DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA..ERTINYA KEPADA KELUARGA KAMI



Walaupun negara kita telah merdeka selama 54 tahun, tetapi erti Merdeka bagi Kjee sekeluarga lebih bermakna selepas tahun 1960. Rasa pelik ke? Kenapa tahun 1960? Kenapa tidak 1957?

Tanggal 31 Ogos 1960, lahirlah seorang insan yang diberi nama Merdeka Fazilah Abdul Samad. Adik bongsu Kjee yang hanya sempat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-50 tahun lalu. Tahun ini dia sudah tiada. Kembali ke Rahmatullah pada 22 Jun 2011 selang kira-kira 9 minggu daripada ulangtahun kelahirannya yang ke-51.

Kjee pasti tadi, keluarganya sekali lagi ke pusara arwah adik Kjee. Mereka telah melakukannya tanpa bosan (menziarahi pusaranya) setiap hari sejak arwah disemadikan. Tetapi hari ini mungkin lebih bermakna..sepertimana mereka menyambut Syawal buat pertama kalinya tanpa arwah, semalam.

Semalam Kjee ke pusara arwah adik Kjee tetapi kami gagal mendapatkan parking kerana terlalu sesak. Kjee pergi bersama Nadia sebab Unclepali pulang ke kampung. Sebentar lagi kami bertiga akan ke sana sekali lagi.

Keluarga kami amat menitikberatkan sambutan hari kelahiran di kalangan kami. Paling manis ketika celik sahaja mata, bonda dan adik beradik lain akan berpusu2 menjerit Selamat Hari Jadi atau Happy Birthday. Sambutan birthday yang sulung (Ahmad Fauzee) dan yang bongsu (arwah Fazilah), pasti dibuat lebih meriah walaupun hanya dikalangan famili.

Arwah adik Kjee cukup malu apabila bapa menamakan dia Merdeka Fazilah. Di zaman itu, memang ramai yang menamakan anak mereka mengambil sempena Hari Kemerdekaan tetapi Kjee rasa jarang digunakan untuk anak perempuan.

Justru satu hari ketika Kjee menemani arwah yang ketika itu berusia sekitar 12 tahun ke pejabat pos Old Town, Petaling Jaya untuk membuka akaun simpanan, telah berlaku sesuatu yang melucukan. Pada surat kelahiran arwah dicatatkan M Fazilah.

Kerani di kaunter bertanya apa erti M? Merah padam muka adik Kjee. Kjee bisikkan suruh cakap M tu ertinya Mimi. Tapi belum sempat adik berkata apa2, kerani kaunter bertanya lagi dalam suara yang agak tinggi.

Adik Kjee tergagap2. Dia terus sebut Merdeka. Kerani kaunter senyum sinis. Dia terus tulis perkataan Merdeka di hadapan nama adik Kjee. Punyalah menyirap darah adik Kjee.

Di kalangan keluarga kami, menghantar telegram di hari jadi kami adalah satu kemestian. Ia lebih eksklusif daripada memberi kad hari jadi. Pos Malaysia (ketika itu) mempunyai kad khas untuk telegram hari jadi. Telegram itu dhiasi bunga raya dan sangat cantik.

Kenapa hantar telegram? Sebab telegram itu akan sampai pada hari jadi dan akan tercatit tarikh hari jadi di telegram itu. Dan kami menganggap itu cukup istimewa dan eksklusif dan boleh disimpan sebagai kenangan!

Satu lagi peristiwa yang tidak dapat Kjee lupakan ketika kami menyambut birthday arwah di hari Merdeka. Ini berlaku semasa kami tinggal di Telok Anson (Teluk Intan). Bonda telah turun ke Kuala Lumpur kerana hal keluarga. Jadi yang tinggal hanya kami empat beradik dan bapak.

Malam itu, bapak tidak membenarkan kami masuk ke dapur sebab dia hendak buat satu surprise untuk birthday adik esoknya. Kami pun saspen sahaja duduk empat beradik di ruang tamu. Apabila siap, bapak telah menyorokkan surprise tersebut sebab katanya itu untuk hari esok.

Pagi2 esoknya kami tunggulah surprise yang dibuat oleh bapak. Jeng jeng Jeng...sebiji kek yang cantik beraising putih dan ditulis Selamat Hari Jadi Fazilah diatasnya. Siap ada lilin. Arwah bapak memang kreatif bab menghias kek,

Setelah meniup lilin, kami adik beradik sibuk suruh Fazilah potong kek tetapi bapak tak benarkan. Dia kata tunggu mak balik esoknya. Punyalah kami frust!

Bila mak balik, adik Kjee nak potong kek tapi bapak tetap tak benarkan! Rupa2nya itu kek palsu! Bapak telah terbalikkan sebiji periuk alluminium dan aisingkan belakang periuk itu hingga menyerupai sebijik kek. Bapak tak reti masak kek. Dan Kjee pasti dia tidak membeli sebiji kek di bakeri sebab ketika itu dia tak ada duit! Kemudian bapak dan mak keluar dan membeli sebiji kek buat adik!

Itulah antara peristiwa Hari Merdeka dan Birthday M Fazilah yang tidak mungkin Kjee lupakan. Dan semuanya tidak akan berulang lagi sebab orangnya sudah tiada.

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-54!!

ALFATIHAH BUAT HAJAH MERDEKA FAZILAH ABDUL SAMAD






Monday, August 29, 2011

PUASA TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN



Hari ini hari terakhir kita semua berpuasa. Alhamdullilah syukur. Bagaimanapun, Kjee agak terkilan kerana gagal menyempurnakan ibadah penuh puasa tahun tahun. Hari tu Kjee kantoi satu hari! Bukan kerana sakit atau uzur tetapi kerana gagal mengawal emosi!

Seperti tahun lepas, tahun ini Kjee lancar puasa tanpa sebarang masalah kesihatan yang serius. Kalau setakat sakit2 badan dan sendi ataupun sesak nafas, pada Kjee itu biasa saja. Selama ini Kjee telah mengalami penyakit gastrik yang cukup kronik. Bertahun Kjee hanya berjaya berpuasa sehari dua sahaja dalam bulan Ramadhan.

Tahun lepas, sahabat lama Kjee, Haji Wazata Zain mendapat tahu masalah yang Kjee hadapi. Beliau telah memanjatkan doa serta membuat solat hajat agar Allah swt mengizinkan Kjee menyempurnakan ibadah puasa.

Dan tanpa diduga, dengan izin Allah SWT, Kjee kuatkan semangat dan mencuba dari hari ke hari sehingga mencukupi sebulan! Itu tahun lepas. Tahun ini Kjee dapat juga menyempurnakan hajat berpuasa sunat selama 10 hari di bulan Rejab!

Dan apabila tiba Ramadhan, langsung tiada halangan. Berpuasa bagaikan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Walhal sebelum ini, Kjee gagal melakukannya kerana masalah kesihatan.

Apapun, selain izin Allah SWT, Kjee yakin seandainya kita memasang niat yang baik untuk melakukan sesuatu, pasti hajat itu akan dapat kita laksanakan. Betapa ruginya selama ini Kjee tidak dapat menyempurnakan ibadah puasa dek masalah kesihatan. Pada yang sihat dan sengaja mencari alasan sebab malas hendak mengerjakannya, fikir2kanlah.

Sedih dan pilu apabila mengenangkan hari ini adalah hari terakhir Kjee berpuasa di bulan Ramadhan 1432H. Dapatkah aku menyempurnakan rukun yang sama tahun hadapan? Wallahualam.

Buat kesekian kalinya, Kjee ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Kjee. Mudah2an ibadah kita semua diterima Allah SWT, Insya Allah.

Sunday, August 28, 2011

CORNFLAKES ALMOND COOKIES



Model jari - FaraNadia. Hehehe


Dapat juga Kjee laksanakan tugas membuat Cornflakes Badam Ranggup Miza. Sejak Miza post kat Facebook Bloggers Masakan hari tu, Kjee tetiba teringat cornflakes hampir sama yang dibuat oleh arwah Bonda. Tapi Kjee tak ada resipi. So Kjee sangat2 teruja apabila tengok cornflake cookies Miza.

Terima Kasih Miza. Hah Hari ni Kjee tayang pulak versi Kjee berbanding dengan versi awak. Klik sini. Versi Kjee memanglah tak comel cam awak punya. Tapi tak kesahlah kan! Hehehe

Kjee copy paste resipi Miza untuk dikongsi semua ya.


resepi asal : sendiri

satu adunan dapat -+100 biji

- 1  3/4cwn gandum
- 1/4 cwn tepung jagung
- 3/4sdt baking powder (Kjee bubuh ½ sudu kecik jer)
- 2  1/2 cwn cornflakes...(belum diramas) (Nadia hancurkan guna potato masher)
- 3sdb badam hancur....sangai dulu dlm pan...atau bakar jap dlm oven dalam 5min...sambil2 pnskan oven tu

- 150g marjerin/butter (Kjee guna Anchor Butter)
- 3/4cwn gula kastor
- 1 biji kuning telur


- 1/2cwn cornflakes...ramas ngan tangan...( ni utk digolek biskut sblm bakar)

cara cara
- cornflakes ramas ngan tgn...(sy lenyek ngan lesung batu....sakit tgn kalo ramas ngan tgn...hihi)
- ayak tepung gandum, tepung jagung & baking powder
- pukul marjerin & gula hingga putih...(sy guna whisk)
- masukkan kuning telur...pukul lagi sebati
- masukkan tepung, badam, & cornflakes...gaul sebati...adunan agak lembik....
- bulat2 kan...leperkan lak....gaul dlm cornflakes hancur....ssun dlm dulang pembakar
- bakar suhu 170 celcius selama 15min

Kjee belum dapat rasa lagi sebab puasa. Tapi lepas buka nanti Kjee komen ya. terima kasih banyak2 Miza.

TERKINI:
Dah rasa cookies ini. Memang sedap. Ranggup sangat. Akan terus masuk senarai cookies Kjee di hari2 lebaran. Terima kasih Miza!

SALAM LEBARAN...MAAF ZAHIR BATIN



Insya Allah, Selasa ini kita semua akan menemui sekali lagi bulan Syawal setelah sebulan suntuk kita memperingkatkan ibadah dan berpuasa di bulan Ramadhan.


Betul ke Raya hari Selasa? Beberapa pihak di Arab Saudi khabarnya bertelingkahan. Ada yang kata mengikut kiraan Falaq, Hari Raya akan jatuh pada Hari Rabu dan umat islam seharusnya berpuasa selama 30 hari. Dan pihak yag satu lagi berkata sebaliknya.

"Anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini. - Majed Abu Zahra, Pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi" - DIPETIK DARI AKHBAR BERITA MINGGU 


Tetapi di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Kita harus akur kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh Raja2 Melayu. Kalau ada yang teringin nak Raya pada hari Rabu, siap2lah beli tiket pergi ke Arab Saudi! 


Teringat ketika Kjee kecil2 dulu. Ketika itu pengesahan Hari Raya hanya dibuat setelah dilihat anak bulan. Dan semua menunggu dengan penuh debar. Ada yang buat persiapan dan ada yang tidak. Dan apabila pengumuman di buat dicorong Radio, ada yang kelamkabut dan ada yang ada tenang.


Tetapi bagi Kjee itulah keseronokkannya menunggu munculnya anak bulan Syawal. Semuanya dalam keadaan berteka teki. Kalau nasib baik, esoknya Raya dan jika tidak, malam itu kena bersahur lagi.


Kjee teringat satu peristiwa ketika kami dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya di kampung arwah bapak di Melaka. Sampai sahaja di pinggir bandar Melaka, tiba2 kami melihat sekumpulan anak muda memakai baju Melayu Hari Raya dan menghisap rokok.


Terjerit kami sekeluarga di dalam kereta kerana kami masih lagi berpuasa dan esoknya baru Hari Raya! Abang Fauzee beritahu bapak, kan elok kalau negeri2 mana yang sambut raya dulu, kita pindah tinggal di sana!


Begitulah keadaannya ketika itu. Apapun, arwah bonda tetap membuat persediaan tak kisah samada pengumuman yang dibuat itu berita gembira atau sebaliknya.


Apabila bercerita mengenai juadah raya, memang begitu terasa ketiadaan Bonda. Setiap pagi Raya, kami akan cantumkan dua meja makan yang besar. Dan pelbagai juadah istimewa akan disusun. Semua sibuk menolong Bonda. Bonda akan cuba tunaikan permintaan selera setiap anaknya. 


Bonda akan buat rumah terbuka (untuk kanak2) selama dua hari berturut2. Dan setiap kanak2 yang datang diberikan duit Raya. Ketika itu, duit Raya RM1 sudah dikira amat besar. Sebab itulah ada kanak2 yang sanggup pulang ke rumah, tukar baju lain dan datang kembali semata2 kerana duit Raya Bonda. Tetapi mereka seringkali kantoi kerana Bonda dapat mengecam setiap tetamu ciliknya yang datang berkunjung! Hehehe


Kini Hari Raya buat Kjee dan Nadia tidak pernah sama seperti dulu. Kami menyambutnya ala kadar. Sebelum berkahwin dengan Unclepali, rutin kami di pagi Raya adalah pergi ziarah kubur arwah Bonda dan saudara mara di tanah perkuburan sama di Jalan Ampang. 


Kemudian balik ke rumah. Rumah jiran2 sunyi sepi sebab semua balik kampung. Kami jamah secara ala kadar makanan yang disediakan, lepas tu lepak depan TV hingga ke malam.


Apa kah Raya kali ini juga serupa? Nampaknya begitu jugaklah.


SALAM LEBARAN...MAAF ZAHIR BATIN 

KLIP BERITA SANA SINI 27 OGOS 2011



TERCAMPAK 10 METRE, LEHER HAMPIR PUTUS 

Nur Aqilah Noor Ahmad (kiri) dan Azroy Nizam Ramli.
Nur Aqilah Noor Ahmad (kiri) dan Azroy Nizam Ramli.
Gadis balik beli baju raya jatuh jejambat 

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis berusia 19 tahun memakai baju baru pada Aidilfitri berkecai apabila mangsa terbunuh selepas tercampak dari jejambat setinggi 10 meter berhampiran susur masuk Jalan Bellamy ke Jalan Istana, di sini, petang semalam.
Lebih mengerikan, selepas tercampak dari jejambat itu, kepala mangsa bergesel besi pembahagi jalan hingga lehernya hampir putus.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Aqilah Noor Ahmad dari Kampung Tasik Tambahan, Ampang, kemudian terpelanting ke Jalan Istana yang sibuk hingga nyaris dirempuh kenderaan lain sebelum beberapa pengguna jalan raya berhenti memberi pertolongan. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya, Darwish Ridhwan Lee Abdullah, 19, tercampak selepas motosikal terbabit gagal dikawal lalu merempuh penghadang jalan di jejambat berkenaan. 

Lima minit selepas kejadian, Nur Aqilah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan leher. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala teman lelakinya yang cedera parah, dihantar ke hospital sama dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Kemalangan itu berlaku selepas kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke rumah Nur Aqilah di Ampang selepas membeli baju raya di Bukit Bintang, di sini. Kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir dua jam ketika warga kota sibuk menggunakan laluan itu untuk pergi ke pusat beli-belah serta menuju ke lebuh raya untuk balik kampung. 
Berikutan kejadian itu, Polis Trafik Kuala Lumpur meminta saksi kemalangan itu menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan. 

Di MELAKA TENGAH, seorang pemuda yang baru pulang dari membeli baju raya terbunuh manakala rakannya patah tangan selepas motosikal dinaiki mereka merempuh seekor lembu di Jalan Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Azroy Nizam Ramli, 25, dan rakannya yang membonceng motosikal dalam perjalanan ke rumah selepas membeli pakaian di Jonker Walk, di sini. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata Azroy Nizam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara rakannya patah tangan. 

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Sungai Undang terlanggar lembu yang melintas di tengah jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, semalam. 

Salehhudin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di talian 06-2834139 bagi membantu siasatan. 

Sementara itu, bapa saudara Azroy Nizam, Akmar Husin, 47, berkata arwah pernah terbabit dalam kemalangan kereta hingga koma selama sebulan, tahun lalu. 

“Kami reda dengan pemergian arwah walaupun sedih dia tidak sempat memakai baju baru yang sudah dibeli untuk beraya,” katanya. - BERITA HARIAN


Friday, August 26, 2011

CHOC CHIPS COOKIES NADIA

Nampak jer tak cantik tapi rasa sedap sangat!


Dah siap dah choc chip cookies Nadia. Dia buat sorang2 jer sebab Mama dah tak larat sangat nak tolong. Cian dia. Anyway cekap jugak dia buat sorang2. Dalam masa tiga jam semua siap.

Rupa cam vadey pun ader...hehehe merajuk Nadia nanti!
Nadia kata dia buat satu adunan jer. Dia kata kalau tak cukup besok dia buat lagi. Isyhh tak payahlah. Kjee dah buat tart nenas, biskut arab, biskut dahlia dan german butter cookies. Nadia buat choc chips. Pastu Kjee beli belinja flakes dari Nurul Huda. Malam Raya nanti buat kek butter. Itu jer.

Untuk resipi choc chips cookies ni, kilik sini. Dr Ina Harlina dah lama bagi resipi ni kat Kjee. Adalah tiga tahun lepas kot masa dia seringkali landing kat gerai Kjee dulu. Dia kata sedap giler. Memang sedap sangat2. Thnx Ina. Sayang dan rindu sangat kat awak!

Nadia tak bubuh serbuk koko sebab pertama kali dia buat, biskut jadi gelap dan susah dia nak tahu biskut tu dah masak ke belum. Banyak yang hangus ketika itu. Kalau korang nak letak, tak kisahlah yer. So kaler cookies dia taklah gelap sangat. Sedang2 gitu. Hehehe. Selamat mencuba.


Ini versi Dr Ina...cilok gambar dari blog beliau

JJCM ~ ANTARA PASEMBOR DAN CUCUR UDANG


Pasembor di Craven

Cucur Udang resipi bonda Kjee

Apa bezanya? Tak ada beza sebenarnya. Pasembor dimakan dengan kuah kacang. Cucur udang dimakan dengan sos cili.

Kjee rajin jugak buat cucur udang yang bubuh taugeh dan kucai. Senang je buatnya. Untuk sosnya Kjee guna sos cili Thai jer. Lihat sini

Sebenarnya beza Pasembor Craven dengan cucur udang yang Kjee buat sendiri ialah, cucur udang Kjee, sarat dengan udang. Yang kat Craven, udang elek. Hehehe

Apabila Kjee diberitahu cucur udang di Restoren Nasi Kandar Craven kat Bukit Antarabangsa, best in the world, Kjee pun tak lepas peluang pergi mencuba.

Memang sedap. Dua malam berturut2 Kjee pergi makan di sana. Tadi, Unclepali cuba makan nasi kandar lauk kari kambing. Pun sedap. Maknanya kami dah ada port baru kalau nak makan nasi kandar. Memang dekat sangatlah dengan rumah kami di Taman Melawati.

Dan yang seronoknya ke Craven, kami terserempak dengan ramai rakan2 baik yang seperjuangan dan jugak yang sewaktu dengannya.

Itu jer nak sembang kali ni. Oh ya cucur udang atau Pasembor Craven siap ada tahu goreng dan hirisan timun. Harga RM5. Mahal sikit tetapi berbaloi sebab rasanya sedap.

Thursday, August 25, 2011

BISKUT ARAB AIRTANGAN JAWA





 Inilah dia Biskut Arab versi Kjee. Main hentam2 saja setiap tahun buat tapi tahun ni first time buat sambil sukat sebab nak share resipi ngan korang!

Mula2 Kjee naklah buat ala suji crystal yang melekat tiga warna tetapi kesihatan tak mengizinkan. So Kjee taram je buat bola2 satu warna. Kali ni Unclepali dan Nadia tolong sama gentel! Sekejap je siap satu balang kaca!

Ni dah letih sesangat. Tangan kiri dah cramp tak boleh angkat. So tak nak bebel banyak2. Kalau korang sudi, cubalah. Kalau tak, Kjee tak report polis punya! Anyway, korang jangan risau tengok besar gedabak gambar2 tu. Sebenarnya kecik jer tapi Kjee zoom sampai maximum. Itulah nampak besar giler. Sekali ngap je tu.

BAHAN2:

300 gms minyak sapi
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor (gula halus)
½ cawan gula ising
pewarna

CARA:

Minyak sapi dikacau bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak hingga menjadi doh. Seandainya terlalu lembik, adjustlah sikit dengan bubuh tepung gandum. Tapi jangan berani2 sangat. Bubuh sikit2 dulu sehingga boleh dibulatkan tanpa pecah. Bubuhlah pewarna ikut suka. Ini kali pertama Kjee bubuh warna. Besarnya macam guli kaca kecik. Pastu bakarlah dalam suku 170 selama 15 minit. Sejukkan betul2 baru disimpan dalam bekas kedap udara.


BISKUT DAHLIA





Kjee sebenarnya plan nak buat biskut Bunga Cina. Tapi malam tadi intai2 blog Che Mat Gebu, tiba2 teringin pulak macam nak buat biskut Bunga Dahlia resipi beliau. So, Kjee suruhlah Nadia beli tepung kastad.


Kjee buat 1½ bancuh. Hmm sepatutnya buat dua bancuh tapi takut tak larat. Lagipun lepas ni nak buat biskut Arab pulak.


Kjee ikut sebiji cara Mat Gebu. Tak bancuh sampai kembang. Ala2 sebati je gitu. Tadi apabila jadi doh, Kjee tak sedap hati. So Kjee tambah sedikit demi sedikit tepung gandum (ada dalam kira2 10 gms) sehingga doh itu menjadi elok untuk dibentuk.

Kjee guna acuan seperti dalam gambar sebab Kjee tak ada acuan semperit. Sama lah jadinya. Sebelum Kjee tekan adunan tadi guna acuan, Kjee suruh Nadia panaskan oven elektrik untuk test sejauh mana biskut ni mengembang,

15 minit kemudian, Kjee barulah puas hati apabila dapat apa yang Kjee nak. Kebetulan pagi ni, Kjee ada part time maid mengemas rumah. Dia cuti puasa dan dia jadi Kjee pun tukang test dan rasa kuih. Dia kata sedap banget Kjee. So Kjee pun teruslah buat sampai habis. Nadia tukang bubuh ceri. Dua warna nampak lawa jugak kan?


Jom kita intai resipi.

BAHAN2NYA:

300 gms butter (Kjee guna Anchor)
160 gms gula ising
2 kuning telor
sedikit esen vanilla
240 gms tepung gandum
100 gms tepung jagung
160 gms tepung kastad
ceri merah dan hijau

CARA:

Butter diletak pada suhu bilik. Apabila sudah lembut, dikacau hingga sebati dengan gula ising. Jangan pukul hingga kembang sebab itu akan buat bentuk kuih nanti melepek. Pastu masukkan kuning telor dan esen vanilla. Kacau hingga semua bahan2 bersatu dan rata.

Kemudian masukkan tepung2 yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Seandainya doh terlalu lembik, bubuh sedikit tepung hingga menjadi doh yang elok untuk ditekan menjadi bunga dahlia.

Hias dengan ceri ataupun kismis.

Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah selama 20 minit atau sampai biskut cukup masak.

Ini kali pertama Kjee buat Biskut Bunga Dahlia. Dan Kjee tiada apa masalah dengan biskut yang kelopaknya melepek dan sebagainya. Ikut je panduan sifu CMG, Insya Allah menjadi. Terima Kasih CMG! Lu memang hebat!!

TERKINI:
Dah rasa selepas berbuka puasa tadi. Sedap sangat2!!!


ZIZAN JELAS TUDUHAN BESAR KEPALA



KUALA LUMPUR: Pelawak, Zizan (Raja Lawak) menafikan dia mula bersikap besar kepala dan berlagak dengan orang di sekelilingnya termasuklah rakan-rakan rapat.
Kata Zizan, dia terkejut apabila sebuah artikel ruangan pojok di sebuah akhbar mingguan melaporkan mengenai kelakuan buruknya dan menganggap hal tersebut tidak benar sama sekali.
"Saya tak faham apabila dikatakan megah diri dengan apa yang saya peroleh dalam kerjaya sekarang, sedangkan sehingga sekarang saya masih berpijak di bumi nyata dan tahu asal usul saya.
"Mungkin ia sekadar tanggapan orang tetapi jujur saya katakan, tiada apa yang perlu saya bangga kerana banyak lagi perkara dalam bidang seni yang perlu saya pelajari," katanya yang ditemui pada tayangan perdana filem Hantu Bonceng di panggung Odeon, di sini, Selasa.
Tambah Zizan, dia juga terkejut apabila dikhabarkan kononnya tidak puas hati kerana gagal bergelar johan dalam pertandingan Maharaja Lawak yang telah pun berlalu pada 25 Jun lalu.
Bagaimanapun, pelawak itu enggan membesarkan isu tersebut dan meminta maaf sekiranya ada perbuatannya yang telah menyinggung perasaan orang lain.
"Saya harap hal ini tidak dikecohkan lagi dan kalau ada kesilapan yang telah saya lakukan, tegurlah. Maklumlah, kita sebagai manusia tidak boleh elak daripada melakukan kesalahan.
"Maafkan saya jika ada hati yang terluka dengan perangai saya," tuturnya.
Sementara itu, dalam filem Hantu Bonceng, Zizan terbitan Excellent Pictures, Zizan bergandingan dengan Juliana Evans, Jue Aziz, Tai dan Dottie.
Ditanya, adakah keakraban Zizan dengan Juliana bermula dengan filem tersebut, pelawak itu mengakui tentang hal berkenaan tetapi menafikan dia bercinta dengan pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu.
"Memang kami rapat sejak menjayakan Hantu Bonceng sehinggalah sekarang. Tetapi saya harap peminat faham bahawa kami tidak mempunyai sebarang hubungan," ujarnya tersenyum. - mStar

Wednesday, August 24, 2011

JJCM BUKA PUASA DI PAK YA CHINESE MUSLIM FOOD


Nadia dan standby dengan kurma dari rumah

Siakap Goreng ala Thai
 Kali terakhir kami menjadi selera di Pak Ya Chinese Muslim Restaurant ialah di bulan puasa tahun lalu. Lepas tu senyap. Tak teringat langsung nak ke sana sehingga hari ini. Mula2 cadangnya nak ke De Templar di Taman Melati tepi highway MMR2. Tapi apabila kenangkan susah nak dapat parking, terus kensel.

Itik Panggang ala Peking Duck
Restoren Pak Ya ni bukanlah hebat sangat. Tapi kalau nak ubah selera sekali sekala okay jugaklah.

Kami keluar rumah jam 6 tadi sebab takut jalan jam. Sepanjang2 jalan punyalah sunyi sepi hingga sampai di depan TESCO. Situ barulah kami sangkut lebih kurang 5 minit. Hmm dahlah cepat sampai ke Restoren Pak Ya. Kami sampai kira-kira pukul 6.30 petang. Kjee suruh Unclepali ronda2 cari kuih2 dulu tetapi lalu saja depan restoren tu, kami nampak orang sudah berpusu2 masuk ke situ. Hmm terpaksa cari parking dan booking meja.

Mujurlah dia orang pasang TV3 dapatlah tengok TV sementara menunggu waktu berbuka. 

Three layer tea
Hari ini kami order Itik Panggang Sos Taucu (½ ekor), Ikan Siakap Goreng Thai, Kangkung Goreng Belacan dan Steamed Taufoo Daging (Ayam?) Cincang. Nadia awal2 pesan jangan order ketam. Renyah nak makan. Ketam cili Pak Ya okay jugak.

Itik Pangging ala Peking Duck ini sepatutnya disediakan juga lempeng tepung gandum dan juga hirisan timun tetapi di sini tidak ada itu semua. Peking Duck yang pernah Kjee makan dihiris kulitnya yang garing dan ranggup. Pastu dibalut kulit itu didalam lempeng tepung gandum bersama timun dan dicicah dengan sos taucu manis. Hmm sedap. Isi itik panggang itu selalunya ditanya kita samada nak digoreng dalam nasi atau mihun. Hmm kecur juga bila ingat cara makan Peking Duck kat KK Club, Taman Melawati.
Kangkung Goreng Belacan

Tadi Kjee dan Nadia suka sangat Ikan Siakap Goreng Thai. Ikannya digoreng garing dan ranggup dan dicurah sos yang Kjee rasa diperbuat dari Sos Kicap Nampla dicampur Sos Cili Thai. Kalau ditaburkan hirisan halus mangga muda lebih ngam!!

Kangkung Goreng Belacan tadi biasa jer. Nadia buat lagi sedap! Dan soft taufoo dimandikan dengan kuah yang diperbuat dari tepung jagung bubuh sos tiram dan ayam cincang. Dalam menu kata daging cincang.

No complaints. Makanan yang dihidang secukup rasa. Cuma masa pelanggan sedang sibuk berbuka puasa, tokeh punya isteri duk sibuk duduk di meja kasyier sambil kira bil. Takkan tak minum seteguk dua air buat buka puasa? Kalaupun tak puasa, pandai2lah berlakon kan? Hehehe

Restoren Pak Ya Chinese Muslim akan berpindah ke Taman Dagang (berhampiran Pejabat Daerah Polis Ampang) selepas Hari Raya. 
Soft Taufoo With Minced Beef

MAAF...TAK DAPAT UPDATE

Kjee tak berapa sihat. So tak dapatlah nak melayan blog. Jumpa lagi kalau Kjee sihat sikit yer.

KLIP BERITA SANA SINI 24 OGOS


Memo selamatkan wanita dakwa dikurung suami


KLANG 23 Ogos - Tindakan seorang wanita menyelitkan sekeping memo kepada penghantar kuih raya menyelamatkan dirinya daripada terus dikurung di rumah dipercayai oleh suaminya yang cemburu buta.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shikin, 28, berkata, suaminya bertindak mengurungnya di rumah mereka di Bandar Botanic di sini kerana cemburu dan tidak mahu dirinya dilihat oleh orang lain.
Shikin yang baru setahun mendirikan rumah tangga berkata, dia mula dikurung oleh suaminya beberapa kali sejak awal tahun ini, namun lelaki berkenaan akan melepaskannya semula.
"Sebelum ini suami turut memukul tetapi saya masih bersabar dengan harapan suami boleh berubah. Suami yang baru dibuang kerja tak suka orang lain melihat saya.
"Rabu lalu suami mengurung saya sekali lagi. Saya tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa pun termasuk menggunakan telefon. Mujur saya terfikir untuk memberi memo kepada penghantar kuih memaklumkan kesulitan saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isma berkata, dia mendapat panggilan misteri daripada seorang wanita tidak dikenali yang memintanya menyelamatkan adiknya itu.
"Saya tidak senang hati apabila dapat panggilan yang mengatakan adik saya dalam bahaya dan minta diselamatkan dari rumahnya sendiri. Saya takut kalau adik saya diapa-apakan.
"Tanpa berfikir panjang, saya terus memaklumkan kepada pihak polis dan membawa mereka ke rumah adik saya untuk menyelamatkannya," jelasnya.
Difahamkan, pihak polis terpaksa memecahkan kunci pintu rumah mereka di Bandar Botanic itu kerana mangsa terkunci dari dalam sebelum mangsa berjaya dilepaskan kira-kira pukul 12.30 pagi semalam.
Isma berkata, adiknya itu telah menyedari sikap panas baran dan cemburu buta suaminya sebelum berkahwin lagi, tetapi dia tetap berharap suaminya akan berubah dan lebih menghargainya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, kes diserahkan kepada Mahkamah Syariah kerana mangsa tidak tahan lagi dengan sikap suaminya dan kini dalam proses menuntut cerai. -UTUSAN MALAYSIA




Wanita kena seksa isteri teman lelaki
Oleh Wan Faizal Ismayatim

Suspek minta RM50,000 bebas mangsa
KUALA LUMPUR: Akibat menjalin hubungan cinta dengan suami orang, seorang wanita menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila diculik sebelum dikurung dan diseksa selama lima hari oleh isteri teman lelakinya dalam sebuah rumah di Taman Saga, Ampang di sini, sejak Jumaat lalu. 

Mangsa berusia 31 tahun, dilarikan wanita berkenaan serta adik lelakinya selepas mengetahui wanita itu menjalin hubungan cinta dengan suaminya sebelum mangsa dikurung dan diseksa dengan kedua-dua tangannya diikat, manakala rambutnya dipotong pendek.
Malah, suspek wanita berusia 36 tahun itu turut menunjukkan gambar wanita berkenaan dalam keadaan diseksa sebelum meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya sendiri jika mahu ‘kekasih gelap’ lelaki terbabit dibebaskan.
Difahamkan, bimbang dengan keselamatan teman wanitanya, suami suspek kemudian membuat laporan polis sebelum seorang pegawai penyiasat menghubungi suspek memintanya menyerah diri dan membebaskan mangsa. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata suspek yang menyedari mereka menjadi buruan polis, kemudian membebaskan mangsa yang dalam keadaan lemah serta lebam di seluruh muka di sekitar ibu negara, pagi semalam. 

Bagaimanapun, katanya, polis yang menjalankan tindakan susulan berjaya menahannya bersama seorang lelaki di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Taman Subang Mewah, sebelum adik lelakinya ditahan di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan, semalam. 

“Pemeriksaan di rumah itu menemui beg serta barangan milik mangsa dan siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang juga pasangan suami isteri, dipercayai mengurung mangsa di sebuah rumah di Taman Saga,” katanya semalam. 
Abdul Rahim berkata, semua suspek berusia 27 hingga 36 tahun termasuk seorang warga asing ditahan untuk siasatan lanjut. - BERITA HARIAN



MENANGIS LIHAT ANAK 

SEPANG: “Rindunya mak, sudah lama mak tunggu saat ini, ” kata Rosna Shariff, wanita yang menjadi keldai dadah dan ditahan di penjara di Peru ketika memeluk tiga anaknya, Mohd Firdaus Zainal, Nor Fadilah dan Mohd Fazley sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Peru, semalam.

Dia yang menangis sebaik melihat anaknya melahirkan kesyukuran kerana dapat menjejakkan kaki ke tanah air semula selepas berada lebih empat tahun di Peru dan ditahan di Penjara Santa Monica selama dua tahun enam bulan sejak 2007 kerana ditangkap membawa dadah jenis kokain seberat lima kilogram. 
“Saya sebenarnya malu atas apa yang terjadi, namun perasaan marah terhadap mereka yang menipu dan memerangkap saya lebih empat tahun lalu lebih menebal.

“Mereka sepatutnya diusir dari Malaysia kerana kedatangan ‘Awang Hitam’ (lelaki Afrika) ini kebanyakannya berniat jahat dan menjadi ejen dadah antarabangsa,” katanya.



Rosna disambut Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Ketua Pengarang Berita, Ahmad Zaini Kamaruzzaman dam Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang akan membantunya memulakan penghidupan baru.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


INGATKAH LAGI KEPADA CHOMBI DALAM FILEM IBU MERTUAKU?

- mStar- mStar
Zaiton ‘Chombi’ Tidak Mahu Keluarga Jadi Artis
Gambar Zaiton sewaktu muda.
PETALING JAYA: Pelakon veteran Zaiton, 74, yang terkenal dengan gelaran Chombi dalam filem Ibu Mertuaku tidak menggalakkan ahli keluarganya untuk mewarisi karier seni seperti pernah dilakukan olehnya sebelum ini.
Menurutnya yang kini menetap di Simei, Singapura, lima orang anaknya sudah mempunyai karier masing-masing dan tidak mungkin akan mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni lakonan.
“Anak-anak saya telah menuntut di menara gading dan bekerja mengikut bidang masing-masing. Kalau boleh saya tidak mahu mereka bekerja dalam bidang seni seperti saya dulu kerana waktu itu saya tidak berpeluang belajar di peringkat yang tinggi,” katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Kuala Lumpur sambil ditemani cucunya, Sharifah Gamar, 18.
Kali terakhir Zaiton muncul dalam bidang lakonan menerusi filem Raja Bersiong dan tidak dinafikan dia merindui zaman sewaktu bersama-sama rakan seperjuangannya dalam bidang seni seperti Momo Latif.
Zaiton ada menerima tawaran lakonan tetapi dia terpaksa menolaknya kerana tidak berminat lagi untuk berlakon dan telah bersara dari bidang tersebut.
Biarpun sudah lanjut usia, wajah Zaiton masih segar dan cantik. Berkongsi petua kecantikan yang pernah diamalkan sebelum ini, cucunya berkata nenek yang dipanggil ‘siti’ (bahasa Arab) itu menggunakan timun dan ulam-ulaman.
“Siti ada bercerita kepada saya tentang petua yang diamalkan semasa zaman muda dan ada juga yang masih diamalkan sehingga sekarang.
“Semasa muda, siti selalu meletak timun pada muka. Dia juga suka makan ulam-ulaman dan tidak terlalu berpantang ketika makan,” katanya.
Zaiton juga menambah tentang petua itu, di mana dia sentiasa berfikiran positif untuk menenangkan hati dan mengamalkan tidur awal sebelum pukul 10 malam. 
“Sekarang ini, saya hanya berehat di rumah dan kadangkala bercuti dengan keluarga,” ujarnya. -mStar

Tuesday, August 23, 2011

HAMPER COOKIES DARI SUHAN MOVIES



Dah banyak hari Kjee sakit dada, sesak nafas. Walaupun dua minggu lalu, dah buat ECG dan doktor Hospital Selayang (bahagian kecemasan) bagi ubat Nubilizer namun malam tadi berulang kembali. Apapun, Nadia kejarkan semula Kjee ke unit kecemasan apabila dia tengok Kjee dah tak boleh bernafas.

Alhamdullilah hari ni okay sikit. Dada rasa ringan sikit. Dah dua hari tak ke dapur. Nadia beli jer makanan kat pasar juadah. Kalau esok okay, start balik buat cookies.

Dan hari ini, Nadia ke Suhan Movies. Alhamdullilah ada cheque (duit skrip) dan juga ole2 dari Rosyam Noor. Terima kasih.

Cantik kotaknya. Nak bukak sayang tapi nak juga tengok apa ada kat dalam.

Ada dua bekas cookies di dalam - choc chips dan juga popia mini.

Terima kasih daun keladi....Oh lupa lak nak ucapkan Selamat kembali ke tanahair setelah menjalani ibadah  Umrah, di Tanah Suci Mekah kepada Rosyam, isteri serta ahli keluarga.


29 OGOS TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL



KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA

AMY TERKEJUT NABILA FAIL CERAI!



Amy Search
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Nabila Huda
Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.
Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.
Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun. -mStar