Thursday, August 11, 2011

KISAH KAWANKU YANG MENYENTUH PERASAAN

Gadis2 Islam di Negeri China - ehsan google
 Semalam Kjee pergi ke rumah seorang kenalan lelaki bersama Nadia. Seorang mualaf. Chinese Muslim. Kjee dah lupa berapa lama dia memeluk Agama Islam. Tapi kalau tidak silap, dia pernah bagi tahu, hampir 15 tahun! Kjee tak mintak izin dia untuk menulis so Kjee panggil dia A sahaja.

A, anak tunggal. Dia seorang ahli perniagaan. Ibunya yang sudah uzur tinggal bersamanya. Tetapi ibunya masih belum Islam. Apapun, ibunya menghormati anaknya seorang Islam dan tidak pernah melakukan apa2 mahupun menjamah makanan yang diharamkan oleh orang Islam baik di rumah atau di luar.


Malah, kalau tiba perayaan Tahun Baru Cina, A dan ibunya tetap pergi ke rumah saudara mara mereka. Tetapi A kata dia tidak pernah menjamah makanan mereka. Hanya minum air sebagai tanda hormat.


Semalam kali pertama Kjee ke rumah A sebab ada urusan yang membabitkan Nadia. Di pintu masuk rumah A, digantung frame ayat2 suci. Dan masuk sahaja ke dalam rumah, banyak lagi frame ayat2 suci di dinding dan atas meja. Langsung tidak menunjukkan bahawa rumah ini bukan rumah orang Melayu!

Mereka juga tidak ketinggalan ke Tanah Suci - ehsan google
Kjee ada ramai kawan2 mualaf tetapi Kjee tak tahu mengapa hati Kjee tersentuh apabila mengenali A kira-kira 4 tahun lalu. Dia datang ke gerai Kjee meniaga dengan penuh hormat memberi salam. Dia kata dia kawan seorang kenalan Kjee dan sejak itu, setiap hari A akan datang ke gerai Kjee baik sebelum pergi ke pejabat mahupun selepas kembali.

Malah, anak yang taat dan soleh ini tidak pernah lupa bungkuskan makanan dari gerai Kjee buat ibu kesayangannya di rumah.

Kjee tulis entry ini untuk menyedarkan diri Kjee dan juga kengkawan mengenai keikhlasan A memeluk Agama Islam. Dia tidak pernah tinggal solat wajib, tidak pernah tinggal puasa (walaupun uzur) dan tidak pernah tinggalkan solat Terawih sejak menganut Agama Islam!

Malah, A sengaja membeli sebuah rumah lain daripada yang dia tinggal dulu sebab rumah itu hanya sepelaung dari Mesjid. Ketika rumah itu, siap, A bangga bagitau Kjee, doanya Allah swt telah makbulkan. Dia mahu hari tuanya kelak, tidak menyukarkan dia melakukan amal ibadat di mesjid!

Lahir pada tahun 1969, anak jati Kuala Lumpur ini hanya ada satu doa yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia mahu ibunya mati sebagi orang Islam. "Kjee...itu doa saya sejak dulu lagi. Waiimah kalau ketika dia nazak, dia mengucap dua kalimah Syahadah, saya cukup bersyukur ke hadrat Allah swt. Saya tak boleh paksa dia masuk Islam. Biarlah dia masuk dengan kerelaan hatinya...macam saya," kata A.

Sebak Kjee mendengar doa murni sorang anak!

Kasih Kjee kepada A begitu tebal. Kasih melihat dia begitu sungguh2 menjalani hidup sebagai seorang Islam. Kjee ajak dia berbuka puasa di luar. Dia menolak dengan baik.

Katanya: "Sejak saya memeluk agama Islam, saya tidak pernah berbuka puasa di luar. Sebaik azan berkumandang, saya makan sebiji kurma, teguk secawan air, jamah sedikit kuih kemudian solat. Selepas itu saya rehat, hisap rokok dan tunggu waktu ke Mesjid untuk Terawih. Kemudian bila balik jam 10 lebih, barulah saya jamah nasi atau kuih muih yang saya beli dari pasar juadah!"

Moga Allah swt lindungi insan2 seperti A. Mohon jugak Allah swt kabulkan doanya untuk melihat ibunya mati sebagai seorang Muslim. Amin.


12 comments:

  1. sebaknya huhuhu
    kisah yang memberi seribu kesedaran dan keinsafan bagi kita yg islam sejak lahir lagi..

    ReplyDelete
  2. terharu membaca kisah A..
    kita yg dah lahir dalam Islam pun x boleh buat mcm dia

    ReplyDelete
  3. Kak Es: Ketika menulis pun, airmata Kjee tidak dapat dibendung!:(

    ReplyDelete
  4. allahuakhbar!!...rasanya kita yg lahir sebagai islam pun belum tentu boleh lakukan seperti mn en.A lakukan.Semoga kita yg teralpa beroleh petunjuk/sedar jika membaca n3 dr kjee ni.

    ReplyDelete
  5. Sebaknya....rasa Islam yang menebal di jiwanya mengalahkan kita yg telah otomatik dr lahir Islam ini...Dia juga anak yg taat dan tidak mengabaikan ibu bapanya....Moga A terus diberikan ganjaran pahala dan doanya ingin melihat ibunya masuk Islam wpun pd saat nafas terhenti, dimakbulkan Allah swt. jua hendaknya...amiiinnn...

    Selamat Berpuasa dan Berbuka buat k.Jee n family...masak apa hari ni k.Jee...Ummi ni, baru 11 hari dh blurr jek nak masak...hehe

    ReplyDelete
  6. salam kak jee - Insya ALLAH ...ALLAH maha mendengar doa hamba2 nya.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah Kjee, sebaknya hati saya membaca cerita A ni. Subhanallah. Moga doanya dimakbulkan oleh Allah hendaknya. Amin, Amin, Amin.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...mmm.bagaimana nak menutur kata ya?..suami saya juga merupakan seorang mualaf..seperti kisah A..dia juga mengharapkan mama(ibu mertua) memeluk islam...kami hanya mampu berdoa kepaNya..namun segalanya adalah ketentuanNya...sekarang dan sehingga akhir hayat mama..kata suami,dia akan cuba berbakti kepada mama,menurutnya lagi..kata2 yg sangat mengusik hati saya..'Abang tak tau dekat sana nanti abang boleh bantu mama,jadi dihayat inilah masanya yg ada untuk abang berbakti kepada mama'..dan sehingga kini suami cuba menjadi seorang anak yg taat kepada mama..seperti yg dituntut oleh agama islam...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... syok dengar cerita seorang mualaf yang berpegang pada Islam secara bersungguh-sungguh macam tu, tapi part last sekali tu tak berapa syok sikit. Apa kata Kjee nasihat kat dia cuba tinggalkan tabiat merokok lagi cantik nampak pada perwatakan seorang Islam. Apatah lagi dibulan Ramadhan ini lagi mudah untuk membuang tabiat tersebut. Insyaallah...

    ReplyDelete