Friday, August 19, 2011

BANANA MUFFIN + CHOC CHIPS PART 2



 Hari itu Kjee buat muffins pisang buat pertama kali dalam sejarah hidup. Hehehe. Macamlah dasyat sangat kan? Tapi oleh kerana tak tau mana Nadia letak baking soda, maka terjadilah muffin yang kureng naik. Naik tu naiklah tapi taklah gebu sangat.

Pastu Muffin Queen Izah tinggalkan komen. Dia kata mesti letak baking soda kalau tidak, tak gebu. Oh ya ker? Manalah nak tau kan? Selalu Kjee main bedal je bila pergi ke Kenny Rogers.

Hari ni Kjee buat untuk kali kedua. Unclepali tanya boleh jadi ke? Wallahualam. Kalau tak jadi jugak, alamatnya give up terus. Tak buat lagilah!

Jeng jeng jeng...baru jer keluar oven. Mak oi gebunya macam body si tukang buat. Unclepali tadi tanya kalau lebih lebih baking soda, jadi apa? Isyhh soalan untuk kanak2 tadika. Jadi macam isteri awak lah. Terus Unclepali keluar dari dapur. Hehehe jahat Kjee mengusik dia puasa2 ni kan?

Jom kita tengok resipi yang Kjee ambil dari Izah Muffin Lover. Jangan marah Izah, Kjee usik Izah Muffin Queen.

Kjee buat mafin Izah yang Sure No fail atau gerenti jadi. Jom tengok resipinya. Tadi nampak choc chips ada dalam segenggam, Kjee pun campakkah ke dalam batter. Pastu Kjee guna soft brown sugar atau gula perang.

BAHAN2:

1¼ cawan tepung gandum
¾ sudu kecik baking soda
¼ sudu kecik baking powder
secubit garam
2 biji telor size B
½ cawan minyak jagung
½ cawan gula perang
sedikit vanilla
1 cawan pisang lecek

CARA:

Panaskan oven selama 20 minit.
Lecek pisang dan sukat.
Ayak tepung, soda dan baking powder serta garam.
Telor, minyak, gula dan vanilla disatukan dan dipukul hingga kembang. Kjee guna whisk.
Pastu masukkan pisang lecek, kacau hingga rata. Pastu masukkan tepung yang Kjee dah campurkan dengan choc chips ke dalam batter. Kacau perlahan2 hingga sebati.
Kaup ke dalam muffin cups. Kjee guna yang keras.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180. Jadi 8 biji...jadilah. Hehehe

Tadi nak guna paper cups yang Kjee beli kat Ikea hari tu tapi sedihnya tak jumpa muffin tray. Maid Kjee dulu campak dalam setor gamaknya. So guna jerlah muffin cups sama yang Kjee beli kat Bagus hari tu.


Related Posts:

  • BANANA MUFFIN + CHOC CHIPS PART 2  Hari itu Kjee buat muffins pisang buat pertama kali dalam sejarah hidup. Hehehe. Macamlah dasyat sangat kan? Tapi oleh kerana tak tau mana Nadia letak baking soda, maka terjadilah muffin yang kureng naik. Naik tu naik… Read More
  • WAJAH BARU RAMEKINS DAN ACUAN ROTI JALA Stok baru Ramekins dan Botol Acuan Roti Jala kini dalam wajah baru. Stok ramekins kini hanya dijual dalam saiz 3.5 inci atau saiz M. Kalau dulu saiz 3.5 inci tingginya 4.5 cm, stok yang baru sampai didatangkan dengan ket… Read More
  • MUFFIN JEM RASBERI RESIPI CHE MAT GEBU Masa belum masuk oven dan belum bubuh jem Akhirnya, Kjee merajinkan jugak diri ke dapur untuk buat muffin rasberi macam yang Che Mat Gebu buat ari tu. Memang lama dah teringin nak buat sebab Kjee ada jem yang diberikan … Read More
  • MUFFIN PISANG EMAS Ini kali pertama Kjee buat muffins setelah asyik drooling jer bila lihat pakar2 seperti Che Mat Gebu, MamaFaMi, Dr Ina dan juga kengkawan yang lain buat. Kali ni Kjee cuba buat resipi Muffin Queen Izah Daut. Kjee pilih re… Read More
  • EGGLESS RED DEVIL CUPCAKES My red devil cuppies. Nadia cukup excited apabila Kjee kata nak buat Red Devil cup cakes. Dia peminat setia Manchester United. Kjee buat cuppies ni hari tu sebelum Kjee kurang sihat. Kenapa Red Devils? Hmmm sebab Kj… Read More

4 comments: