Sunday, August 21, 2011

APABILA ALI SETAN TUDUH MELAYU BODOH!

ikon-catatan-odah-150xxx
AGAKNYA memang ini satu trend. Bila sudah berubah, bertobat, mesti belasah kaum sendiri, belasah orang sana sini, kanan kiri, barulah betul. Barulah jiwa tidak kacau, agaknya.
Hari tu, Bob Lokman, kutuk dunia artis yang pernah diinjaknya lepas dia jumpa ‘jalan insaf’. Pada hal dunia itulah yang buat dia Bob Lokman. Bertahun-tahun dia jadi Bob Lokman dengan hasil seni, buat lirik, buat lawak..rasanya kalau dia duduk kedai kopi jual teh serbat saja, tak ada orang kenal siapa dia. Tapi bila dah jumpa jalan, kutuklah industri bagai nak rak. Yang tak betul dia, tapi yang salah dunia seni. Ada ka?
Dan dalam bulan Ramadan yang syahdu lagi mulia ini, tetiba seorang lagi bekas artis kena angin yang serupa. Dalam menyampaikan taskirah di sebuah masjid, ulang, masjid...di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang kelmarin, Azmil Mustafa (aka Ali setan) kutuk orang Melayu. Katanya, orang Melayu bodoh, Orang Melayu tak ada telur. Dan paling tak tahan, kutuk pula pembesar negara sampai ke Yang Dipertuan Agong! ..Dan, Azmil juga mengutuk seorang tua yang menegurnya dengan mengatakan haji dan zakat yang dilakukan orang itu sia-sia saja.

Sejak balik dari Syria ni, dah lagu tu ka?  Isyy, isyhh…
Perkembangan terbaru ini amat mengejutkan. Kita hormat pendiriannya berubah kerana seingat saya, ceritanya dia dulu memang jahat macam setan masa muda. Maklumlah dia lama duduk Amerika. Jadi, bila dia berubah sebagai Muslim sejati, kita bersyukur. Dan bila dia pilih untuk kongsi pengalaman dalam kerja dakwahnya, kita pun yang pernah kenal dia tumpang bangga.
Cuma saya sedikit keliru, apakah yang dilakukan sekarang sebagai berdakwah atau berpolitik? Kenapa pula nak kait soal kerajaan, PM dan Agong dan lebih menyedihkan kenapa jadi begitu kasar sedangkan penyampaian dakwah itu mengikut Islam dan Rasulullah ada tertib, adab dan sopan yang halus mulus, bukan dengan berkasar dan mengutuk dan memaki hamun orang lain.
Apa tujuan kita berubah? Tentunya untuk jadi insan yang lebih baik, lebih menghormati orang lain dan mengasihi bangsa dan saudara seagama. Cara kita biarlah sederhana, kerana ini pun sememangnya dituntut dalam agama kita, bersederhana, bukan over sampai jadi berlebih-lebih pula. 
Sebagai orang yang mengenali Azmil dari  zaman dia berambut anika warna dulu,  saya hanya terkilan jika dia memilih untuk berpolitik daripada berdakwah. Jika dia benar prihatin terhadap orang Melayu, sepatutnya dalam bulan yang penuh rahmat ini, dia bagi taskirah bagaimana orang Melayu patut berjuang dalam saf yang satu, bukan berpecah belah seperti hari ini. Atau kalau betul mahu berdakwah dan sayangkan anak Melayu, kenapa tidak sentuh soal murtad?
Nak kata dia kena rasuk setan, teringat pulak sekarang ni bulan Ramadhan, mana ada setan berligar…setan semua kena rantai. Jadi setan apakah yang telah masuk dalam badan Azmil sampai boleh keluar cakap macam itu dan paling tak sedap ialah bila kutuk org lain yang cuba menegurnya.. setahu saya, kita ni tak baik hina orang lain, apa lagi saudara seagama. Itu sifir hukum biasa yang tok nenek kita ajar. Jadi, apatah lagi bila jadi penceramah aka, pendakwah, dalam masjid pulak tu.

Berdakwah biarlah berhemah, bukan kutuk mengutuk.
Tapi, sebelum itu, buat Azmil, Bob dan artis lain yang sewaktu dengan mereka ini, yang sebenarnya, sebenarnya korang ni nak berdakwah atau nak main berpolitik - AGENDADAILY

4 comments:

  1. saya setuju bila ada pendapat kata ujian orang alim ulamak ini lagi tinggi..saya yakin ini adalah ujian Allah pada dia dan ditangani dengan cara yang tak bijaksana..

    dakwah bukankah perlu dilakukan dengan lembut, tanpa paksaan dan ayat yang elok? itu belum lagi ada kalangan artis yang tiba2 mendapat hidayah "menidakkan" sumber yang pernah mengisi perut seisi keluarga.

    siapa dia mengatakan zakat amal ibadah orang tidak diterima?mungkin dia tak pernah baca kisah zaman nabi yang mana pelacur akhirnya dijanjikan syurga setelah memberi anjing minuman..

    kakjee baca pancaindera tak arini bila mana wartawan tu gunakan statement "mendapat hidayah mengejut"? ini lagi satu ayat dangkal..

    ReplyDelete
  2. - agak nye dia org tahu depa dah konpem masuk syurga!! sbb tu nk kutuk org x agak2...aduhai...

    ReplyDelete
  3. mungkin dah diistilahkan esem..

    ReplyDelete