Antara bahan asas msg |
Kalau bab memasak ni, Kjee jarang sangat2 ikut buku atau follow resipi tepat2. Sesuaikan aje dengan apa yang ada kat dapur. Janganlah rigid sangat. Sebab itulah Kjee suka sangat dengan tagline ...KITA YANG BUAT DIA.
Dalam hidup ini, segala apa yang kita lakukan, semuanya terserah kepada kebijaksanaan kita. Gunakan akal dan fikiran kita sendiri. Jangan ikut apa orang lain buat. Ukur baju biarlah di badan sendiri. Mungkin apa yang orang lain buat tak serasi dengan kita.
serbuk kristal msg |
Ada orang cemuh apabila ada resipi membabitkan msg. Mudah je dilemparkan kata2, nanti botak kepala, nanti pening..nanti itu nanti ini. Tapi heran ya. Kjee makan bende tu sejak kecik lagi. Rambut Kjee tak pun gugur. Malah semakin panjang dan Unclepali pun dah sibuk suruh gunting.
Pening? Kjee hanya pening apabila buntu cari idea nak buat skrip. Selain itu, jarang Kjee sakit kepala.
Ini ada satu kes pasal bekas mak mertua Kjee dan msg. Tiap kali balik kampung di Batu Pahat, Kjee kena bawak sepeket kecik dan simpan dalam poket. Ketika masak, Kjee curi2 guna. Mak mertua Kjee memang tak guna msg. Dia kata makan msg boleh pening. Kawan2 dia kat kampung tu semua asyik pening jugak agaknya macam dia kalau makan msg.
Arwah bapak Nadia tahu Kjee selalu masak guna msg kat rumah mak dia kalau balik kampung. Tapi dia tak bagi Kjee bising2. Nanti mak dia pening. Bertahun Kjee rahsiakan dari mak dia. Dia tak pernah komplen apa2 setelah makan. Satu hari Kjee pun tanya dia. Tak rasa beza ke Kjee masak hari tu? Mata dia terbeliak. Macam dah syak sesuatu.
Kjee guna banyak ini untuk sebulan. Kekadang lebih sebulan |
"Jee bubuh bende tu ker?" Kjee senyum. Terus dia kata pening dan masuk bilik tidur. So macam mana Kjee nak percaya msg boleh sebabkan pening kepala. Ramai orang tidak faham pengunaan msg dalam makanan. Kjee pernah melawat kilang msg kat Jepun. Terlebih bubuh msg akan buat makanan itu pahit!
Pengunaan sebenarnya hanya secubit jer. Sebab itu msg dijual dalam botol yang ada lubang2 kecik. Tujuan dia gunakan sikit jer.
Msg sebenarnya adalah ekstrak gula dari ubi kayu. Sebelum arwah bapak Nadia kerja kat kilang tu dulu, ada orang kata msg diperbuat dari tulang babi. Bila abah Nadia dah kerja sana, Kjee tanya betul ke? Dia kata tak pernah pun dia nampak tulang babi. Dia orang keluarkan bertan2 serbuk tu setiap bulan. Mana nak dapat tulang khinzir banyak2. Agaknya orang konfius sebab nampak 'tulang putih' digunakan untuk proses membuat msg. 'Tulang putih' tu sebenarnya ubi kayu yang dah dibuang kulitnya!
Apapun, Kjee buat explaination panjang lebar ni bukan hendak suruh syarikat msg tu bagi Kjee duit Raya atau sponsor 10 tahun punya supply bahan tu. Tapi setiap kali post resipi kat sini, Kjee rasa bersalah sangat kalau bubuh serbuk itu sebagai satu bahan masakan Kjee.
Kalau korang nak tahu, Kjee hanya guna 1 peket msg seberat 72gms selama sebulan. Kekadang sebulan setengah! Korang bayangkan selama ini Kjee memang aktif memasak. Kalau dalam masa sebulan banyak itu jer bahan yang Kjee gunakan, maknanya penggunaannya hanya secubit.
Itu jer. So lain kali Kjee taklah rasa bersalah kalau nak bubuh bahan itu sebagai satu item dalam masakan Kjee.
Kalau korang tak tahu, ni Kjee nak bagitau sikit. Kalau korang tak guna msg dalam masakan, korang tahu tak kebanyakan makanan di sekeliling kita telah siap sedia ditambah msg. Baik makanan kanak2 macam dalam peket2, mi segera, air tin, sup dalam tin, sos cili, sos tiram, kicap dan lain2, semuanya ada mengandungi msg.
Sebab itu rasa makanan segera sedap sangat sampai ada yang kalau tak makan mi segera, rasa tak lengkap hidup. Heran pulak yer. Yang makan mi segera dalam kuantiti banyak pun Kjee tengok masih banyak lagi rambut dia orang. Dan tak pernah dengar dia komplen pening kepala.
Anyway, tepuk dada tanya selera. Pernah dengar peribahasa omputih, One man's meat is another man's poison!
NOTA: Kalau guna kuib ayam, sos tiram ataupun kicap manis, Kjee tak tambah msg. Kena pandai2lah adjust.
Kalau tak bubuh kuib ayam, kjee masukkan secubit msg. |
heehheee saya pun selalu bawak bekalan msg or kiub kalau kena masak rumah org lain. ada lauk yg kalau tak letak asyik tak cukup rasa je. tak botak pun kepala :P, zaliza
ReplyDeletehe he, kita pun sama dengan kak jee, keluarga mentua tidak pakai msg ni, kalau makan kat luar, keluarga mentua selalu suggest restoran yg masak tak pakai msg, nama restoran "restoran makanan sedap", but i rasa makanan tak sedap pun. kita masak pakai msg dari zaman dulu sampai sekarang, tak botak-botak pun.
ReplyDeletekak jee.... maggi secukup rasa tu adik beradik msg ke...?
ReplyDeletebetul...msg ada dimana2.... dah dimasukkan sekali dalam apa2 kebanyakkan makanan yg kita beli tu...
Lina
"ramai org kata tk boleh guna sbb mcm2 alasan yg tersendiri..saya guna jugak kak jee..tp tak semua jenis masakan saya boh..saya sllu boh dlm menu berkuah yg tanpa santan jer..sup sayur ker,semua jenis sup,kuah mee,kuah laksa..
ReplyDeletedll..ada citer disebalik MSg ni..mil saya tak makan msg,kt umah dia tkde pun benda ni...tp bila tiap kali raya kami jenjalan umah sedara makan sedap2...dia selalu merungut kenapa kita buat tak sedap...resepi amik kat depa gak..saya cakap "kalau mak boh msg(brand ajinomoto)tentu sedap cam depa gak.."(tp saya ckp dalam hati jer..haha)..
"sambung lagi sikit..hehe..skrg ni ada banyak MSG kat pasaran cuma nama(brand/jenama)jer lain2....tp kebanyakan kita femes ngan brand ajinomoto jer...cth ada sedara saya guna satu pek ni brand apa ntah..lps masuk benda ni konfem masakan jadi sedap...apa tuh?MSG lah kan..tp tak makan ajonimoto konon...nak gelak pun ada.."
ReplyDeletebetol ape kjee cakap..keluarga saya dah guna sejak celik mate lagi..bubuh lah secubit jer or kat hujung sudu teh tu jer, tak memudaratkan, setakat penambah rasa. sama ngan kjee klu saya guna sos tiram atau chicken stock ke cube ke memang x bubuh msg lagi, klu makanan yg ada bubuh gula pun saya x bubuh msg gak.
ReplyDeleteorang yang pandai masal tak pakai MSG. kata orang yang tak confident masak sedap..akan pakai MSG... ntah laa.....
ReplyDeleteboss, kalau memang masak dah sedap...tak pakai MSG pun best gak....
ReplyDeletekjee..mak kita "ratu "msg ni..sekilo pn blh hbis dlm sbulan.jenuh suruh dia control..
ReplyDeletesiap sorok2 beli dgn jiran sblh
setuju dgn k.jee....minta kongsi ye
ReplyDeletekjee, mmg ramai org kita percaya klu byk mkn megi atau msg rambut akan cepat gugur. sy dan ayah sy mmg suka makan megi, dari kecik lg hehe.. mak pon klu masak mmg guna msg cap ajinamoto tu, klu jenama lain dia xnk, xsedap kate nyer. tp rambut sy ok jer, malah rambut sy lebih panjang dan lebat dri kakak sy yg x suka mkn megi hehe..
ReplyDeletethanks k.jee... apapon menu k.jee selalu nmpk best...paling suka ayam kaprau... terbaek!!
ReplyDeletekak jee... family saya dgn MIL memang guna msg, jadi saya tak berapa ada masalah. Tak ada la pula insiden yang tak diingini berlaku walaupun turun temurun pakai msg nie. Saya rasa ini semua pengaruh psychology jer kak jee..
ReplyDeleteMSG brand Vitsien masih ada dijual lagi Kjee. Cari kat Econsave. Lagi best ke brand tu? Celik mata memang setia dgn Ajinomoto. Cube ayam Knorr dll mesti ada MSG jugak kan? Ada yang dakwa letak MSG kat rumput, rumput tu blh mati? Tak try la plak sbb nak makan shedappp :-p
ReplyDeleteVitsein dan Ajinomoto hanya jenama. Rasa sama tapi arwah mak kata ajinomoto punya brand lebih sedap. Vitsein murah sikit.
ReplyDeleteaduih....baru nk komen, terus, ramai yang komen...memang betol pon apa yg kak jee cakap tu. mak saya kalau masak pon taruk mende tu jugak. tp kalau dah letak kiub ayam@bilis tu, tak letak la sebab dah tahu kat dalam tu sedia ada msg. setengah org sorok2 lagi kalau nk letak msg dlm masakan, malu takot dikata. tapi, kalau saya masak depan kawan2, selambe aje renjis2 botol ni depan diorg. hihih...memang betol pon akan menyedapkan masakan. tp dlm jumlah kuantiti secubit mcm yg kak jee ckp tu la.
ReplyDeletesokong kjee 100%.........:)
ReplyDeleteyup!betul tu,kalo rmh saya ni pun guna msg 72g tu mau dkt 2 bulan...bezanya mak saya x guna msg,dia suka letak gula sikit ganti msg...tapi arwah mak mertua yg ajar saya guna msg!papepon pandai2 le nak gunakan kuantiti yg seswai...ye dak,janji sodap!!
ReplyDeletemende msg ni long term punya effect.kalo rajin research kt internet artikel2 kesihatan tau la.papepun tepuk dada tanya selera setelah ilmu dicari.sekian.
ReplyDeletelogiknye, stiap bende y diguna melampau mst ada kesannya..
ReplyDeletesini, guna scubit jd mmg la xda rmbut2 gugur apatah lg botak2
MSG sampai sekarang masih belum terbukti kesan sampingan dia dalam penggunaan seharian. Research di internet semua menunjukkan kesan MSG hanya paa kuantiti yang banyak malah ada kajian dilakukan dengan menyuntik terus MSG ke dalam darah tikus makmal.
ReplyDeletePenggunaan MSG adalah selamat dan belum ada negara di dunia ini yang berjaya mengharamkan MSG daripada diambil dalam makanan kerana tiada bukti kukuh kesan MSG ini.
Kesan garam kepada kesihatan lebih terbukti di dalam banyak kajian yang dijalankan di seluruh dunia, namun reputasi MSG lebih teruk berbanding garam yang sudah ternyata boleh menyebabkan banyak penyakit.
Sekarang ini, untuk mengurangkan pengambilan garam yang berlebihan dalam makanan, MSG disyorkan sebagai pengganti. Namun kenalah pada kuantiti yang secukupnya sahaja.