Peniaga bazar Ramadan sekitar Kuching dakwa bekalan terhad
KUCHING: Harga ikan terubuk panggang di Bazar Ramadan sekitar bandar raya ini, naik lagi tahun ini dan mencecah sehingga RM48 seekor, berbanding harga maksimum RM35 seekor pada bulan puasa tahun lalu.
Namun, harga minimum setiap terubuk panggang bagaimanapun masih kekal RM15, cuma dari segi saiznya pada tahun ini, ia lebih kecil berbanding tahun lalu.
Peniaga mengakui kenaikan harga jualan ikan terubuk panggang di bazar Ramadan sekitar Kuching tidak dapat dielakkan, berikutan harga basahnya yang tinggi ketika ini, selain bekalan ikan yang terhad.
Tahun lalu, harga ikan terubuk panggang cuma antara RM15 hingga RM35 dan pada 2009 harganya antara RM10 hingga RM28 seekor.
Di bazar Ramadan tahun ini, terubuk panggang boleh dibeli dengan harga RM15 tanpa telur, berbanding RM48 bagi terubuk ada telur.
Peniaga Bazar Ramadan Satok, Awang Jamhari Awang Morshidi, 53, berkata harga terubuk tempatan berbeza dengan yang diimport dengan ia tidak boleh dijangka kerana bergantung sepenuhnya kepada bekalan.
Katanya, pernah sekali Ramadan jatuh ketika musim penangkapan ikan terubuk menyebabkan harga terubuk panggang jatuh antara RM6 hingga RM15, namun harganya kini sudah jauh berbeza.
"Harga ikan terubuk mahal ketika ini kerana musim menangkap ikan berkenaan di perairan Sarawak adalah sekitar Februari hingga April dengan tidak banyak nelayan mampu menangkap ikan terubuk dalam jumlah yang banyak.
“Disebabkan itu, harga jualan kami tahun ini terpaksa dinaikkan antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun lalu kerana kami terpaksa membeli ikan daripada orang tengah dengan harga yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui Berita Harian di Bazar Ramadan Satok.
Difahamkan, selain faktor tangkapan yang terhad, harga terubuk basah dikatakan naik mendadak berikutan nelayan terpaksa menanggung kos ke laut yang lebih tinggi selepas mereka didakwa berhadapan masalah bekalan diesel subsidi.
Awang Jamhari berkata, dia tidak berani memanggang terubuk dalam jumlah yang banyak berbanding tahun sebelumnya kerana bimbang orang ramai merungut selepas mengetahui perubahan harga.
"Berbanding tahun lalu di mana kami memanggang 300 hingga 350 ikan terubuk sehari, tetapi tahun ini kami hanya berani memanggang kira-kira 200 ekor dengan proses menyediakan ikan bermula sejak jam 10 pagi lagi.
"Bagaimanapun, sambutan pembeli setakat ini sangat baik dengan mereka faham bahawa harga kebanyakan harga barangan sudah naik," katanya.

0 comments:
Post a Comment