Wednesday, August 17, 2011

CHEF WAN TIDAK MAHU NAZRI TERBURU-BURU NIKAH



Chef Wan
PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.
Chef Wan berkata, untuk mengahwini seseorang bukan seperti menukar baju, sebaliknya anaknya itu perlulah mengenali hati budi seseorang wanita terlebih dahulu.
“Sebagai ayah saya hanya boleh menasihati dia supaya memilih pasangan yang tepat untuk masa depan rumah tangganya dan tidak tergopoh gapah untuk berkahwin semata-mata menurut kehendak hati,” katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari New Zealand, di sini, Selasa.
Chef Wan berada di negara itu sebagai duta makanan mewakili Malaysia di Wellington on the Plate Food Festival, Auckland.
Riz bersama Ana Dahlia
Beliau diminta mengulas mengenai pengakuan Nadzri atau Chef Riz yang mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Ana Dahlia.
Riz turut berkata dia sedang memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah soal berumah tangga.
Chef Wan memberitahu Riz perlu mengambil masa untuk mengenali diri Ana Dahlia sepenuhnya termasuklah keluarga pelakon wanita itu.
“Saya nasihat agar mereka tidak terburu-buru (untuk berkahwin) dan perlu mengambil masa untuk mengenali hati budi dan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Mencari pasangan tidak hanya memandang kepada paras rupa tetapi juga hati budi seseorang itu yang akan kekal selamanya,” jelasnya. - mStar Online

Related Posts:

  • Bantahan Dalam FB Terhadap Ikhwan Global Sdn BhdKelab Taat Suami yang dipelopori oleh Global Ikhwan Sdn Bhd yang mendakwa mempunyai rangkaian di negara2 seperti Indonesia, Thailand, Australia, Singapura, Timur Tengah dan juga Eropah, hari ini mendapat tentangan dari satu k… Read More
  • Follow-Up Lagi Pasal Gambit  Tak habis2 lagi pasal artis sorang ni lah. Kjee copy paste untuk tatapan semua dari mStar Online.Seniman Tegur Gambit, Jangan Malukan Negara Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Harun Salim BachikPETALING JAY… Read More
  • 240. KD dengan bangganya mengaku....KJEE COPY PASTE DARI KOSMO ON LINE  Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulanDaripada SAHARUDIN MUSTHAFA sahar_musthafa@yahoo.com KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu. JAKARTA – Peny… Read More
  • Yuran Astro Naik Lagi, Iklan Makin Bertambah!! ehsan google Perhatikan dua2 berita ini. Satu dari Kosmo dan satu theStar Online. Kosmo kata Astro Selaras Pakej, Star kata 'cost more'. Jadi mana satu nak percaya? Yang Kjee rasa lebih tepat  yang 'cost more' bukan y… Read More
  • Gambit 'Hanjingkan' Bloggers Senario biasa ker ini? Sedih sangat Kjee apabila intai ke beberapa blog tadi dan membaca cerita bagaimana beberapa blogger hiburan di'hanjingkan' oleh Gambit. Dia tidak puas hati dengan penulisan beberapa blogger yang m… Read More

1 comment:

  1. Chef Wan....berhati-hati memilih pasangan hidup anaknya....Ya la...siapa tak nak anak hidup bahagiakan!!!!

    ReplyDelete