Monday, August 8, 2011
Home »
Menu Puasa
» HIDANGAN BERBUKA 8 OGOS
HIDANGAN BERBUKA 8 OGOS
Entry siang tadi Kjee bubuh menu yang Kjee cadangkan untuk berbuka. Hah ini dia rezeki kami tiga beranak tadi. Asam pedas ikan sembilang, toge+kucai+tahu goreng bilis, ikan kering goreng, telor asin, sagu gula melaka dan jus asam boi limau kasturi. Hmm meriah jugak yer.
Asam pedas ikan sembilang hari ni tak ada kawannya (terung atau bendi) sebab tak ada stok. Ingatkan ada terung tadi. Pastu Kjee terfikir kalau ada tahu sedap juga kan dikawankan dengan toge dan kuchai. Tadi masa Unclepali gi jemput Nadia balik Uni, Kjee kirim dia suruh beli.
Apabila makan sayur tu tadi teringat arwah mak. Itu antara sayur yang kerap kali dia masak. Kjee tumis jee bawang putih, campakkan bilis, Bbila bilis dah garing masukkan tahu yang dipotong kecik2 dan jugak 1 kiub bilis knorrs. Pastu masukkan kucai, goreng seketika, pastu campakkan jugak cili merah hiris dan sedikit fish sos. Bila kucai dah elok masak campakkan toge dan padam api.
Resipi asam pedas di sini. Resipi sagu gula melaka pulak di sini.
Related Posts:
IDEA BERBUKA DENGAN NASI BERPERISA Salam Nuzul Quran. Ada beberapa negeri yang bercuti hari ini. Di Kuala Lumpur, walaupun tidak bercuti, namun kawasan2 tumpuan membeli belah sarat barat dengan pengunjung. Jalan menjadi sesak dan Kjee langsung… Read More
HARI INI IDEA MASAK WESTERN FOOD LAAA Dah penat cari idea untuk berbuka? Well, apa kata hari ini kita plan masak ala Western. Mudah disediakan, cepat masak dan sedap dimakan. Tak sedap dibuang. Sebenarnya, kalau kita masak sendiri makanan Barat popular sepe… Read More
CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More
IDEA PASTA DAH SPAGHETTI UNTUK BUKA PUASA Apa kata kalau kita makan pasta pulak hari ini. Jangan terkejut kalau ada Laksa Johor pulak yer. Laksa Johor memang menggunakan spaghetti. Kjee pernah jugak tengok orang buat Laksa Johor guna mi kuning. Tapi da… Read More
ROTI BOOM YANG KEBAHBOOOM UNTUK SAHUR Kita hampir masuk minggu ketiga di bulan Ramadhan. Biasanya dari hari pertama hingga minggu kedua, memang rancak kita bangun sahur. Anak2 yang baru belajar puasa pun tak sabar nak dikejutkan sahur. Bagaimanapun, samp… Read More
ya allah kjee! sama la kita pun buat sagu gula melaka semalam...mmg suka sangat tau dgn dessert ni, kita pakai dark brown sugar je kjee sbb sayang gula melaka tiggal seketui...hehe...
ReplyDeletenasib baik raya ni balik kampung so boleh la beli top up apa yg patut byk2 nanti bwk balik aberdeen
selamat berpuasa kjee =)