Thursday, July 28, 2011

RASA BERSALAH MELIHAT PROMOSI BUFFET RAMADHAN


Antara hampir 100 jenis lauk pauk - ehsan google
 Menjelang Ramadhan, selain banner dan banting yang mewar-warkan sale sana sini, turut menghiasi banyak ruang di Kolumpo ini ialah banner Buffet Ramadhan.

Sebenarnya, sejak bulan June lagi banner2 Buffet Ramadhan dinaikkan, kebanyakkannya di lebuhraya bertingkat AKLEH di Ampang. Kalau tengok betul2 banner tu, dia orang tulis kalau beli voucher sekarang harganya sekian2, kalau bulan Julai tambah lagi RM10 dan kalau masuk bulan Ramadhan, tambah lagi RM10. 
Ada satu ketika tu, Kjee pun intai betul2 kat banner tu, harga buffet Ramadhan untuk satu pax (kepala) jatuh kepada RM65. Itu di hotel2 yang bertaraf 3 bintang. Yang bertaraf lima bintang mencecah hingga kurang sikit dari RM100 untuk satu pax.

Wah baik punya promo kalau kita tempah nak makan awal2 (dan of course dibayar dulu), boleh dapat diskaun sampai RM20!!

Tiap kali Kjee keluar KL samada nak hantar atau jemput Nadia balik dari UNI, Kjee akan siapkan kamera untuk tangkap gambar2 banner yang bersepah2 tu. Tapi bukan semua dapat capture sebab amik dalam kereta bergerak.

Timbul seribu keinsafan melihat harga Buffet yang mahal2. Kalau RM65 satu kepala makan tak sampai setengah jam. Walaupun ada hampir 100 jenis lauk pauk (sambal belacan pun di kira 1 lauk tau), apakah dengan membayar RM65 itu kita akan 'melantak' semua 100 jenis lauk itu?

Paling banyak pun Kjee rasa kalau dengan makan manisan atau buah2an, tak sampai 10 jenis makanan yang kita ambil. So korang fikir berbaloi ke bayar macam itu pastu biarkan 90 jenis lagi membazir? Actually kalau kita pergi makan Buffet macam tu, kita kena bayar sekali harga 90 jenis makanan yang kita tak sentuh! Korang faham tak? Sebab tu lah mahal sangat!

Kjee dan keluarga taklah kaki buffet Ramadhan. Kami ni jenis bukan 'pemakan' sangat. Malah, Unclepali pun bukan species lelaki yang boleh 'eat till he drop'. Kalau lelaki jenis itu, memang berbaloi kalau pergi makan buffet. Kjee pasti manager hotel pun takut kalau ramai sangat lelaki species tu yang datang makan! Hehehe.

Yang paling murah setakat ini yang Kjee nampak
Sejak berkahwin dengan Unclepali, Kjee sebenarnya baru kenal erti berjimat dan berbelanja secara berhemah. Maklumlah dulu masa kecik, mak memang jenis tak hengat dunia kalau masak untuk berbuka puasa. Penuh satu meja. (Kalau Raya, disatukan dua meja makan!) Dah masak, bapak kalau keluar, beli lagi makanan yang dijual di pasar juadah..

Jadi apabila sudah kebiasaan, tabiat itu dibawa ke tua. Apabila berkahwin dengan Unclepali, Kjee dan Nadia jauh hati apabila Unclepali tegur suruh berjimat. Dia kata cukuplah sekadar dua lauk dan satu dessert. Mula2 jiwa Kjee dan Nadia memberontak. Tapi akhirnya, barulah kami tahu apa yang dimaksudkan Unclepali. 

Berpuasa tidak bererti kita 'berkenduri' selepas bunyi azan.

Dah 11 tahun Kjee dan Nadia berbuka puasa dengan Unclepali. Dan sudah 11 tahun kami redha dan gembira dengan hidangan yang ala kadar ketika berbuka. Sesekali Unclepali membawa kami keluar berbuka di luar. Ada ketikanya di restoren Arab Wadi Hadramawt ataupun di Wong Solo. Selebihnya, Kjee masak di rumah.

Sejak itu, Kjee rasa berkat sangat kami sekeluarga berpuasa. Sebab itulah apabila nampak banner2 yang menawarkan 100 jenis lauk pauk dan boleh makan sampai pengsan, Kjee tak heran. Malah sedih. Kemanakah perginya makanan yang banyak yang dihidangkan semasa Buffet Ramadhan selepas pengunjungnya balik? Hidang Cik Tong dan Cik Tie ker?


7 comments:

  1. nor p buffet ramadan bila ade orang belanja itupun baru 3 kali kat hotel srimalayasia ipoh....masa keje 20 tahun dulu kami selalu p kat holiday inncity center ade ke lagi hotel ni masa tu bila kami terpaksa buat keje lebihmasa opis belanja banyak nya makanan kuihmuih je 20 jenis makan cepat2 nak solat lepas tu jalankaki balik opis sambung keje kalu kata duit sendiri tak berbaloi....nor

    ReplyDelete
  2. mak oi..sumenye mahal2 kan.. len la kalau die bagi bungkus wat balik kan.... hahaha... rasenye, better masak sendiri kat umah kn :)

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan kakjee makan ala kadar waktu berbuka memang tak terhabis. Saya suka berbuka di rumah lebih aman. Jika waktu berkerja dulu memang lah wajib hadir pada setiap majlis anjuran tapi saya lebih selesa di rumah saja. Jika makan banyak nak solat tarawih termengah mengah haha..awal cari bantal.

    ReplyDelete
  4. Kak JEE,haha betoi ckp taufiq Arifin,kalo bagi tapau yg xabis ok juga lah,mana lah larat nak mkn byk2,b4berbuka semua nmpk sedap n nak mkn,bila dah berbuka,kenyang ngan air jer..Mmg xberbaloi langsung kalo berbuka kathotel,lain lah kalo yg berada,kalo kita nih,baik masak sendrik n mkn kat umah,xabis pon leh perangat..Lagi berkat jamu keluarga ngan air tangan sendrik,Lagi pon kesianlah ngan org yg ssh n xdpt mkn tu..Kita nih mmg patut bersyukur sgt..

    ReplyDelete
  5. Kak Jee..

    Berbuka puasa dengan lauk yang dimasak sendiri, walaupun simple dan tak banyak jenis, adalah lebih nikmat rasanya waktu berbuka..:-)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kjee, dah lama sy tak berbuka puasa di hotel, dulu2 (thn 90an...hehehe) time geng2 ramai yg masih single selalu je kami berbuka di hotel...skrg ni dah tak larat dah...tambah2 lak kat kuching skrg ni, overall rate mahal,...$80.00 per pax...kalau campur kira tolak etc..$80.00 boleh buat juadah berbuka untuk 1 minggu...

    ReplyDelete
  7. macam yanti suka gak tengok iklan2 bufet ramadhan.tapi peginya tidak.tp ada juga merasa masa kat tempat kejer lamer dlu (waktu tu bujang).skg dah kawain anak lebih suka makan kat rumah setiap hari nak sambal goreng kicap lauk tu pun dah cukup bagi dia.

    ReplyDelete