Sunday, July 31, 2011

SUP AYAM SIMPLE

Ini cara Kjee makan nasi kalau masak sup ayam. Best sangat2. 


Semalam Kjee kata nak buat sup ayam bodoh, ramai yang terkejut. Actually maksud Kjee sup ayam simple jer. Sup ayam yang tak banyak kerenah. Yang supnya jernih. Tapi sup Kjee buat tak jernih sebab bubuh serbuk lada hitam kisar sendiri.

Ada kala dan ketika, tekak ni rasa macam nak makan resipi yang simple2 jer. Dah penat makan nasi beriani lah, nasi Arab lah dan macam2 lagi. Mujur Ramadhan dah nak sampai. Bolehlah perut ni rehat kan? Bolehlah perut betul2 rehat bulan puasa ni? Insya Allah. Hehehe.

Kjee suka makan sup ayam ni cara cam ni. Bubuh nasi sikit dalam magkuk pastu curah sup dan segala bahan dalam sup ke dalamnya. Pastu makan dengan sudu. Fuhhh sedapnyer!! Sup ikan merah pun Kjee makan cara tu. Pastu siapkan cili sos sebelah. masukkan sikit2 sambil makan. Boleh tak hengat dunia sampai berpeluh2.

Okaylah kalau nak tahu camner Kjee buat sup simple ni, jom tengok.

BAHAN2NYA

½ ekor ayam yang kecik
2 biji kentang (belah dua)
1 sup bonjot (Kjee guna Adabi)
2 labu bawang besar (1 dimayang dan satu belah 4)
1 kiub ayam (Kjee bubuh beef sebab ayam tak de)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 kayu manis
2 bunga lawang
2 pelaga
serbuk lada hitam
minyak untuk menumis (Kjee guna Olive oil)

CARA:

Ayam dibersihkan dan potong ikut suka dan toskan. Tadi Kjee ada juga campak kira-kira 4 pasang kaki ayam. So untuk kaki ayam tu, trimkan jari jemarinya yer.
Kalau makan cam ni, Kjee tak pandang lauk lain dah,. Hehehe

Panaskan periuk. Kjee guna periuk tanah bukan sebab apa2 tapi kesian tengok dia duduk sorang2 kat ceruk dapur. Tumis bawang, bawang putih dan halia yang semua telah dimayang. Masukkan juga kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Apabila wangi, masukkan ayam dan biarkan ayam kecut.

Sebaik sahaja ayam dah kecut, masukkan air satu kole (Ikut suka banyak mana nak buat supnya). Masukkan juga kentang dan juga rempah bonjot. Masukkan juga kiub ayam dan serbuk lada hitam.

Biarkan mendidih pastu pelankan api dan reneh sampai dirasakan sudah sesuai dengan citarasa.

Bubuh garam sebelum padam api.

Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidang panas2.

6 comments:

  1. yes ! bleh masak untuk sahur nnt nih..tks kjee

    p/s: first time tgk mkan ngan nasik mcm tu...

    ReplyDelete
  2. selalunya yg simple2 tu yg sedap kjee, tak muak dimakan. kalau lauk yg heavy2 tu, memanglah sedap tapi cepat muak. sup kjee tu nampak sedap lebih2 lagi kalau nasi tu lembut sikit...best!
    lizabassam

    ReplyDelete
  3. kak gee..saya pun suka makan sup ngan nasi cam tu..mmg sedap x henggat..hik3..tapi saya wat sup ayam x tumis...rebusssss jew

    ReplyDelete
  4. Kak Jee, 1st time masuk sini. Tengah explore resepi sup skali jumpa kak jee. Bila nak berlakon lagi? hehe. Btw, resepi di atas kalau kat Terengganu kami panggil nasi air. Sedap gak kalau kena cara, best nmpk yg kak jee buat... TQ n all the best.

    ReplyDelete
  5. salam kak, best la recipe ni.. smalam ratna cuba, mejadi! alhamdulilah..sedap sekali...thanks kak kjee!

    ReplyDelete