Tuesday, July 19, 2011

SUKA BACA ENTRY INI DARI BLOG MAZIDUL AKMAL

gambar ehsan google


Kjee pun ada pengalaman suami balik rumah "dengan liptick pada baju!" Alasannya dia pergi entertain client kat kelab. Pastu dalam kelab gelap sangat. Masa nak pergi toilet, berlaga dengan pelayan pompuan. Pastu 'terdakap pompuan tu', lipsticknya terkena pada baju suami Kjee.


Balik malam tu dia panik terus buka baju dan cuci. Tapi tak hilang. Pastu? Hehehe. Tapi bukan Unclepali tau!

Korang baca coretan Mazidul di bawah ni. Hehehe dari kaca mata seorang lelaki!!!


Kaedah LEBIH BERKESAN Menegur Lelaki

Mencabar keegoan lelaki secara disedari atau tidak oleh wanita lazimnya mengundang bahana tidak kira samada lelaki itu pendek, tinggi, kurus atau gemuk, setiap seorang memiliki keegoan sendiri.

Jika diperhatikan, majoriti wanita sering tersilap langkah sewaktu menegur perlakuan lelaki, mereka FIKIR tidak sepatutnya dilakukan.

Tidak kisah samda lelaki itu sekadar teman lelaki atau suami.

Contohnya, jika wanita terlihat kesan gincu di baju pasangan, reaksi mereka lazimnya spontan, adunan emosi dan sakit hati.

"You jumpa dengan perempuan mana? You had better cakap dengan I! Selama ini I seorang tak cukup ke? Kalau rasa dah nak menggatal sangat, you tinggalkan I!, pergi hidup dengan dia!"

Ayat di atas hanya sekadar antara kenyataan contoh berkebarangkalian dimuntahkan mulut wanita. Kenyataan lain? Sila cipta menggunakan imaginasi sendiri.

Bagaimanapun majoriti lelaki tidak mudah tewas dengan kaedah gertakan seperti itu. Jika benar mereka curang sekalipun, keegoan dimiliki akan mendorong mereka bermati-matian untuk menidakkan tuduhan terbabit.

"Tadi abang pergi ke mall, cadang nak beli baju. Masa berjalan nak nak ke men's departmentada perempuan tengah try lipstick dekat bahagian jual barang make uplalu kat belakang dia. Berkebetulan dia tiba-tiba berpusing dan lipstick dipegang terkena kat baju I lah tu.Actually I pun dah nampak dari awal kesan tu tetapi sebab I langsung tak bersalah, apa nak takut? Baru melangkah masuk ke rumah, you dah mengamuk. Ingatkan tadi baru nak minta tolong rendamkan dengan Clorox"

Logikkan alasan itu?

2 comments:

  1. alasan kurang logik, boleh p kena betoi2 kat kolar baju lak tu...sebijik bentuk bibir mulut.kalau terjatuh mesti lipstik tu kena tempat lain atau ertikata lain kabur or org kedah kata bertompiang sana sini.

    ReplyDelete
  2. lelaki mmg byk alasan...sbb tu nama dia lelaki. huhu!

    ReplyDelete