Friday, July 22, 2011

SAMBAL TEMPOYAK BUBUH PETAI



Dua tiga hari ni sejak badan rasa tak selesa dan tekak rasa tak sedap, Kjee jenuh memikir apa makanan yang boleh buat Kjee berselera makan. Tiga malam lepas masa pergi Chow Kit, Kjee tengok ramai orang jual petai. Dah murahlah petai sekarang.

Dua minggu lepas, 1 ikat yang ada tiga papan harganya RM6. Kali ni Kjee pergi, 1 ikat yang ada 3 papan, RM3 saja. Apa lagi, Kjee pun cekuplah tiga ikat. Selera besar sangat tapi bila sampai rumah, terus tertutup nafsu nak makan.

Fikir punya fikir, Kjee pun buatlah sambal petai dengan tempoyak. Sambal cara kawan Kjee Wan Azizah dari Pahang yang ajar. Tapi Kjee terlupa cara dia ajar. Nak call dia, nombor telefon tak ada. So Kjee main hentam je lah.

Tapi yang Kjee ingat, Zah atau Liza kata, tumbuk cili api. Pastu tumbuk sekali tempoyak bagi halus. Tak payah bubuh bawang. Pastu masuk dalam periuk, bubuh sedikit air. Pastu jeranglah. Kalau tempoyak tak cukup masam, bubuh asam keping. Lepas tu masukkan jugak petai dan ikan bilis. Kjee terlupa pulak ikan bilis kena goreng ke tidak. So, Kjee ambik keputusan goreng dulu. Dan Kjee masuk bilis last sekali.

Maka jadilah sambal tempoyak petai seperti dalam gambar. Sayangnya, walaupun Unclepali dan Nadia kata sedap tapi tekak ni masih tak boleh terima. Entahlah.

Agaknya nak cari pulak daging rusa masak rendang, baru berselera makan kot. Ada sesapa tahu mana nak dapat daging rusa? Hehehe


Related Posts:

  • SAMBAL TEMPOYAK BUBUH PETAI Dua tiga hari ni sejak badan rasa tak selesa dan tekak rasa tak sedap, Kjee jenuh memikir apa makanan yang boleh buat Kjee berselera makan. Tiga malam lepas masa pergi Chow Kit, Kjee tengok ramai orang jual petai. Dah murah… Read More
  • TEMPOYAK AIR TANGAN KJEE LAGI Ini kali kedua Kjee buat tempoyak sendiri. Kjee tak ingat siapa yang ajar Kjee buat tapi yang pasti dia orang kengkawan Kjee di page Kongsi resipi. Bagus bebenar page tu. Semua ahlinya tak kedekut bagi ilmu. Terima kas… Read More
  • ASAM PEDAS IKAN JEPUN DAN TEMPOYAK PETAI JERUK Masa Kjee ke Sri Ternak semalam, Kjee mulanya frust jugak sebab tak banyak pilihan ikan. Selalunya malam2 buta banyak ikan yang dipamerkan. Rupa2nya dah dua atau tiga hari pasaraya itu kehabisan stok, kata Arie, adik an… Read More
  • SIMPLE DAN SEDAP!! TAPI AWAS YANG PAKAI SUSUK!! Pucuk daun kelo Bila dah siap masak Hari ni Kjee nak cepat. Kena siapkan skrip dalam kadar terpantas! So lepas bekfas codok jagung dengan udang tadi, terus Kjee prepare masak untuk lunch. Hari ni nak masak simple2 jer… Read More
  • KARI DAGING DENGAN SAMBAL PETAI TEMPOYAK..KENA KER? Ala kita yang buat dia kan? Kena ke tidak, kalau dah tekak kita teringin sangat nak makan, hujan ribut ker, banjir ker, tsunami ker, tetap kita redah. Hari tu, lebih tepat hari Selasa, masa Nadia mula2 kena keracunan, Kj… Read More

10 comments:

  1. assalamualaikum kak jeee.. sedapnya tempoyak petai tu wani ni memang hantu tempoyak .. hehe blh la cuba resepi ni.. tempoyak tu sedap kak jee :))

    ReplyDelete
  2. Rasanya ada masa di Pasar Tani Stadium Shah Alam (pagi ahad) ada orang jual daging rusa.

    ReplyDelete
  3. kjee, ngencess tengok.. ! (^___^)

    ReplyDelete
  4. aduuh kjee,sedapnye petai n poyak tuuuu..nak sikit

    ReplyDelete
  5. kakjee
    rasa nya ikan bilis tu tak yah goreng. Selalu saya buat masuk kan macam tu jer...kalau nak sedap tambah kan santan pekat sikit..memang meletop!

    ReplyDelete
  6. sedap nyer.. makan lak ngan nasi panas.. adeehhh meleleh.. kalau lauk ni biasa nyer abg ipar L buat.. dia org Budu, Lipis.. mmg tak pakai bawang.. tempoyak, cili padi, ikan bilis, daun kunyit.. masak sampai kering2 basah gitu.. rasa nyer ikan bilis tu takyah goreng..terbaek la k.jee..

    ReplyDelete
  7. As'salam Kak Gee

    Ct ni kalau setakat nak merasa lauk2 yang ada tempoyak ni sikit2 bolelah kak, tapi kalau nak buat sendiri rasanya sampai bila2 pun tak akan masak..hihi. seisi rumah ct ni memang tak suka makan tempoyak lagi2 kalau petai, lagilah jauh. Tapi petai ni banyak khasiatnya kan kak Gee :D

    Terima kasih kak gee wish b'day ct ya.

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Jee..

    Kak Jee pernah ke Selera Rimba? Kat situ ada macam-macam lauk yg 'exotic' termasuk rusa. Ada fanpage nya di facebook :
    http://www.facebook.com/pages/SELERA-RIMBA/119619658065177#!/pages/SELERA-RIMBA/119619658065177

    No telefon dan alamatnya pun ada kat situ :)

    ReplyDelete
  9. Sedapnya lauk Kjee! Kita suuuuuuker petai, tapi petai dimakan mentah la. Kalau dah masak tu, macam kurang umph. Mmmm dah teringin nak makan daging rusa pulak ye Kjee... macam ibuk ibuk hamil muda aje... hehehe... gurau Kjee, jangan mare! Peace!

    ReplyDelete
  10. Kak Gee !!!!
    Meleleh air liur, kecur dibuatnya tgk gambar sambal tempoyak nie...huhuhuhu rindu tempoyak

    ReplyDelete