Sunday, August 21, 2011

GERMAN COOKIES MADE IN MALAYSIA


Hari ini Kjee buat German cookies. Resipi asalnya dari RIMA. Terima kasih. Ramai dah cuba resipi ini. Tapi daripada banyak2 'test kitchen' yang Kjee intai, Kjee cukup teruja melihat blog Kurniaanmu. Ditaburkannya sedikit gula kastor yang telah dicampur sikit pewarna. Memang nampak ada kelainan. I like!!

So hari ini Kjee mula lah buat persiapan. Mula2 Kjee buat dua adunan sebab RIMA tak sebut pun 1 adunan jadi berapa biji. Tapi selepas dua tray masuk oven, Kjee bancuh dua lagi adunan. Tamak lah pulak! Hehehe

Masa Kjee tengah buat doh, rasa pelik sebab lembik sangat. Kjee semak balik resipi. Manalah tahu Nadia silap timbang dan sukat. Isyhhh betullah. Pastu Kjee kembali ke PC. Godek sana godek sini cari resipi yang rakan2 dah buat.

Kemudian Kjee jumpa cookies ini yang Azlita buat. Ita kata doh ini memang lembut dan kena simpan dalam peti ais lebih kurang 20 minit! Ohhh ya ker? So Kjee pun masukkan doh itu ke dalam dua zip lock bags dan bubuh dalam fridge.

Itu jer lah. Buat dia senang. Gentel2, bulatkan dan tekan dengan hujung garfu yang telah dicelupkan dulu dalam air supaya tak mlekat pada doh. Kjee bubuh gula kastor yang dicampur pewarna merah ikut macam Ika buat. Klik sini. 

Dia buat lawa. Kjee buat asal jadi jer. Hehehe.

GERMAN COOKIES

BAHAN2:

125 gms butter
40 gms gula ising (Kjee guna 30 gms sahaja)
125 gms tepung kentang (starch potato)
80 gms tepung superfine (tepung gandum pun boleh)

CARA:

Mentega dan gula ising dikacau hingga ringan. Masukkan dua2 tepung yang telah diayak. Uli guna spatula hingga sebati. Dohnya lembut sangat. Simpan dalam plastik dalam peti ais lebih kurang 20 minit. Kemudian baru gentel.

Bakar dalam suhu 170 darjah selama 15 minit.

Kjee tabur gula kastor yang diwarnakan dibahagian atas (tempat lorekan garfu) sebaik sahaja keluar dari oven. Ika nasihatkan demikian sebab kalau tidak susah gula tu nak melekat!

NOTA:
KJEE DAH RASA LEPAS BERBUKA TADI. MEMANG RAPUH DAN SEDAP SANGAT. BAGAIMANAPUN, KALAU ADA YANG NAK BUAT, JANGAN BUAT TERLALU BESAR. CUKUP BESAR GULI KACA KECIK TU. MESTI SEKALI NGAP JER MASUK MULUT.SEBAB IA RAPUH DAN TERUS PECAH DALAM MULUT.

14 comments:

  1. Kjee saya pun buat tapi saya letak cokelat emulco hehehehehe

    ReplyDelete
  2. memang teringin nak buat..tapi asyik terlupa je nak beli tepung kentang tu.....

    ReplyDelete
  3. nampak sedap n menarik la german cookies ni kakjee.

    ReplyDelete
  4. kjee .. ain pon dh buat jugak. kalu x mau meronta tgk biskut akak ni. pon tiru style ika, tabur gula. mmg melt in d mouth kan. best!

    ReplyDelete
  5. Salam, saya baru buat pagi tadi, buka puasa tadi setengah balang udah lesap, Esok kena buat lagi,,,memang sedap gebus and lembut...SELAMAT HARI RAYA.

    ReplyDelete
  6. Emmm..teringin nak buta biskut ni.... nmpk best je...

    ReplyDelete
  7. As Salam K'Jee.
    Wah! Biskut lagi.. best!

    ReplyDelete
  8. nampak cam senang dan penting nampak sedap :-)
    bila la nak cube ni

    ReplyDelete
  9. Salam kjee...satu adunan resepi tu berapa kuantiti akk boleh dapat?

    ReplyDelete
  10. tak kira pulak tapi Kjee buat 4 adun atau 2 ketul butter (1 ketul 125gms) dapatlah 1 balang setengah.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Kjee, jumee dah cuba buat bikut ni... cuba tgk kat link ni..okay tak? saje je nak tunjuk kat Sifu...

    ReplyDelete
  13. Alamak..tadi nak bg link..terlupa pulak...hehehe

    http://jumeezaila.blogspot.com/2011/08/german-cookies-k-biskut-3-benua.html

    ReplyDelete