Thursday, August 11, 2011

AWAS ORANG GILA SIMBAH ASID KEMBALI MENGGANAS!

Beberapa hari lepas, kawan Kjee Wan Noor Rizan menelefon untuk beritahu sahabatnya Datin Ramziela, (penyanyi satu ketika dulu) menerima musibah apabila anak saudaranya (lelaki) disimbah asid berhampiran Stesyen LRT Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lalu.

Menurut Wan Noor Rizan, umur mangsa sekitar awal 20-an. Ketika kejadian itu, kawasan itu sesak dengan pengunjung,

"Dia ke tandas awam DBKL dekat stesyen LRT, berhampiran Quality Hotel dan belakang Sogo. Kawan dia hendak buang air kecik so dia tunggu dalam kereta. Kawan dia yang memandu. Tiba2 pintu kereta dibuka. Bila dia toleh, terus dia disimbah asid!"

Ini text dari Datin Ramzila kepada Wan Noor Rizan.

"Hancur luluh hari ini, sedih dan sebak masa melawat my nepehew yang kena simbah asid di mukanya. Kini dia di ICU HKL. Dia kelihatan tak bermaya. Sambil menangis, ku genggam tangannya yang berbalut serta mukanya berbalut mask.

Kenapalah ada manusia berhati haiwan dan tak bertamaddun? Sanggup memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain! Bagaimana dia hendak menempuh hari mendatang...dan juga Hari Raya yang bakal tiba?"

Hati2lah semua. Haiwan bertopeng manusia ini tidak mengenal mangsa!! Walaupun di tempat awam, mereka sanggup melakukan perbuatan keji ini!!.

Semoga keluarga adik yang malangnya ini tabah menerima dugaan Allah swt.


2 comments:

  1. masya-ALLAH, kenapalah ada org yg tak berhati perut macam tu ya... tak pasal2 nak menghancurkan kehidupan org lain.. sgt simpati dgn mangsa asid itu, semoga dia tabah menghadapi dugaan..

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah...kejamnye.adakah sipelaku tersebut tidak punya perasaan.fikirlah nasib mangsa2 asid yg terpaksa menghadapi masa depan yg gelap.

    ReplyDelete