Semua gambar ehsan Google |
Seminggu lagi bulan Ramadhan akan menjengah. Bulan yang kita semua nanti2kan. Seronok Kjee tengok ramai yang sudah mula sibuk ke sana kemari mencari resipi buat kuih. Antara kuih yang jadi kemestian di Hari Raya ialah kuih tart.
Inilah resipi tarts yg kjee buat sejak 20 tahun yg lalu. Kjee dapat resipi ini dari pelakon veteran June Rahim. (Mana pergi Kak June sekarang ya). Dulu kjee pernah buat meniaga. Kjee jual kepada kengkawan artis. Buatnya renyah sikit sebab itu Kjee dah jarang buat sekarang.
Gambar2 yang Kjee pamerkan di sini, semuanya Kjee google jer sebab dah lama Kjee tak buat. Begitulah sikit lebih kurang rupanya.
Jam nenasnya kena dimasak hingga kering, pastu digentel dan simpan seketika dalam peti ais sementara buat dohnya. Apabila doh dah siap, ambil doh sebesar ibu jari, dibulatkan, kemudian dileperkan. Pastu bubuhlah inti di tengah2 dan ditutupkan dan gentel jadi bulat. Intinya jangan bagi bocor.
Letakkan diatas dulang pembakar yang telah dialas kertas minyak. Jika tiada, bubuh sedikit marjerin pada dulang dan taburkan sedikit tepung.
Sapukan atau brush kuning telor yang telah dicampur dengan sedikit butter/marjerin. Selepas itu, ambil satu batang cengkih dan cucuk di tengah2 kuih tadi. Bila nak makan, cengkih itu dibuang dulu.
Resipi yang Kjee perolehi dari kak June ini antara resipi tarts terbaik yang pernah Kjee makan. Rapuh dan rasanya sedap sangat. Tetapi kalau ikut resipi Kak June, kena guna butter Golden Churn. Kalau ada yang was2 dengan pengunaan butter itu, gunalah butter premium atau yang terbaik seperti SCS, Fern atau Anchor. Butter baik membuatkan tart ini memberi hasil yang berkualiti.
Untuk buat jem nenas, Kjee sagat nenas dan masak bubuh kayu manis. Pastu ditenggek atas dapur. Jaga jangan sampai hangus. Apabila sudah hampir kering, barulah baru bubuh gula. Kalau bubuh gula sebelum tu, nanti lambat lak masak. Sukatan gula ikut suka masing2. Kjee tak suka manis sangat. Suka kekalkan kemasaman nenasnya.
Dibawah ini resipi doh tart.
BAHAN2NYA:
6 ozs tepung gandum (170 gms)
4 ozs tepung kek (113gms)
5 ozs butter (Golden Churn – dalam tin) (141 gms)
1 kuning telor
cara:
Kacau butter dengan kuning telor. Jangan sampai kembang! Masukkan tepung gandum dan tepung kek. Uli perlahan-lahan. Bentuk bulat dan bubuh jem nenas. Sapukan/brush kuning telor yg telah dicampur sedikit butter. Cucuk cengkih diatasnya dan bakar dalam oven about 15 minit or sampai cantik masaknya.
Apabila sudah masak, bubuhlah dalam paper cups.
(SILA AMBIL PERHATIAN, JENAMA SEPERTI BUTTER CUP DAN FARM COWS BUKANLAH PURE BUTTER)
sememangnya kueh tart adalah kueh wajib dimeja semasa hari raya...
ReplyDeleteyang macam ni xpenah rase lagi, lo geget dgn cengkih skali ape rasenya ek ? hehehee
ReplyDeletekalau nak gigit ekali ngan cengkih dia, silakan. tak ada masalah.
ReplyDeleteThank you Kjee sebab sudi share recipe ni. Kita tak pernah lagi buat tart nenas pesen ni. Nanti bolehlah cuba... thanks Kjee and Kak June. Muahhhsss...
ReplyDeleteThanks akak kongsi resipi. Tak pernah lagi rasa tart camni. :)
ReplyDeleteKjee. Nak tanya. Cengkih tu tak ada beri kesan pada rasa tart tu ke? Maaf ye tanya Kjee. Saya ni baru belajar. :)
rasa cengkihlah..tapi tak terlalu overpowering. sedap.
ReplyDeleteboleh ke adunan ini digulung menjadi tart gulung
ReplyDeleteada lagi satu tarts yanag Kjee bagi. Itu boleh. Tarts CNY.
ReplyDeleteTgk resepi2 biskut k.jee buat sy tak sabo nk test skill yg berkarat dek krn malas nie...thn nie sy chop nk bt tart,dahlia & biskut arab..mesti...!!!!
ReplyDelete