Monday, August 1, 2011
Home »
kisah2 close to my heart
» AZAM DI BULAN RAMADHAN
AZAM DI BULAN RAMADHAN
Assalamulaikum,
Pelik ke bunyinya? Kenapa tak boleh perbaharui azam yang dibuat bulan Ramadhan tahun lepas tapi masih belum tercapai? Macam2 Kjee dengar kengkawan berazam tahun ni.
Hari tu ada member kata dia berazam untuk cuba menyesuaikan diri menggunakan tudung sepanjang Ramadhan. Lepas tu? Kjee soal balik. Dia ketawa berdekah2.
Memang sukar bagi yang dah tegar tak bertudung untuk mengenakan tudung. Tapi Kjee tak nak komen banyak2. Buat je lah apa yang kita rasa elok untuk diri sendiri. Siapa kita untuk menentukan dosa dan pahala.
Untuk bulan puasa ni, Kjee berazam nak kurangkan sikit celoteh kat blog ni. Demi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini. Dan demi menghormati kawan2. Yalah korang asyik lalai jer baca blog kjee, nanti lupa pulak ibadah lain. Ada yang kata baca tulisan Kjee melalaikan. Ya ker? Ampun dan Maaf dipinta.
Pastu hanya nak upload gambar2 makanan selepas waktu berbuka. Tak nak cari dosa sekiranya korang meleleh air liur kalau tengok masa berpuasa.
Lagi apa hah? Oh ya, tak nak gossip2 atau jaga tepi kain artis.
Harap2 artis2 tanahair tak bagi ruang kepada wartawan dan wartawan pencen macam Kjee ni menulis yang bukan2. Hidup sebagai anak seni memang jadi perhatian semua. Kalau berlakon di bulan puasa dan tak puasa samada uzur atau sengajakan diuzurkan, janganlah tayang kat semua orang yang korang tak puasa. Kalau tak hormat orang sekeliling, tolong hormat Allah yang Maha Esa.
Apa lagi? Hmmm...setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan, Kjee banyak diuji Allah Swt. Tahun lepas, ketika berpuasa pada hari ke-13, Kjee cukup2 diuji. Sehinggakan goncang iman! Astaghfirullahalazim. Biarlah ia menjadi rahsia Kjee dan keluarga. Harap2 tahun ini, Kjee dikecualikanNya daripada ujian sebegitu besar. Berlinang airmata mengenangkannya.
Cukuplah...dah mula pulak nak ke bab merapu.
Oh ya sebelum itu, Kjee ingin memaklumkan bahawa Kjee ni cukup jahil bab2 Agama. Entry Kjee sebelum ini dikatakan hadis palsu. Manalah Kjee nak tahu. Niat Kjee hanya satu iaitu untuk memberi info mengenai Fadhilat Terawikh. Kjee pun surf internet cari bahan untuk menyenangkan kawan2. Kalau terkena hadis palsu, Kjee merasa cukup ralat dan terkilan. Itu sahaja. Cuba bukak link ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Tingkatkah ibadat di bulan puasa ini. Kjee berazam...iyshhh tak payah cakaplah. Malu kalau tak tercapai. Biarlah azam Kjee hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Walaikumsalam.
0 comments:
Post a Comment