Kjee dah try banyak pesen tart nenas. Ada dua tiga pesen yang berkenan benar di hati Kjee. Satu dari resipi pemberian Kak June Rahim, seorang pelakon popular satu ketika dulu. Malangnya resipi tu dah hilang. Actually dah banyak kali hilang. Pastu jumpa balik. Sekarang dah confirm hilang.
Pastu tahun lepas nak dekat Ramadhan, Kjee pun intai2 kat internet. Bukan selama ini tak ada orang nak bagi resipi tart nenas. Kat page Kongsi Reseipi pun ada. Tapi apa salahnya Kjee try test resipi baru kan? Kalau menjadi, kan ada satu lagi resipi untuk dikongsi bersama.
And then Kjee terjumpa resipi ni. Tart Nenas Chinese New Year. Kjee jumpa kat internet siap dengan video dia sekali. Dia ajar step by step. Kjee cukup teruja tengok video dia. Macam senang je buat. Tapi bila Kjee buat jadi debab2 macam Kjee. Hehehe.
Mulanya agak was2 nak buat tapi tak cuba mana nak tahu? Lagipun dia tunjuk step by step cara nak buat. Taklah susah sangat cam nak buat nastar (tart gulung). Hasilnya taklah cantik. Tapi peduli apa tak cantik kan, janji sedap.Nak cantik, fikirlah sendiri camner nak bagi cantik. Tapi kjee boleh gerenti memang sedap. Malah ini antara resipi tart nenas paling sedap pernah Kjee buat dan makan.
Betul gua cakap lu. Bukan nak pujilah. Resipi ini memang sedap sangat2. Korang tak caya, cuba sendirilah. Kita intai bahan2 dia.
BAHAN2NYA:
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm gula icing
250 gm butter (anchor/fern/scs)
2 biji kuning telor
jem nenas (buatlah macam biasa) dan di gentel (nanti tgk video)
Cara membuat doh:
Tepung gandum dan tepung jagung diayak dan dicampur gula ising dalam satu besen. Butter dipotong dadu kecil2 dan diramas (rub in method) dalam tepung. Setelah campuran menjadi berderai, masukkan dua telor kuning, gaul sampai rata dan uli perlahan lahan. Biarkan ia rehat selama 20 minit. Kemudian ambil sebesar duit 50 sen dibulatkan dan...eeeh susahlah nak explain. Tonton je video yg Kjee sertakan ini. Selamat mencuba.
Satu adunan boleh jadi kira-kira 70 biji.
SILA TONTON VIDEO INI UTK CARA MEMBUATNYA. http://www.youtube.com/watch?v=iMV2Kw6ZAvw&feature=player_embedded
Slm k.jee.. Teringin jgk nk try... Nk amik resepi nye lah ye... Tq
ReplyDeleteamik jer deena. worth trying. sedap sangat. buatlah cantik2 sikit and tag gambar for frens KR nak tengok. hehehe
ReplyDeleteok..will try..sbb jem nenas ada kt peti..tunggu rajin sket baru boleh on.tgk sedap je.hehe.. tq...
ReplyDeleteAssalam kjee,
ReplyDeletekita dah edit dah sorry ya..tersalah type..
basuh dgn air garam selepas buang kulit dan lepas tu baru potong dadu then toskan baru kukus..
ini kita roughly aje tau kjee..sebab kita pun tak pergi ke kursus buat kuih ni..i just bought the recipe from chef asma..only kat recipe ni ada note so i thought i just indicate aje ..hope kjee dont mind ya..
it's okay. looks yummy. kjee excited nak cuba buat. tq for recipe.
ReplyDeleteKjee...cam best je resepi tart...nampak cam senang...leh masuk list tuk hari raya nanti...tq tq kjee share2 resepi....:D
ReplyDeletek jee memang tak kedekut ilmu lah :)
ReplyDeletetart ni nak buat kena sabar. macam nak try jeee
salam...k jee, nk kongsi resepi tart ni bolehkan?
ReplyDeletesilakan
ReplyDeletesalam k jee,, nak tnya tart ni tetap ranggup wpun ke? slalunya klau ada jem biskut jd xranggup...
ReplyDeletesalam kak jee....
ReplyDeletenk tanya sikit tart nie lembut ke garing??
lembut. agak garing di laur tapi bla makan dia rapuh. sedap.
ReplyDeleteYea la mcm nk try je buat esok. Kjee ni pantai bermain dgn kata2. Tu yg tak blh tahan nk buat jugak
ReplyDeleteboleh buat tat ni macam tat sepit?berderai tak?atau kena jugak buat tat gulung.
ReplyDeleteKjee,inah nak tanya,resepi ni boleh buat tat sepit tak?terimakasih.
ReplyDelete