Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad S.A.W berkata, “Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi terdiam.
Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereka bertanya kepada Allah, ‘Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada gunung?’ Allah menjawab, “Ada iaitu besi’.
Para malaikat bertanya lagi, ‘Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?’. Allah menjawab, ‘Ada, iaitu air’. Para malaikat terus bertanya, ‘Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air?’ Allah menjawab, ‘Ada, iaitu angin.’.
Akhirnya, para malaikat bertanya, ‘Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?’ Allah yang maha perkasa menjawab,
‘Ada, iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”
Oleh itu kawan semua, harap disudi2kanlah meluangkan masa mengunjungi blog Sehelai Baju Buat Menyapu Si Airmata. Mereka sudah mula mengumpulkan Baju Melayu dan Baju Kurung (YANG BARU SAHAJA BUKAN TERPAKAI) untuk anak2 yatim di beberapa rumah anak yatim terpilih di seluruh negara.
Sila baca entry Kjee mengenai kempen ni disini
Jangan hantar dulu sumbang anda. Hubungi Encik Ahmad bin Sa'abun melalui email di blog tersebut untuk mendapat keterangan lebih lanjut. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Terima Kasih.
Harap kengkawan bloggers tolong war2kan.
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
No. 12, Jalan Platinum 7/44 Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Ahmad Saabun) Tel: 016-2151192
Email: ahmadsaabun@sehelaibaju.com
bagus Kjee..kalau ada tempat untuk disumbangkan baju-baju ni....
ReplyDeletebenar kjee allah tak lupa janjinya tapi kita yang kedekut ni sering lupa janji kita pada allah kita mudah menabur janji tapi kita mudah lupa melunas janji....nor
ReplyDeletesalam kak jee
ReplyDeletelepas tgk n3 kak jee mgu lepas, saya terus daftar sbg sukarelawan. tahun lepas ada jugak terbabit secara kecil-kecilan, kalau berkesempatan nak all out tahun ni.
lagipun saya dekat klang je...
p/s : saya sedara intan zabidin...kot2 akak kenal dia
Ida..apa lak tak kenal Intan. wartawan karangkraf femes tu! Hehehe
ReplyDeletedah bergelumang dgn orang femes, diri pun ikut femes
ReplyDeleteinsyaallah akan bersedekah juga, aku pun nak ambik pahala bersedekah ni.
ReplyDelete