Thursday, August 25, 2011

BISKUT ARAB AIRTANGAN JAWA





 Inilah dia Biskut Arab versi Kjee. Main hentam2 saja setiap tahun buat tapi tahun ni first time buat sambil sukat sebab nak share resipi ngan korang!

Mula2 Kjee naklah buat ala suji crystal yang melekat tiga warna tetapi kesihatan tak mengizinkan. So Kjee taram je buat bola2 satu warna. Kali ni Unclepali dan Nadia tolong sama gentel! Sekejap je siap satu balang kaca!

Ni dah letih sesangat. Tangan kiri dah cramp tak boleh angkat. So tak nak bebel banyak2. Kalau korang sudi, cubalah. Kalau tak, Kjee tak report polis punya! Anyway, korang jangan risau tengok besar gedabak gambar2 tu. Sebenarnya kecik jer tapi Kjee zoom sampai maximum. Itulah nampak besar giler. Sekali ngap je tu.

BAHAN2:

300 gms minyak sapi
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor (gula halus)
½ cawan gula ising
pewarna

CARA:

Minyak sapi dikacau bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak hingga menjadi doh. Seandainya terlalu lembik, adjustlah sikit dengan bubuh tepung gandum. Tapi jangan berani2 sangat. Bubuh sikit2 dulu sehingga boleh dibulatkan tanpa pecah. Bubuhlah pewarna ikut suka. Ini kali pertama Kjee bubuh warna. Besarnya macam guli kaca kecik. Pastu bakarlah dalam suku 170 selama 15 minit. Sejukkan betul2 baru disimpan dalam bekas kedap udara.


Related Posts:

  • ORDER BISKUT RAYA SEBELUM TARIKH AKHIR Hari terakhir Kjee ambil order biskut Raya, untuk diambil seminggu sebelum Hari Raya,  ialah pada hari Jumaat 5 Julai 2013. Order selepas itu, akan hanya dapat diambil selepas Hari Raya. Senarai biskut seperti diba… Read More
  • ACUAN PIE TEE DAN PENYEPIT PASTRI Acuan Pie Tee dan penyepit pastri tart nenas. Stok terhad. Sesiapa berminat, sila sms Kjee di 0126780501. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; inn… Read More
  • TART NENAS NYONYA LAGI!!! Inilah tart nenas terbaru buat tahun 2012. Tak sabar nak tunggu Raya lagi dua bulan. Hehehe. Actually Kjee buat untuk beri kepada seorang sahabat istimewa. Sahabat yang beri Kjee handphone Samsung Galaxy S Advance hari tu… Read More
  • TERIMA KASIH SUDI CUBA TRY TEST RESIPI KJEE resipi klik sini   Sejak akhir2 ni, Kjee happy sangat apabila singgah kat blog kengkawan atau di FB, page masakan Sembangresipi atau kat page Blogger Masakan dan nampak ramai cuba, try test masakan yang pernah Kje… Read More
  • ORDER FASA KEDUA BISKUT RAYA ITA'S DELIGHT Tempahan fasa kedua biskut Raya Ita's Design adalah pada minggu kedua Puasa. Mereka yang tinggal sekitar Lembah Kelang dan berhajat mendapatkannya, sila sms 0126780501. Untuk senarai biskut Raya, sila klik sini&… Read More

3 comments:

  1. Kjee dear... suji traffic light eh? So cute! Kita salin resepi ye... salin je dulu... :D Thank you share ye...

    Wahhh cantiklah header baru Kjee!

    ReplyDelete
  2. Amboi Kak Jee,sesuai betul dg nama biskut tu..dr biskut suji krystal k biskut arab air tangan jawa...ni orang jawa k yg buat? hehe..

    ReplyDelete
  3. jeragang cadangkan kjee namakan BARAJ

    ReplyDelete