Monday, July 18, 2011

SALE YANG BUKAN SALE!




Pernah tak korang, apabila terbaca iklan mengenai jualan murah, terus mengelabah dan jam itu jugak terus siap2 untuk pergi mendapatkannya? Sekarang ini iklan harga runtuh sampai 90% macam perkara biasa. Eh banyak tu babe. Hanya perlu bayar 10% jer kalau benar2 tulen!

Dan korang terus drive laju2, maki hamun kereta di depan yang drive slow, sebab tak sabar2 nak dapatkan potongan begitu Mega!

Tapi bila sampai di kedai berkenaan, dengan senyum manis salegirl kedai itu kata, ohhh barang tu baru jer habis. Kalau nak ada yang ini. Dan dia akan bawak anda tengok barang yang hargnya 90% lebih mahal dari barang yang kononnya on sale tadi dengan harga runtuh giler giler!

Siang tadi, eh bukan hari ni jer...dah banyak hari dah, Kjee lalu sepanjang jalan dari rumah ke KL dan nampak berpuluh2 bunting (sebutannya BANTING BUKAN bunting erti hamil) di sepanjang2 jalan. Sana sini ada sale. Harga runtuh sehingga 90%. Blue tooth RM1, handfon RM3, baju Melayu potongan 60%!

Aisey man...boleh percaya ker? Tolonglah kwan2. Janganlah terpedaya. Sewaktu Kjee membebel macam deejay pencen dalam kereta tadi, Kjee kata, kalau Kjee pergi kedai berkenaan dan barang itu tidak ada seperti yang dikatakan harga runtuh, aku saman dia RM1-juta! Amboi RM1-juta lagik!!! Hehehe.

Nadia yang duduk kat seat belakang ketawa. "Mama..mana boleh saman pekedai kalau dia tipu sebab tiada akta yang membolehkan pengguna saman pekedai! Itu hak mereka untuk menarik pelanggan," kata Nadia. Dia ambil contoh entah apa kes yang dia belajar masa amik paper Business Law hari tu.

Wah macam itu, sampuk Unclepali, sebagai peniaga, mereka boleh tipulah. Kononya ada sale tapi sebenarnya tiada sale. Eh bukankah Kjee dulu pernah dengar kalau sesebuah kedai tu nak buat sale, kena hantar senarai barang2 yang dia orang nak turunkan harga kepada Kementerian berkaitan terlebih dulu?

Atau sekarang ini akta sudah diubah sehingga peniaga boleh war2kan penurunan harga hingga tidak masuk akal!

Apapun, harap korang semua berwaspada dengan iklan2 mega sale yang ditampalkan di setiap pokok dan ceruk bangunan menjelang musim perayaan.

Jangan kerana nak untung secupak, rugi segantang!

7 comments:

  1. kak jee....mas langsung tak percaya kak..
    ada pengalaman sekali...
    nak beli sofa...
    tengok kat metro....memang sangat menarik hati...potongan 1/2 harga....sofanya pun nmpk sangat cantikkk...
    jadi mas pun pergi la kedainya....
    hampa sangat...
    sofa tak seperti yg digambarkan...
    kainnya kelihatan tak berklualiti..
    memang harganya 1/2 harga dari yg asal...
    tapi kos pengakutan pada mas tak berbaloi....
    dah nak dekat harga asal sofa klu ditambah....
    terus kluar dari kedai tu..
    mas beli kat carefour jerk..
    kos penghantaran free dan dapat juga potongan harga....

    ReplyDelete
  2. memang banyak menipu Sale ni Kjee..lagi-lagi nak raya...sebelum puasa harganya lagi murah dari 'Sale' dalam bulan puasa...saya dah pernah buat sedikit kajian dulu....kat sebuah pasaraya ni..

    ReplyDelete
  3. kjee...saya mmg x tertarik langsung dgn jualan murah ni ...pi mai..pi mai kita juga yg terkena...so saya membeli atas kemampuan je....x kira ada ke x da sales....:)

    ReplyDelete
  4. hehe biase la zmn sekarang nk untung punye psl mcm2 promo..pastu dpt nama buruk buat apa..next time org x dtg lg~

    ReplyDelete
  5. Sib baik nafsu membeli kita agak merundum buat masa ni. Biarlah dia terus merundum, selamat poket abang kita.. hahaha...

    ReplyDelete
  6. btul la kjee...sya pn hmpir kna jgak...tgk banting bkn main lgi...bla cmpur tu cmpur ni hrganya kdang2 lebih mahal dri biasa..

    ReplyDelete