Friday, August 19, 2011

ISTERI FEDTRI YAHYA KEGUGURAN

Oleh KEMALIA OTHMAN
mStar Online
PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.
Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.
Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.
“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.
“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.
Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.
“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.
“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya.
Tambah Fedtri selepas kejadian tersebut, dia beberapa hari menjaga isterinya di rumah.
“Saya tidak cuti tapi saya kerap pulang ke rumah untuk menjenguk dan masak untuk dia.
“Itu juga pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini saya hanya jaga diri sendiri tetapi kini ada tanggungjawab menjaga orang lain pula,” katanya.
Dalam pada itu, bercerita kehidupan selepas berumah tangga, Fedtri mengakui dia lebih bahagia dan sering menghabiskan masa di rumah.
“Kehidupan saya hanya di pejabat dan rumah, jika tiada kerja saya duduk saja di rumah. Isteri saya seorang yang rajin memasak dan saya pula pemakan,” ujarnya berseloroh.

Related Posts:

  • PELAJAR KITA CEDERA DAN KENA ROMPAK DI LONDON!! Korang tengok video klip ni tadi kat Buletin Utama TV3 tak? Hampeh betul Mat Salleh dan Nigger. Budak tu baru balik dari beli makanan untuk berbuka. Kalau tak silap Kjee, nama dia Ashraf. Hari ni dia menjalani pembedahan di … Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 9 OGOS 17 aduan peniaga naik harga makanan di bazar RamadanKUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebanyak 17 aduan diterima oleh persatuan-persatuan pengguna mengenai tindakan peniaga menaikkan harga kuih-muih dan lauk-pauk di bazar Ramadan s… Read More
  • Menteri Sahkan Pelajar Tajaan MARA Cedera Dalam Rusuhan London BANGI: Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu malam semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Sha… Read More
  • MOHD ASYRAF RAZIQ ROSLI STABIL DI LONDON Pelajar M'sia Yang Diserang Di London Dalam Keadaan Stabil; Laman Web Diwujudkan Sebagai Sokongan MoralPETALING JAYA: Pelajar tajaan MARA, Mohd Asyraf Raziq Rosli yang cedera diserang oleh sekumpulan perusuh di London p… Read More
  • Perkahwinan Noraniza Idris Bakal Diadakan Besar-Besaran Oleh SITI AZIRA ABD AZIZKUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, secara besar-besaran pada 29 September ini.Majlis yang berlangsung pada pukul 12 t… Read More

2 comments:

  1. sabarlah fedtri..belum rezeki.. kami doakan semoga kamu cepat menimang cahaya mata. jaga wife bebaik ye!

    ReplyDelete
  2. Minat Fetri ni.. Lembut bahasa dia..
    Moga diberi kekuatan Fetri dan isteri..

    ReplyDelete