah 'mabuk durian'. Sana sini berlambak2 durian. Dan murah2 pulak tu.

Kjee tunggu dalam kereta semasa Unclepali dan Nadia turun. Sempat jugak pesan beli isi yang warna oren. Dua puluh minit kemudian, mereka bawak balik 5 peket durian, semuanya warna oren. Wah puas hati Kjee. Kata Nadia, ada satu peket tu special. RM10 satu peket. Pasti sedap, kata Nadia.

Sampai rumah, yang peket RM10 tu yang Kjee capai dulu. Aduhhhh kena tipu. Tawar! Kjee pun capai yang peket2 lain yang harganya 4 peket RM10. Memang puas hati!! Itulah, lain kali jangan tergoda tengok barang mahal! Yang mahal tak semestinya sedap tau!

So yang sepeket tawar tu, bersama dua peket lain yang tak habis makan malam tadi, hari ni Nadia buat serawa. Disamping itu Nadia tanak pulut sikit untuk Kjee sebelum dia pergi kuliah petang tadi.

Balik dari dinner tadi barulah Kjee jamah. Serawa yang Nadia buat kurang manis sikit. Eloklah. Kjee pun bukan suka sangat makan manis2. Lebihnya sebab Unclepali dan Nadia tak nak makan malam ni, Kjee suruh simpan dalam fridge. Pulut tu boleh buat sarapan pagi esok dengan Serunding Daging Kelantan ataupun Serunding Ikan yang memang sentiasa ada stok dalam rumah Kjee.

Lagipun, esok tak payah masak sebab jiran Kjee buat Aqiqah kambing empat ekor untuk cucunya. Dua ekor buat masak briyani kot dan dua ekor lagi digrill. Siang2, abang jiran tu kata esok jangan masak. Nanti dia hantar lauk pauk kenduri ke rumah Kjee. Alhamdulilah.

Untuk resipi pulut ini korang tengok je entry terdahulu Pulut Lemak + Sambal Daging. Untuk resipi serawa, sikit lebih kurang begini.

Nadia bubuh kira2 dua mangkuk isi durian (bersama bijinya) ke dalam periuk. Isi air dalam periuk meneutupi isi durian, gula melaka/merah secukup rasa dan sedikit garam serta dua helai daun pandan. Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan masukkan 1 mangkuk susu cair (evaporated milk). Kalau nak bubuh santan pun boleh. Kalau nak manis, boleh tambah gula putih. Itu jer. Sedap jugak cicah dengan roti atau roti jala.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kjee. lama dah tak tinggal jejak. Biasanya usha blog kjee kat skrin kecik je jadi malan nak menaip sebab jari lagi beso dari hurup tu. Pada saya beli durian ni ikut nasib. Kalau nasib baik dapat yang elok kalau tak baik faham2 je la. Tengah teringin nak makan roti jala ngan kuah durian.

    ReplyDelete