Friday, August 12, 2011

ASYRAF HAZIQ ROSSLI DAPAT PERHATIAN DUNIA!



Klip video yang memaparkan Mohd Asyraf Haziq Rossli cedera dalam rusuhan di London telah ditonton lebih 2.9 juta orang di seluruh dunia. Ia disenaraikan sebagai video klip ke-7 dunia yang paling banyak ditonton!


Malah, kejadian itu turut dikesali Perdana Menteri Britain David Cameron yang menganggap kejadian itu sebagai simbol ikon keganasan yang tidak sepatutnya berlaku di London.
Beberapa laman page telah diwujudkan dalam Facebook untuk mendapat sokongan ramai terhadap musibah yang menimpa Asyraf. Page "Support for student Mohd Asyraf Haziq, robbed while bleeding", "Let's do Something Nice For Asyraf Hazif" dan Get Well Soon Haziq" mendapat sambutan cukup hangat sejak kejadian itu, Rabu lepas.


Jamie Cowen,  seorang bekas pekerja kebajikan untuk "Save The Children' yang berpusat di London, telah menlancarkan kempen bantuan untuk Asyraf di internet dan setakat ini telah menerima sumbangan hampir RM20,000. Sumbangan masih lagi diterima.


Menurut Cowen, sebuah syarikat pengeluar basikal di Britain akan menyumbangkan sebuah basikal baru kepada Mohd Asyraf. Basikalnya telah dicuri sewaktu kejadian.


Selain itu, Syarikat Perkhimatan Keretapi British telah menderma dua tiket kelas pertama buat Asyraf untuk melancung ke mana sahaja. Manakala sebuah klinik pergigian yang dimiliki Dr Martin Narkisa telah  menawarkan rawatan gigi percuma buat Asyraf!


Seorang rakan Asyraf telah membuat rakaman video Asyraf dari wadnya di Royal London Hospital. Menurut Asyraf, dia sedang mengayuh basikalnya bersama seorang rakan apabila mereka dikerumuni oleh kira-kira 20 orang.


"Mereka bersenjatakan pisau. Yang paling muda rasa2nya masih di sekolah rendah. Mulanya mereka bukan hendak menyerang saya tetapi mereka hanya mahukan basikal saya. 


"Kemudian salah seorang daripada mereka masukkan tangannya dalam poket sweater saya dan mengambil telefon bimbit saya. Selepas itu dia merentap basikal saya. Seterusnya saya tak tahu apa  berlaku. Sedar2 mulut saya berdarah Mungkin saya ditumbuk.


"Mereka kemudiannya pergi dari situ. Orang lain datang membantu. Tetapi mereka bukannya membantu tetapi mengambil barang2 saya dari beg galas saya," kata Asyraf. - TERJEMAHAN DARI AKHBAR THE STAR.


Asyraf telah selamat menjalani pembedahan di rahangnya dan kini dibenarkan pulang ke kediamannya. Ibu, ayahnya serta adik bongsu dalam perjalanan ke London. Urusan perjalanan diuruskan oleh Mara. Pihak Universiti di mana Asyraf menjadi pelajarnya, juga telah menyatakan kesanggupan mereka untuk membawa keluarga Asyraf ke London.


Jom doakan kesejahteraan Asyraf dan semua pelajar2 Malaysia di London!

4 comments:

  1. tanx to youtube..die skarang menjadi star popular..sape taw mungkin lady gaga akn datang berjumpa die..lol

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. ganjaran untuk orang yang sabar dan beriman menghadapi ujian..bulan Ramadhan pula ~tenang dan senyum aje wajah dia..

    ReplyDelete
  3. masa mula2 anis tgok klip ni kat berita, anis sangka dia dibantu. sampailah HB kata, 'bukan dorang tolong tu, tgok dia rembat brg2 dlm beg budak tu.'...kasihan asyraf

    ReplyDelete
  4. semoga menjadi iktibar buat kita semua... Allah bersama orang2 yang sabar... Ameen

    ReplyDelete