Bun inti corned beef |
Mudah2an kalau Nadia tengok entry ni, dia rajin balik ke dapur buat roti. Sebenarnya. sejak akhir2 ni Nadia memang sibuk. So bukan dia malas tapi tak ada masa. Syukur Kjee ada ada dara yang rajin ke dapur selama ini tau.
Nadia dah buat macam2 jenis roti. Untuk bun dia bubuh pelbagai jenis inti. Ada inti corned beef, red bean paste, kaya, cheese, inti karipap dan ntah apa lagi Kjee tak ingat. Selain itu dia turut buat Potato Bread. Itu antara yang Kjee paling suka.
So kita tengok resipi roti bun Nadia. Tapi Kjee salinkan kat sini resipi guna breadmaker. Kalau nak guna cara biasa, sila ke Dapur Tanpa Sempadan.
240 gms tepung hi protein (tepung roti)
60 gm superfine flour (tepung gandum pun boleh)
50 gms gula castor
30 gm butter
10 gms susu tepung
150 ml air
1 butir telor
2 sudu kecik yeast
½ sudu kecik bread improver
½ sudu kecik bread softerner
5 gms garam
inti ikut suka
CARA:
Masukkan semua bahan satu persatu bermula dengan bahan basah ke dalam tin breadmaker. Kemudian set pada doh dan tunggu selama masa yang ditetapkan. Brand Amway mengambil masa 1½ jam.
Lepas tu keluarkan doh dan bubuh dalam besin alluminium dan tumbuk angin pada doh itu sampai leper. Kemudian biarkan kira-kira 20 minit dengan ditutup towel dapur yang bersih.
Selepas itu bahagikan ikut suka bulat2. Pastu leperkan dan bubuhlah inti dan bulatkan sekali lagi. Susun atas tray pembakar yang telah disapu merjerin dan ditaburkan tepung. Jangan susun rapat2 sebab roti akan naik sehingga sekali ganda.
Biarkan selama 40 minit atau dirasakan sudah cukup naik. Sapu telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit susu segar diatas roti dan bakar selama 30 hingga 35 minit guna suhu 160 darjah. Bila dah nampak cantik warna keemasan, keluarkan dan sapukan pula mentega ketika ia masih panas.
Cubalah. Sangat berbaloi. Simpan dua hari pun masih lembut.
dan2 teringin nak makan BUN.....lepas ni nak belajaq buat BUN la pula...
ReplyDeletebun2 simple mcm ni...sedapnye kalau dpt buat cicah dgn kopi o...
ReplyDelete...apapon arini nak cuba nasi goreng sardin kjee...bun akan dtg, so cik BUN, jgn kecik ati taw..esok lusan kita try!.. ; )..TQ for sharing kjee....
ReplyDeleteGeram pulak tengok bun yang Nadia buat ni...
ReplyDeleteCantik2 hasil kejadian bun yg kjee buat...csm kat bakery punya...pas ni tak yah beli lagi kat bakery kan kjee...nak makan suh je BM tu wat keje...kita dah boleh buat keje lain....:)
ReplyDelete