Ketengahkan Pelbagai Masakan Malaysia
PETALING JAYA: Jika anda penggemar makanan tempatan, dokumentari yang mengetengahkan makanan-makanan Malaysia, Best In The World akan disiarkan di 8TV, setiap Khamis, pukul 9.30 malam.
Pengacara yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ Razif Hashim, akan mengendalikan program sebanyak 13 episod ini dimana dia akan mengembara dan merasai keenakan makanan-makanan tempatan.
Malah, Razif juga akan berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.
Menampilkan tema yang berbeza setiap minggu, antara episod yang wajib ditonton ialah Rice Spice, yang memaparkan pelbagai hidangan yang mengandungi nasi dalam setiap juadah yang disediakan dan Oodles Of Noodles, dimana ia merupakan sajian pelbagai jenis mee yang lazat.
Selain itu, episod Chili Fever dan Food From The Root juga pasti menarik perhatian penonton yang menyaksikannya.
Menurut Pengurus Besar 8TV dan ntv7, Airin Ainul, Best In The World turut memaparkan segmen khas iaitu Special Tips Segment, yang memaparkan tips-tips memasak, makan serta cara pemakaian sebelum menikmati sesuatu juadah.
"Saya percaya tips-tips yang diberikan sangat berguna buat penonton dan saya percaya ia juga boleh dipraktikkan di rumah atau di mana-mana sahaja kita berada.
"Menyaksikan program ini, ada beberapa makanan yang dipaparkan dilihat begitu ringkas dan biasa tetapi dengan adanya Razif, dia akan membuatkan makanan tersebut menjadi lebih menarik," katanya.
Dalam pada itu, program ini juga menampilkan beberapa tetamu undangan untuk berkongsi pendapat dan citarasa mereka dengan khalayak," katanya.
Bagi yang tidak berkesempatan menonton di televisyen, layari laman web 8TV di www.8tv.com.my atau www.tonton.com.my.
Kini program-program kegemaran juga boleh ditonton menerusi telefon bimbit dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my. - mstar online
0 comments:
Post a Comment