Monday, August 1, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 1 OGOS 2011


PM ajak rakyat imarahkan Ramadan

KUALA LUMPUR 31 Julai - Ramadan adalah peluang terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui keunikan yang terdapat di negara ini kerana mempunyai pelbagai kaum dan 
agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedatangan Ramadan bukan sahaja harus dirai dan disambut oleh umat Islam sahaja, malah perlu dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira agama yang dianuti.

"Ramadan ini adalah peluang terbaik untuk kita merukuni perpaduan ummah melalui kepelbagaian kaum dan agama demi 1bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu padu. Justeru peluang pembaikan diri dan hati ini wajar direbut oleh setiap individu," katanya dalam perutusan sempena Ramadan yang disiarkan oleh UMNO-online.

Najib berkata, ibadah puasa di bulan Ramadan adalah wajib kepada umat Islam yang berkelayakan tanpa mengira jantina dan umur asalkan memenuhi syarat serta rukun ibadah berkenaan seperti yang ditetapkan oleh syarak.

"Ibadah puasa ini wajib djalani oleh setiap individu berkelayakan, selain membersihkan diri, puasa juga adalah terapi memelihara kesihatan diri," katanya.

Beliau menyeru kepada semua rakyat di negara ini bersama-sama meraikan serta mengimarahkan Ramadan bersama-sama rakan dari pelbagai kaum melalui kerukunan muhibbah beriltizamkan perpaduan 1Malaysia 1Ummah. - UTUSAN MALAYSIA ONLINE

KJEE: SALAM 1 RAMADHAN


Khunsa musykil perlu pengesahan pakar, mahkamah

KUALA TERENGGANU: Golongan "khunsa musykil" perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu, Khazan Che Mat, berkata khunsa musykil atau kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.

"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.


"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah, di sini hari ini. 

Khazan berkata, selepas mendapatkan pengesahan pakar perubatan, mereka mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memastikan mereka boleh membuat penukaran jantina atau tidak. 

Katanya, disebabkan kemusykilan tersebut, fatwa sudah dibuat bagi memberi kelonggaran kepada mereka yang mempunyai masalah kecelaruan jantina dengan merujuk kepada fatwa "khunsa musykil". 

"Saya berharap individu yang mempunyai kekeliruan atau kecelaruan jantina tidak membuat tindakan sendiri tanpa memikirkan akibatnya kerana dalam Islam secara mutlak meletakkan hukuman penukaran jantina adalah haram. 
"Bagaimanapun, mereka yang tergolong dalam khunsa musykil diberi kelonggaran dengan melihat kepada alat kelamin yang lebih dominan dengan mereka," katanya. 



KJEE;  ITULAH YANG TERBAIK. JANGAN PISANG BERBUAH DUA KALI





Bilangan lelaki bujang lebih ramai
Oleh Rohaniza Idris

pix_gal0
Lambat kahwin dedah pelbagai risiko negatif 

KUALA LUMPUR: Lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8 peratus dan 32.2 peratus mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.
Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus.
Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8 peratus dan 59.4 peratus. 

Umur minimum perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun berbanding 25.1 tahun pada 2000. 

Mengulas perangkaan itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata aliran lelaki yang belum berkahwin lebih ramai daripada wanita selaras dengan pertambahan golongan itu berbanding wanita. 

Katanya, aliran itu sudah lama dikesan dalam setiap bancian pendudukan yang dilakukan di negara ini malah keputusan itu juga lebih kurang sama dengan kebanyakan negara di rantau ini dan peringkat global. 
“Hasil bancian LPPKN pada 2004 sudah mengesan trend lelaki kahwin lebih lewat dan hasil bancian 2010 mengesahkan bahawa lelaki berkahwin pada purata umur 28 tahun berbanding wanita 25 tahun,” katanya dihubungi Berita Minggu. 

Kelmarin, dilaporkan penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita. 

Aminah berkata, dari segi kesan sosial, gejala kahwin lambat di kalangan lelaki itu menunjukkan golongan itu akan berkahwin pada usia lebih matang, kukuh dari segi ekonomi untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

Kesan negatif pula katanya, tempoh yang lama membujang akan mendedahkan lelaki muda kepada cara gaya hidup yang tidak sihat dan risiko yang berkaitan dengannya. 

Perkara itu dipersetujui pakar sosiologi dan antropologi, Prof Dr Abdul Rahim Md Nor yang bimbang jika ia berlarutan akan menyebabkan pertambahan jumlah gejala sosial. 

“Dalam satu aspek, saya melihat pertambahan jumlah penduduk lelaki akan membawa kesan negatif kepada masyarakat iaitu kebarangkalian golongan itu terbabit dengan jenayah berat seperti pembunuh dan rompakan selain terbabit gejala sosial seperti samseng jalanan atau mat rempit. Ada kemungkinan juga wujud pertambahan kemalangan jalan raya kerana lelaki biasa memandu dengan agresif, sering timbul masalah di jalan raya dan laju,” katanya. 

Dr Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau melihat apabila lelaki lebih ramai maka wanita mempunyai banyak pilihan untuk mencari suami yang lebih berkualiti. 

Maka, katanya akan wujud persaingan di antara lelaki dan ini mewujudkan tekanan kepada mereka untuk dipilih menjadi suami.  - BERITA HARIAN ONLINE



KJEE; KALAU DAH RAMAI LELAKI BUJANG, TAK PAYAHALAH CARI MILIK ORANG JADIKAN SUAMI YER.

0 comments:

Post a Comment