Thursday, August 25, 2011
BISKUT DAHLIA
Kjee sebenarnya plan nak buat biskut Bunga Cina. Tapi malam tadi intai2 blog Che Mat Gebu, tiba2 teringin pulak macam nak buat biskut Bunga Dahlia resipi beliau. So, Kjee suruhlah Nadia beli tepung kastad.
Kjee buat 1½ bancuh. Hmm sepatutnya buat dua bancuh tapi takut tak larat. Lagipun lepas ni nak buat biskut Arab pulak.
Kjee ikut sebiji cara Mat Gebu. Tak bancuh sampai kembang. Ala2 sebati je gitu. Tadi apabila jadi doh, Kjee tak sedap hati. So Kjee tambah sedikit demi sedikit tepung gandum (ada dalam kira2 10 gms) sehingga doh itu menjadi elok untuk dibentuk.
Kjee guna acuan seperti dalam gambar sebab Kjee tak ada acuan semperit. Sama lah jadinya. Sebelum Kjee tekan adunan tadi guna acuan, Kjee suruh Nadia panaskan oven elektrik untuk test sejauh mana biskut ni mengembang,
15 minit kemudian, Kjee barulah puas hati apabila dapat apa yang Kjee nak. Kebetulan pagi ni, Kjee ada part time maid mengemas rumah. Dia cuti puasa dan dia jadi Kjee pun tukang test dan rasa kuih. Dia kata sedap banget Kjee. So Kjee pun teruslah buat sampai habis. Nadia tukang bubuh ceri. Dua warna nampak lawa jugak kan?
Jom kita intai resipi.
BAHAN2NYA:
300 gms butter (Kjee guna Anchor)
160 gms gula ising
2 kuning telor
sedikit esen vanilla
240 gms tepung gandum
100 gms tepung jagung
160 gms tepung kastad
ceri merah dan hijau
CARA:
Butter diletak pada suhu bilik. Apabila sudah lembut, dikacau hingga sebati dengan gula ising. Jangan pukul hingga kembang sebab itu akan buat bentuk kuih nanti melepek. Pastu masukkan kuning telor dan esen vanilla. Kacau hingga semua bahan2 bersatu dan rata.
Kemudian masukkan tepung2 yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Seandainya doh terlalu lembik, bubuh sedikit tepung hingga menjadi doh yang elok untuk ditekan menjadi bunga dahlia.
Hias dengan ceri ataupun kismis.
Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah selama 20 minit atau sampai biskut cukup masak.
Ini kali pertama Kjee buat Biskut Bunga Dahlia. Dan Kjee tiada apa masalah dengan biskut yang kelopaknya melepek dan sebagainya. Ikut je panduan sifu CMG, Insya Allah menjadi. Terima Kasih CMG! Lu memang hebat!!
TERKINI:
Dah rasa selepas berbuka puasa tadi. Sedap sangat2!!!
sedapnyer kak jee....
ReplyDeleteAs Salam Kak Jee.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Harapan Oeya membaca post berkenaan biskut2 raya dari Kak Jee tertunai juga. Moga Kak Jee bertambah sihat ya :)
menawan la bunga tu K.Gee...rajinnya letak dua warna ceri..
ReplyDeletewoh..sedapnye!
ReplyDeletemesti cair dalam mulut ni :-)
ReplyDeletebila la saya nak mula buat kueh lagi..last buat kueh zaman saya skolah menengah dulu..sejak kawen tak penah buat kueh lagi
salam kak jee...cutelah letak ceri ijau/merah mcm tu....
ReplyDeletekak jee, saya dtg melawat dari blog mazidul sidik! bestnya biskut samperit nih..memang favourite saya.
ReplyDeletesalam kak Gee, saya minta halal resepi dan foto. share. jika tak bagi mohon jawab ye kak
ReplyDelete