Tadi Kjee singgahlah kat umah Che Mat Gebu. Teruja tengok gambar ubi rebus makan dengan sambal tumis. Itulah kelebihan duduk di kawasan kampung (maafkan bukan niat menghina orang kampung). Kalau tinggal di bandar, hanya ada ubi batu bukan ubi kayu!
Kalau belipun ubi kayu kat Chow Kit rasanya tak sama macam Che Mat gebu cabut kat belakang rumah dia. Jeles betul!!
Mata mula2 nampak gambar. Pastu baru baca coretan CMG. Terpanggil pulak nak beri pandangan Kjee mengenai suami2 yang memasak. Baca sini. Sempoi je CMG tulis. Tapi ada banyak kebenarannya.
Suami Kjee, juga rajin ke dapur. Bahkan bukan ke dapur jer. Bab masukkan pakaian dalam washing machine dan menjemur memang dia suka buat. Dulu masa kami meniaga, dia yang banyak bantu. Masa Kjee masak kat gerai kami dulu (goreng menggoreng), mata dia liar jer pandang. Dan bila Kjee jatuh sakit dia yang take over.
Suami sekarang memang sudah tak macam suami dulu2 lagi. Walaupun tak semua, tapi Kjee rasa 80 peratus suami sekarang menganggap membantu isteri di dapur bukan sesuatu yang luar biasa. Apa lagi kalau isteri tak berapa sihat ataupun ada ramai anak2 kecik kat rumah.
Amir, suami arwah adik Kjee juga seorang suami yang cukup rajin bukan sahaja memasak tetapi bab pergi beli barang keperluan dapur di supermarket, walaupun seorang tokoh korporat. Masa arwah adik Kjee belum sakit lagi, Kjee pernah nampak dia balik bawa barang2 dapur dari supermarket. Malah, kata Nadia, Uncle Amir lagi pandai masak dari Auntie Ilah. Walhal arwah adik Kjee tu terrer masak!
Sekarang adik Kjee dah tak ada, Kjee sikitpun tak risau, Amir dan anak2nya akan 'kebuluran' di rumah kerana Amir pakar dalam bidang masakan.
Sebab itulah Kjee kata kalau kita ajar anak2 lelaki kita ke dapur bukan niat kita nak jadikan mereka pondan! Kjee pernah tulis kisah ini dulu di sini.
Kalau dari kecik lagi anak2 kita dah dididik tolong kita..sapu rumah, cuci pinggan, jemur kain, angkat kain & lipat, serta memasak, pasti apabila mereka sudah berkahwin. kerja2 itu tidak akan menjadi sesuatu yang janggal bagi mereka.
Dulu masa Kjee kecik2, bapak juga selalu tolong mak. Samalah cam Unclepali sekarang. Memasak, mop rumah, masukkan baju dalam machine tetapi bab jemur bapak tak nak. Dia suruh mak atau kami jemur. Bukan sebab dia malu kalau tersidai seluar dalam kami atau bra mak tapi takut jiran nampak dan timbul fitnah. Yalah...dulu2 ramai ahli mesyuarat tingkap. Nanti silap haribulan dikatakan mak dah manderem bapak!
Jadi, kepada suami2 yang rajin sangat tolong isteri di dapur, tabek springggg buat mereka. Pahala besar tau!
Ini tak mau lah!! Isteri relax suami kerja! SEMUA GAMBAR2 ADAHLAH EHSAN GOOGLE |
Amie pun baru singgah rumah Che Mat tadi baca pasal n3 tu... memang betul apa Kjee kata tu..., Amie sangka orang lelaki ni hanya tahu makan dihidang, pinggan kita basuh, kain baju kita sterikakan... tu yang buat Amie terkejut bila dah kahwin suami bukanlah pulak seperti yang disangkakan, banyak sangat dia bantu Amie... kemas rumah, dan sebagainya sebab memang ibunya yang sentiasa ingatkan dia supaya bantu Amie...
ReplyDeleteanak2 Amie pun semua lelaki, harap mereka dapat contohi ayah mereka...
tolong isteri sunnah Rasulullah..ramai lelaki sunnah 4 quota ingat..sunnah tolong isteri buat dekkk je..huhuhu..salam suzi fauzi
ReplyDeletegud one Suzi. hehehe
ReplyDeleteSalam Kjee...rasanya zaman sekarang org dah open minded pasal suami tolong kerja rumah...saya dulu alhamdulillah suami ringan tulang tak segan buat kerja rumah...walaupun selepas saya berhenti kerja jadi fulltime housewife dia masih membantu ...tak payah suruh ...he he...masa kami menyewa disatu apt dia selamba saja sidai kain di balcony...saya pula yg segan takut org bercakap..sebab disitu ada juga yg jenis tak berapa open minded...tup tup tgk lepas tu ramai juga suami suami yg ikut jejak langkah suami saya....he he...
ReplyDeleteSalam Kjee...
ReplyDeletecerita eima pulak, sejak kahwin sampai sekarang eima xpernah basuh dan sidai baju..machine basuh kat rumah pun xtahu nak guna sbb auto..kat umah mak dulu kan machine yg manual tu..sampaikan mak eima sendiri kata suami manjakan eima..
tapi suami pernah cerita yg kwn2 dia selalu mempertikaikan kenapa mesti tolong isteri especially bab basuh baju..dorg kata nanti isteri pijak kepala..teruk kan..mula2 suami kata dia wat xkisah jek tapi akhirnya dia buka mulut jugak kata "apa salahnya tolong isteri, bukan orang lain pun, aku basuh baju kat rumah, xde pulak isteri aku pijak kepala aku"..fuh..bangga si isteri..ekekekeke...